Browsing by Author "Ahmad Sanusi bin Azmi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ijazah Sanad Al-Quran: Isu Dan Permasalahannya Serta Metode Qurra' Dalam Mendepaninya(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2017) ;Norazman bin Alias ;Khairul Anuar bin Mohamad ;Samer Najeh Abdullah Samarh ;Adnan bin Mohamed Yusoff ;Ahmad Kamel bin Mohamed ;Zulhilmi bin Mohamed NorAhmad Sanusi bin Azmi - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Aplikasi Maqasid Al-Quran Dalam Penjagaan Kesihatan Berasaskan Pemakanan(Penerbit USIM, 2023) ;Robiatul Adawiyah Mohd ;Muhammad Arif bin Musa ;Ahmad Sanusi bin AzmiNorzulaili Mohd GhazaliKajian mengenai konsep dan aplikasi Maqasid al-Quran semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji ilmu tafsir pada masa ini. Kajian tentang Maqasid al-Quran bertujuan agar umat Islam memahami intipati dan tujuan sebenar al-Quran diturunkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Namun, aplikasi Maqasid al-Quran dalam isu kontemporari masih perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Seiring dengan keperluan manusia yang semakin kompleks di era ini, kajian Maqasid al-Quran adalah jawapan kepada permasalahan semasa dari segenap aspek kehidupan manusia seperti isu kesihatan umpamanya. Realitinya, tahap kesihatan manusia pada abad ini semakin menggusarkan apabila statistik penyakit tidak berjangkit seperti kanser, diabetes, serangan jantung, obesiti dan lain-lain semakin meningkat berpunca daripada gaya hidup masyarakat moden 77yang tidak seimbang khususnya dalam pengambilan makanan. Lebih memburukkan keadaaan apabila industri pemakanan berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai jenis makanan tidak sihat. Ironinya al-Quran banyak mengupas aspek kesihatan berasaskan pemakanan dalam pelbagai dimensi yang seharusnya diketengahkan kepada masyarakat umum serta menjawab keperluan semasa pelbagai isu. Justeru, kertas kerja ini akan melakukan tinjauan umum bagi mengupas aplikasi Maqasid al-Quran dalam penjagaan kesihatan berasaskan pemakanan sebagai panduan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebagai khalifah Allah, tubuh badan yang sihat adalah aset utama bagi melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan di mana ayat al-Quran yang berkaitan pemakanan akan dikenalpasti dan dianalisis makna dan konteksnya menggunakan kitab tafsir muktabar. Kajian ini dilihat signifikan dalam membina pendekatan baharu penjagaan kesihatan berasaskan pemakanan berdasarkan Maqasid al-Quran.