Browsing by Author "Ahmad Tarmizi Talib"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Attachment Styles And Marital Quality Between Spouses(UNIMAS Publisher, 2021) ;Fatahyah Yahya ;Aqilah Yusoff ;Ahmad Tarmizi Talib ;Sarjit Singh Darshan Singh ;Abdul Hakim Mohad ;Nur Ayuni Mohd IsaMuhammad Jazlan Ahmad KhiriThe research was aimed to study the relationship between attachment styles and marital quality between spouses. A total number of 52 spouses representing teachers from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1 (SMA DMW 1), in Peninsular Malaysia's northwest coast, participated in this study. There were two sets of questionnaires used: Experience in Close Relationship (ECR) and Marital Adjustment Test (MAT). The results showed that there was a significant relationship between attachment styles and spouses' styles. However, there is no relationship between marital satisfaction among spouses, and there is also no relationship between attachment styles and marital satisfaction among spouses. Future research is suggested to enhance the inquiry by moving beyond self-report instruments to develop alternative methods of assessment as some of the questions should be more specifically contextualised for the diverse Malaysian culture - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Effects Of Parental Attachment On Personality Traits(UNIMAS Publisher, 2021) ;Fatahyah Yahya ;Mohd Imamuddin Nahar ;Ahmad Tarmizi Talib ;Sarjit Singh Darshan Singh ;Abdul Hakim Mohad ;Nur Ayuni Mohd IsaMuhammad Jazlan Ahmad KhiriThis study aims to identify parental attachment's effects on trainee counsellors' personality traits in the Universiti of Malaysia Sarawak UNIMAS. This research adopted a correlational research design. The respondents were 209 trainee counsellors from the Counselling Program, Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS. Two questionnaires were used in this study: The Inventory of Parents and Peer Attachment (IPPA) and the Big Five Personality. The findings indicated a significant relationship between Parents Communication, Attachment and Extraversion and the Agreeableness Trait of Personality. It also showed a significant relationship between Parents Communication Attachment and Extraversion, Agreeableness and Conscientiousness. We also found a significant relationship between Parents' Alienation Attachment and Conscientiousness, Neuroticism and Openness. The study informs society about the need to increase awareness about the importance of knowing attachment styles and personality traits as both impact individuals' lives.. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Pembentukan Kerjasama Politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan parti politik di Malaysia dari 1974-2022(USIM Press, 2023) ;Nur Ayuni Mohd Isa ;Zaid Ahmad ;Ahmad Tarmizi Talib ;Jayum JawanRatna Roshida Abdul RazakMalaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada parti mampu membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Oleh itu, parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. Penyertaan PAS dalam menjalin kerjasama politik juga tidak terkecuali. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula pada tahun 1974 dengan Barisan Nasional (BN), Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional hingga 2022. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Dapatan artikel ini menunjukkan pengaruh kerjasama politik PAS berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar (policy seeking) yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa (office seeking) dan dibuktikan dengan matlamat menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa manfaat yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi (voting seeking) di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian pada PAS berbanding bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, artikel ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang diambil oleh sesebuah parti politik dalam menjalankan kerjasama politik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah: Satu Tinjauan Awal(Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional, 2019) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Aiedah Abdul Khalek ;Jill Sarjit G.Ahmad Tarmizi TalibNGO merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan, servis ataupun memantapkan sesuatu polisi awam. Masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program di tempat mereka. NGO-NGO ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. Mereka giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan mereka atau masyarakat lain yang bukan ahli. Kemudahan perhubungan menerusi internet dan media sosial seperti aplikasi whatsapp, facebook, telegram telah merancakkan lagi aktiviti yang dijalankan. Kajian terdahulu mendapati NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Namun persoalannya, apakah program-program anjuran NGO-NGO di Sabah ini turut menerapkan aspek perpaduan nasional yang menjadi asas kepada kerukunan dan kedamaian hidup dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kajian ini meneroka penglibatan NGO dalam menerapkan perpaduan nasional khususnya di Sabah melalui program yang dijalankan oleh NGO tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 30 responden menunjukkan bahawa NGO di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penglibatan Belia Dalam Program Perpaduan Anjuran Ngo Belia di Sabah(Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Aiedah Abdul Khalek ;Sarjit S. GillAhmad Tarmizi TalibBadan Bukan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO (Non-governmental organisations) merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Masyarakat di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program berteraskan perpaduan. NGO ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. NGO ini giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli yang berdaftar dengan mereka ataupun masyarakat yang bukan ahli. Kajian ini berasaskan bahawa NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Kajian ini meneroka penglibatan NGO Belia dalam menerapkan perpaduan nasional dalam kalangan belia di Sabah melalui program yang dijalankan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen iaitu borang soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa NGO Belia di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan. Penglibatan belia dalam program berteraskan perpaduan telah membina hubungan etnik yang baik dalam kalangan masyarakat - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Golongan Muda Dalam Perubahan Agama Masyarakat Murut Tahol Di Sabah(Institute for Youth Research Malaysia, 2014) ;Abd. Hakim Mohad @ Mohamad Ramli ;Ahmad Tarmizi TalibFatahyah YahyaGolongan muda merupakan golongan yang paling dinamik dalam sesebuah masyarakat. Kekuatan fizikal dan mental yang mereka miliki serta keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadikan golongan ini sentiasa aktif meneroka apa juga kemungkinan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, golongan muda lazimnya memainkan peranan penting dalam memacu perubahan dalam masyarakatnya. Masyarakat Murut Tahol misalannya telah meninggalkan kepercayaan tradisional, dan menganut agama Kristian hasil daripada dinamika golongan mudanya. Makalah ini akan membincangkan tentang perubahan agama masyarakat peribumi Sabah ini serta peranan yang dimainkan oleh golongan mudanya. Hal ini menarik untuk ditonjolkan memandangkan isu agama dan kepercayaan biasanya dikuasai oleh golongan tua; tetapi golongan muda masyarakat ini berjaya membuktikan sebaliknya. Apakah yang telah mereka lakukan bagi meyakinkan masyarakatnya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah dianuti sejak turun temurun, dan menganut satu agama baharu. Maklumat dan perbincangan dalam makalah ini adalah hasil kajian yang dilakukan di Ulu Tomani, Sabah. Selain daripada korpus perpustakaan dan temu bual informan penting, kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendalami masyarakat yang dikaji. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Understanding The Christian Community's Stance Towards The Muslim Community In Sabah: After The Ban On The Usage Of The Term Allah.(Human Resource Management Academic Research Society, 2017) ;Abd Hakim Mohad ;Yusten Karulus ;Saini Ag Damit ;Mohd Sohaimi Esa ;Dayu Sansalu ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Ahmad Tarmizi TalibSarjit S. GillThe Muslim-Christian relationship dates back to more than 1400 years. Over the years, many incidences have contributed to the fluctuation in the relationship between the two religions. In the Malaysian context, the practice of different religion is allowed, as defined in Article 3(1) of the national constitution “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation”. Nevertheless, the Muslim-Christian relationship has entered a new phase when on 22 October 2013, the Court of Appeal has decided that the Catholic Church’s publication, Herald – The Catholic Weekly (Herald) has been banned from using the term Allah. This issue has garnered local and international attention because it will shape the future of the Muslim-Christian relationship. Even though this issue has affected the Christian community in West Malaysia, specifically, it has also left an impact on the other Christian communities including those in Sabah. Thus, this brings forth the discussion of the Christian community’s stance towards the Muslim community in Sabah post 22 October 2013. This research employs both the quantitative and qualitative approaches. The outcome of the research shows that the Christian community demonstrates a positive attitude towards the Muslim community and they conduct their daily activity without any animosity or negative reaction. Keywords: Religion, Muslim, Christians, Tolerance, Sabah