Browsing by Author "Anis Nabilah Kamarulzaman"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Rasuah dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Persepktif Syarak(Penerbit USIM, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Md Yunus Abd. Aziz ;Ahmad Zaki Bin SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa sama ada daripada sektor penjawat awam atau swasta. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia namun masih tidak boleh dibendung. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman. Justeru, artikel ini bertujuan membincangkan mengenai konsep rasuah menurut syariat Islam. Artikel ini juga akan mengkaji faktor-faktor gejala rasuah di Malaysia selain meneliti implikasi amalan rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati amalan rasuah bertentangan dengan syariat Islam. Antara faktor yang mempengaruhi gejala ini masih berlaku adalah disebabkan nilai integriti yang rendah, tekanan kewangan serta kejahilan terhadap ilmu agama. Implikasi gejala rasuah juga menjadikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat berada di tahap yang rendah, meningkatkan jurang sosioekonomi dan kadar kemiskinan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian juga mencadangkan agar aspek pendidikan diberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dan etika bagi membantu memupuk sikap jujur dan berintegriti dalam diri masyarakat agar gejala rasuah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi membendung jenayah rasuah untuk menjamin masyarakat di Malaysia bebas daripada gejala rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Rasuah Dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Perspektif Syarak(USIM Press, 2023) ;Azman Ab. Rahman ;Md Yunus Abd Aziz ;Ahmad Zaki Bin SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa sama ada daripada sektor penjawat awam atau swasta. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia namun masih tidak boleh dibendung. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman. Justeru, artikel ini bertujuan membincangkan mengenai konsep rasuah menurut syariat Islam. Artikel ini juga akan mengkaji faktor-faktor gejala rasuah di Malaysia selain meneliti implikasi amalan rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati amalan rasuah bertentangan dengan syariat Islam. Antara faktor yang mempengaruhi gejala ini masih berlaku adalah disebabkan nilai integriti yang rendah, tekanan kewangan serta kejahilan terhadap ilmu agama. Implikasi gejala rasuah juga menjadikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat berada di tahap yang rendah, meningkatkan jurang sosioekonomi dan kadar kemiskinan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian juga mencadangkan agar aspek pendidikan diberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dan etika bagi membantu memupuk sikap jujur dan berintegriti dalam diri masyarakat agar gejala rasuah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi membendung jenayah rasuah untuk menjamin masyarakat di Malaysia bebas daripada gejala rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Kerajaan Dalam Pendidikan Antirasuah Di Malaysia Dan Impaknya Terhadap Masyarakat(USIM Press, 2024) ;Azman Ab. Rahman ;Md Yunus Abd Aziz ;Ahmad Zaki SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah merupakan fenomena sosial yang telah diwarisi oleh hampir setiap masyarakat sejak awal peradaban. Ia menjadi isu yang polemik dan hangat diperkatakan serta merosakkan imej terhadap negara. Menurut laporan SPRM, statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 sehingga 2021 berlaku kenaikan setiap tahun iaitu 552 kes kepada 847 kes. Bahkan Malaysia turut mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 trillion disebabkan kegiatan amalan rasuah. Justeru artikel ini membincangkan peranan kerajaan dalam memerangi rasuah di Malaysia. Artikel ini juga akan mengkaji usaha dan inisiatif kerajaan dalam pendidikan antirasuah serta meneliti impak pendidikan antirasuah terhadap pelajar dan masyarakat di Malaysia. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa program pendidikan antirasuah amat penting dalam membendung isu rasuah yang berlaku pada hari ini. Justeru menjadi satu perkara yang penting bagi kerajaan dalam memberi kesedaran di peringkat awal pembelajaran melalui pendedahan pendidikan antirasuah dalam silibus belajar dan program bagi mengelakkan rasuah berleluasa.