Browsing by Author "Alfons Zakaria"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rasuah Pilihan Raya: Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-09-30) ;Nur Aina Abdulah ;Alfons Zakaria ;Nur Al-Farhain Kamruzaman ;Nurul Ain Hazram ;Setiyawan GunardiNik Nur Afiqah Nek MustafaRasuah merupakan perbuatan yang dilarang dan bersalahan dengan agama, akhlak dan undang-undang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara dan peringkat, termasuklah dalam pilihan raya. Impak rasuah ini amatlah besar, bukan sahaja meruntuhkan akan sebuah masyarakat, malah negara keseluruhannya. Permasalahannya adalah isu-isu rasuah yang berlegar sekitar pilihan raya masih samar-samar belum dibincangkan secara terperinci dari persepektif Syariah. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan hukum dan fatwa di Malaysia dan Indonesia berkaitan rasuah termasuk isu-isu yang berlegar ketika pilihan raya. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Data kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum asal sesuatu pemberian adalah harus dalam Syariah. Walau bagaimanapun, dalam isu pilihan raya, sekiranya pemberian itu mempunyai niat dan tujuan di sebaliknya, seperti untuk memancing undi dan mengubah kecenderungan politik, maka, hukumnya adalah haram dan perlu ditinggalkan kerana ia tergolong dalam perbuatan rasuah.