Browsing by Author "Anuar Hasin"
Now showing 1 - 19 of 19
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Ilmu Tajwid Secara Dalam Talian Dalam Fasa PKP: Kajian Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Anuar Hasin ;Zainora DaudNorazman AliasIsu pembelajaran secara dalam talian semakin mendapat perhatian oleh pusat pengajian tinggi terutamanya sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bermula Mac 2020. Artikel ini menganalisa cabaran yang dihadapi oleh para pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang mengambil mata pelajaram ilmu Tajwid pada semester 2, sesi 2019/2020 secara dalam talian dalam fasa PKP. Artikel ini menggunakan method kualitatif melalui soal selidik dengan soalan terbuka terhadap 20 orang pelajar yang telah mengambil subjek berkenan bagi mengenalpasti cabaran yang mereka hadapi ketika mengikuti pengajian secara dalam talian. Artikel juga menerima maklum balas tentang aspek penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian pada masa akan datang. Hasil kajian mendapati 55 peratus responden menyatakan masalah utama yang dihadapi ialah berkaitan talian internet. Selebihnya mengakui bahawa terdapat cabaran lain seperti kurang kerjasama di antara kumpulan dan kesukaran fokus serta kekurangan motivasi dan komitmen terhadap kelas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19: Isu Dan Solusi Pelaksanaan Pdp Dalam Talian Bagi Kursus Hifz Al-Quran Iv Di USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Norazman Alias ;Anuar HasinZainora DaudKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui bentuk cabaran pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian bagi kursus yang berkonsepkan hafazan al-Quran di USIM ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Hakikatnya terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh semua pihak termasuk pensyarah dan pelajar dalam tempoh tersebut. Proses PdP yang selama ini tertumpu kepada bersemuka dan e-learning, akhirnya terpaksa dilaksanakan secara dalam talian 100% akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara. Satu kajian kualitatif melibatkan 20 orang pelajar telah dijalankan bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam tempoh pembelajaran tersebut. Kaedah soal selidik soalan terbuka telah dikendalikan bersama kesemua pelajar terpilih bagi mengumpul data berkaitan empat isu utama iaitu: i) pandangan pelajar ii) kekangan dan cabaran iii) cadangan penambahbaikan iv) pandangan pendirian persetujuan. Maklum balas daripada kesemua peserta telah disusun dan dikupas mengikut tema yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar selaku sumber primer kajian secara umumnya mempunyai pandangan yang positif terhadap proses PdP secara dalam talian di musim pandemik Covid-19 ini. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka dan ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang berkaitan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Stres Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Era Covid 19: Satu Analisis Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Penerbit USIM, 2021) ;Zainora Daud ;Norazman AliasAnuar HasinThe implication of high-stress symptoms will lead to unhealthy personalities and thoughts. It also affected learning performance by reducing physical health level and increased social issues. Hence, objectives of this study are to identify students' background and to analyze stress symptoms from physical, psychological, mental disorders, and behavioral aspects during the online learning process in Covid-19 era. This is a quantitative study, and data were collected by distributing questionnaires among second-year students, Bachelor of Qiraat Studies with Honours, USIM. Descriptive analysis method that was applied during data analysis includes frequent, percentage, and mean score by using Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS) software. Based on results, students' stress level are moderate. However, some items in stress symptoms construct are in high level. As a conclusion, stress symptoms can be controlled and well-managed by relying on Allah and placing trust in Him while facing Covid-19 pandemic. Therefore, a good personal identity will be developed and improved. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepedulian Sarjana Hadith Dalam Ilmu Qiraat: Tokoh Dan Penulisan(Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Faculty, 2021-12) ;Norazman Alias ;Zainora DaudAnuar HasinIt is common knowledge that the science of hadith and the science of qiraat are two different disciplines of knowledge in terms of its debates and studies. Both branches of knowledge have their own scholars and expertises. The fact is, the scholars of the past in particular were not only known as experts in the knowledge they pioneered, but they also studied the other disciplines since they were little. This matter can be seen through the writings related to the knowledge of qiraat quoted in various books of hadith written by hadith scholars as well as the praise of scholars for their mastery of knowledge. Among the hadith figures who are skilled in the science of qiraat are such as Humaid bin Qais al-‘Araj (died 130H), ‘Ali bin‘ Umar al-Daruquthni (died 385H), Shihabuddin Abu Syamah al-Maqdisi (died 665H) and many more. The objective of this study is to examine some examples of the concern of hadith scholars towards the science of qiraat. In addition, the study also focuses on writings related to qiraat quoted by hadith scholars in their books as research evidence. The results of the study found that writing in the field of qiraat has been given priority by previous hadith scholars directly, either in the context of narration or narration. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepedulian Sarjana Hadīth Dalam Ilmu Qiraʾat; Tokoh Dan Penulisan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Norazman Alias ;Zainora DaudAnuar HasinUmum mengetahui bahawa ilmu hadith dan ilmu qiraat ialah dua disiplin ilmu yang berbeza dari sudut perbahasannya dan kajiannya. Kedua-dua cabang ilmu tersebut mempunyai para sarjana dan cendekiawannya yang tersendiri. Hakikatnya, para ilmuwan silam khususnya bukan sahaja dikenali sebagai pakar dalam ilmu yang dipelopori, bahkan mereka juga mendalami disiplin ilmu lain sejak mereka kecil lagi. Perkara ini boleh dilihat menerusi penulisan berkaitan ilmu qiraat yang dinukilkan di dalam pelbagai kitab hadith yang dikarang oleh ilmuwan hadith serta pujian ulama terhadap penguasaan ilmu mereka. Antara tokoh hadith yang berkemahiran dalam ilmu qiraat adalah seperti Humaid bin Qais al-‘Araj (wafat 130H), ‘Ali bin ‘Umar al-Daruquthni (wafat 385H), Shihabuddin Abu Syamah al Maqdisi (wafat 665H) dan ramai lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa contoh kepedulian sarjana hadith terhadap ilmu qiraat. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan berkaitan qiraat yang dinukilkan oleh sarjana hadith dalam kitab mereka sebagai bukti kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang qiraat telah diberi keutamaan oleh sarjana hadith terdahulu secara langsung, sama ada dalam konteks dirayah mahupun riwayah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Dan Sumbangan Ustaz Che Yahaya Bin Daud Dalam Bidang Tarannum Al-quran Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018)Anuar HasinThis study discusses on the scholarship and contributions of Ustaz Che Yahaya bin Daud in the field of tarannum towards the people in the state of Kelantan in particular and Malaysia in general. The objective of this study is to explore in detail the specialty and distinctive quality of Ustaz Che Yahaya bin Daud in the field of Quranic reading. The researcher investigates Ust Che Yahya’s involvement in the field of tarannum as well as to identify the method he uses in delivering tarannum knowledge to qari and qariah in Malaysia. The author uses two main methods to collect important data for this study, which are interviews and observation methods. The researcher found that the Ustaz Che Yahaya bin Daud has contributed significantly to the community in the field of tarannum and Quranic studies not only in the state of Kelantan, but also throughout Malaysia. The contributions included discovering new talents and improving the quality of existing qari and qariah. The study also found that Ustaz Che Yahaya bin Daud was greatly influenced by the reading of Syeikh Mustafa Ismail from Egypt where he has applied the Syeikh’s approaches in his teaching and learning method. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kriteria Keperibadian Manusia Menurut Perspektif al-Quran: Suatu Sorotan Literatur(Penerbit USIM, 2023) ;Zainora Daud ;Anuar HasinNorazman AliasManusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling mulia dimartabatkan dalam al-Quran. Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah untuk memimpin bumi ini. Lantaran itu, seiring dengan tanggungjawab yang diamanahkan, manusia dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan anugerah nikmat Allah SWT sebagai fasiliti untuk mengembelang tanggungjawab tersebut. Namun begitu, manusia juga dibekalkan pilihan dalam mencari keampuanan dan keredhaan Allah SWT dengan segala cabaran dan ujian yang perlu dihadapi dalam kehidupan duniawi. Ini kerana setiap kebaikan dan keburukan itu merupakan satu mehnah yang diuji kepada manusia sebagai penentuan tahap keimanan dan parameter nilai kesyukuran yang dimiliki oleh para hambaNya tentang keagungan dan keesaan Allah SWT. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah untuk meninjau kriteria keperibadian manusia menurut perspektif al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mengklasifikasikan pelbagai kriteria keperibadian manusia supaya menjadi panduan dan bimbingan kepada kita dalam memperoleh hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Kesimpulannya manusia dianugerahkan dengan pelbagai nikmat seperti akal fikiran, pancaindera dan perasan serta nafsu yang mampu membentuk manusia sebagai insan aflah di dunia dan akhirat, Bahkan mampu mengimbangi diri mereka antara tabiat negatif dan tabiat positif dalam melahirkan insan yang beriman. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Ilmu Tajwid Secara Dalam Talian Di Era Covid-19: Satu Tinjauan Menurut Persprektif As Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Anuar Hasin ;Norazman AliasZainora DaudIlmu Tajwid al-Quran merupakan sebuah ilmu yang bercorak teori dan praktikal. Kebiasaanya ilmu ini dipelajari melalui kaedah talaqqi dan musyafahah yakni murid menadah ilmu dan mengambil bacaan secara bersemuka dan terus daripada guru. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda dunia, corak pembelajaran di dunia yang lazimnya secara bersemuka telah berubah kepada norma baru iaitu pembelajaran secara dalam talian. Hal yang demikian turut memberi kesan ke atas perjalanan pembelajaran ilmu tajwid di kebanyakan institusi. Kertas kerja ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmana penerimaan as-Sunnah terhadap pembelajaran tajwid al-Quran secara dalam talian. Selain itu, ia juga adalah untuk meneroka panduan yang telah digariskan oleh as-Sunnah berkaitan dengan pembelajaran al-Quran dan keterikatan pembelajaran secara dalam talian terhadapnya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui analisis terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan pembelajaran Al-Quran juga pandangan ulama-ulama berkenaannya dan juga pemerhatian ke atas saluran-saluran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian di dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam melalui as-Sunnah tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Ma’had Baitul Qurra Terhadap Perkembangan Ilmu Maqamat Di Jakarta(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Nopky Answara Putra PerdanaAnuar HasinMakalah ini adalah berkaitan dengan peranan Ma’had Baitul Qurra dalam perkembangan ilmu maqamat terhadap masyarakat Jakarta. Ma’had Baitul Qurra adalah salah satu pondok yang khas dalam mempelajari ilmu-ilmu al-Quran yang ianya ditubuhkan untuk menjadi salah satu kemudahan bagi masyarakat jakarta dalam mempelajari ilmu-ilmu al-Quran iaitu, ilmu maqamat, tafsir, dan hafazan al-Quran. Pengasas Ma’had Baitul Qurra ialah Hajjah Maria Ulfa beliau merupakan qariah yang masyhur di Indonesia, beliau juga mendapatkan johan sebagai qariah Antarbangsa pada tahun 90-an. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara terperinci apakah metode yang di gunakan ma’had tersebut sehingga dapat menciptakan banyak sekali qari serta qariah yang hebat, selain itu penulis juga ingin mengetahui korikulum apa sahaja yang sedia ada dan juga berapa banyak pengajian yang di ajarkan di Ma’had Baitul Qurra. Penulis menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data dalam penulisan kajian ini antaranya kaedah temu bual dengan pendiri Ma’had dan juga mengkaji makalah-makalah dari kajian-kajian yang lampau. Penulis mendapati amat banyak sumbangan yang telah di berikan kepada masyarakat bukan sahaja dalam menumbuhkan qari serta qariah hebat melainkan juga menumbuhkan ramai ahli tafsir yang telah mengabdikan ilmunya kepada masyarakat Indonesia secara keseluruhan. Kajian juga banyak mendapati bahawa jenis maqamat yang di gunakan Ma’had Baitul Qurra banyak terkesan dan menerapkan uslub bacaan dari para qari asal Mesir. Penulis mengharapkan hasil dari kajian ini akan dapat memberikan suatu kajian baru dalam bentuk tulisan ilmiyyah kerana penulis mendapati masih sangat sedikit mahasiswa ataupun mahasiswi menulis tentang kajian berkaitan ilmu maqamat, sehingga kajian ini dapat memberikan penambahan kajian ilmiyyah yang boleh di jadikan rujukan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Haflah Tilawah Al-quran di Tiga Daerah di Indonesia(Research Centre for al-Quran and al-Sunnah,Faculty of Islamic Studies,UKM, 2023) ;Nopky Answara Putra Perdana ;Anuar HasinSyed NajihuddinAl-Quran adalah merupakan mukjizat tertinggi Nabi Muhammad SAW. Setiap kalimah bahkan huruf yang dibacakan maka akan diberikan pahala bagi setiap muslim yang mengimaninya, seperti yang disebutkan dalam hadith. Membaca, memahami dan beramal dengannya adalah termasuk kedalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Sedangkan di Indonesia terdapat suatu adat yang begitu masyhur di dalam kalangan masyarakat, yaitu Haflah tilawah al-Quran. Haflah tilawah al-Quran adalah acara berkumpulnya para Qari-qari untuk membaca ayat al-Quran menggunakan seni membaca al-Quran yang biasa juga dengan Nagham, pelaksanaannya sendiri biasa dilakukan ketika ada acara-acara besar seperti Haul salah satu guru pondok pesantren, pernikahan bahkan khitan. dan ini termasuk salah satu budaya adat yang cukup melekat sebagai salah satu cara untuk mensyiarkan al-Quran dan ilmu Nagham tersebut. dalam kajian ini penulis akan mengungkap peranan Haflah Tilawah al-Quran di tiga daerah yang terdapat di Indonesia, Tiga daerah tersebut ialah Kota Bima Nusa Tenggara Timur, Kota Langsa Aceh Darussalam, Desa Jonggat Lombok Tengah. Daerah ini dikenal memiliki ajaran Islam yang cukup melekat dengan masyarakatnya, salah satunya ialah menjadikan Haflah Tilawah al-Quran sebagai tradisi penting dan juga syiar Islam untuk menjadikan masyarakatnya senantiasa mendekatkan diri terhadap al-Quran. Dalam kajian ini penulis akan mengumpulkan data dengan metodologi kualitatif, maknanya akan dikumpulkan data dari beberapa sumber terpercaya se - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Al-Quran Dalam Telefon Pintar(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Zainora Daud ;Anuar Hasin ;Norazman AliasSolehah HasbollahKepelbagaian aplikasi al-Quran dalam sistem android yang dibangunkan dalam telefon pintar semakin mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan umat Islam. Ia menjadi salah satu alat alternatif yang memberi impak positif di dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti bacaan al-Quran. Namun begitu konsep talaqqi dan musyafahah wajib dijadikan asas keperluan dalam peringkat pendidikan al-Quran sebagaimana yang telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabi’in serta masa kini. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti latarbelakang pelajar dan mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi al-Quran dalam telefon pintar. Seramai 84 orang pelajar tahun akhir, program Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM telah menjawab soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 79.8% pelajar lebih suka memilih untuk membaca al-Quran dengan menggunakan mashaf al-Quran. Namun begitu majoriti pelajar 86.9% memiliki aplikasi al-Quran di dalam telefon pintar. Ini menunjukkan bahawa kewujudan aplikasi al-Quran dalam sistem android menjadi salah satu keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, tetapi sebagai satu alternatif dalam rutin harian mereka kerana faktor-faktor latar belakang, pendidikan dan suasana persekitaran menyebabkan fasiliti penggunaan mashaf al-Quran menjadi satu medium terpenting dalam bacaan al-Quran. Kesimpulannya teknologi komunikasi yang giat berkembang dalam versi telefon pintar boleh menjadi salah satu alternatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar serta memenuhi keperluan gaya hidup masa kini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Permulaan Percetakan Al-Quran dan Penggunaan Rasm Uthmani(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Khairul Anuar Mohamad ;Mohd Zaini ZakariaAnuar HasinKajian yang akan dijalankan ini adalah berkaitan permulaan sejarah percetakan al-Quran di tanah arab. Cetakan Mushaf bermula secara berperingkat dan pada mulanya banyak menghadapi cabaran dari sudut pandangan ulamak terhadap hukum mencetak Quran dan teknologi yang digunakan. Ia bermula pada zaman pemerintahan Muhammad Ali Basha pada tahun 1248 Hijrah bersamaan 1833 Masihi. Objektif kajian ini ialah melihat kepada sejarah bagaimana perkembangan percetakan berlaku di Mesir yang merupakan tempat pertama Mushaf dicetak di tanah arab. Ia juga mengkaji berkaitan tokoh yang memberi sumbangan dari sudut penulisan khat dan juga metode yang mereka gunakan untuk memastikan mushaf yang dicetak adalah menepati Rasm Uthmani. Metode penulisan yang digunakan adalah dengan mengumpul data dari beberapa artikel yang menjadi rujukan dan menganalisa dengan melihat kepada ulasan yang dinyatakan para pengkaji dan bandingkan kepada salinan mushaf yang berkaitan. Kajian ini mendapati banyak kejayaan mencetak al-Quran di Mesir adalah kerana kesungguhan pemerintah ketika itu bermula pada zaman Muhammad Ali Basha. Kesungguhan ini berterusan sehingga ke zaman Malik Fuad iaitu pada tahun 1918 Masihi bersamaan 1337 Hijrah. Beberapa tokoh telah memberi sumbangan yang besar seperti Syeikh Ridwan al-Mukhalalti. Tokoh ini adalah perintis bermulanya era cetakan al-Quran dengan rasm uthmani. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Simptom Stres Dalam Kalangan Pelajar Era Covid 19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Zainora Daud ;Anuar Hasin ;Norazman AliasNorhasnira IbrahimKajian berkaitan stres dalam kalangan pelajar banyak dibincangkan oleh para sarjana akademik. Simptom stres akan membentuk peribadi dan pemikiran yang tidak sihat sehingga boleh menjejaskan pencapaian dalam pembelajaran. Malahan boleh menyumbang kepada peningkatan masalah tingkah laku seperti ponteng kelas dan sebagainya. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran secara dalam talian era covid 19. Subjek kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap stres para pelajar berada di tahap sederhana. Kajian ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mengurus stres dengan baik ketika mendepani pandemik yang mencabar ini berpandukan ayat-ayat al-Quran dan amalan Islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Taranum Al-Quran Berteraskan Makna Ayat: Satu Tinjauan Awal Ke Atas Uslub Bacaan Mujawwad Syeikh Mustafa Ismail(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Anuar Hasin ;Norazman AliasZainora DaudTaranum ataupun berlagu merupakan sebuah perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w ketika membaca al-Quran. Selain dapat mencantikkan suara ketika membacanya, bacaan bertaranum berteraskan makna ayat juga melahirkan perasaan khusyuk dan tadabbur terhadap makna ayat yang dibaca. Ini selaras dengan pandangan para ulama salaf dan khalaf yang sangat menitikberatkan elemen penghayatan makna di dalam ibadah membaca al-Quran bahkan ia merupakan tujuan utama kitab ini diturunkan. Namun, konsep bertaranum berteraskan makna ayat merupakan suatu yang masih baharu di kalangan para penggiat seni taranum khususnya di Malaysia. Kebiasaanya para qari dan qariah di negara ini masih terikat dengan konsep harakat seperti mana yang telah diperkenalkan di dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang konsep asas taranum al-Quran berteraskan makna ayat mengikut dalil-dalil naqli dan aqli. Kajian ini juga mengetengahkan Syeikh Mustafa Ismail sebagai model untuk memahami sejauhmana kaedah pengaplikasian taranum mengikut makna ayat menerusi uslub bacaan mujawwad beliau. Oleh itu, pemerhatian dan analisa dijalankan ke atas salah satu contoh bacaan Syeikh Mustafa Ismail menerusi Surah Yusuf yang dirakam pada tahun 1969 di Iskandariah, Mesir. Hasil kajian mendapati bahawa Syeikh Mustafa Ismail telah mengadaptasi 6 jenis maqamat yang berlainan dan ke empat-empat tingkatan suara di dalam bacaan tersebut dan telah diselarikan dengan maksud ayat yang dibaca sehingga dapat memberikan gambaran makna yata yang dialunkan kepada para pendengar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah(USIM Press, 2021-10) ;Norazman Alias ;Zainora DaudAnuar HasinAs is well known, the recitation of surah al-Fatihah is one of the pillars of prayer that must be performed. If it is not read, from the point of fekah views, one's prayers are not valid and are not accepted in terms of Islamic law. However, there are various prejudices that exist about the validity of a prayer when the quality of recitation of surah al-Fatihah does not comply with the hukum of tajwid such as the pronunciation of letters from the angle of makhraj and sifat, the rate of harakat, waqaf at inappropriate kalimah or ayat and so on. This issue is increasingly attracting the attention of community when many have begun to have the awareness to evaluate the quality of the recitation of imam prayers in mosques and suraus. In fact, there are various institutions and certain individuals who began to take the initiative in this issue by organizing courses on the recitation of surah al-Fatihah and so on by using the objective and trademark: "Incorrect recitation of surah al-Fatihah, will effect the validation of prayer". Recognizing this, this paper will examine the issue from two perspectives of religious knowledge, namely the science of tajwid related to the hukum of recitation and the science of fekah related to the hukum of the validity of prayer. This qualitative paper by using the library method will touch on issues that often arise in modern society nowadays related to the incorrect recitation of surah al-Fatihah and its relation to the valid acceptance of prayers. The initial finding of the study is that there are several forms of incorrect readings from the point of view of tajwid that can lead to the invalidity of prayer from the point of view of fekah. It is hoped that with the disclosure of this scientific study can give a clearer picture of the relationship between the quality of recitation of surah al-Fatihah with the conditions of the acceptance of prayers. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Metodologi Ilmu Tarannum: Suatu Perbincangan Kritis(USIM Press, 2021-12) ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Anuar Hasin ;Zainora DaudMohd Azhar AbdullahAl-Quran is the highest miracle of the Prophet Muhammad saw, which includes various disciplines of knowledge including the knowledge of Qiraat, tafsir and tarannum. In accordance with its meaning, this discipline of tarannum emphasizes the processing of sound and beautifying the sound according to the process of certain tones, beats and rhythms. Although it is generally understood that knowledge in this discipline is applied to appreciate the uslub of al-Quran, but wihin the public society, they are not clear about the differences in the variation of knowledge methodology in this field. Therefore, this article aims to analyze some methodologies of tarannum science that should be followed by every reciter of the Qur'an. This study applies qualitative research methods with inductive and deductive methodologies, to identify the best methodological variations available in the science of tarannum. The results of the study found that there is a great importance in the implementation and use of the right methodology in the science of tarannum, this is because without it, it will inhibit the method of proper reading presentation. Even these methods must be diversified without running away from the methods that are imposed on the limits of recitation advocated by the Qurra. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تعليم علم المقامات في إندونيسيا : دراسة ميدانية في معهد بيت القراء بجاكرتا(USIM Press, 2023) ;Nopky Answara Putra Perdana ;Anuar HasinSyed Najihuddin Syed HassanThe Quran is a great miracle that was revealed to the Prophet Muhammad, may God bless him and grant him peace, to the point that every letter in the Quran is rewarded for reciting Muslims who believe in it. Reading using the art of melody belongs to a branch of the sciences of the Quran that cannot be separated. When reading the Quran, this art has had a profound impact on the hearts of the nation if it is read with good and correct rules. The art of reciting the Quran existed in the time of the Prophet Muhammad, peace and blessings of God be upon him, and now it has spread throughout the world. There are different names for the art of reciting the Quran, including the science of Quranic maqamat. This science - the science of Quranic maqamat - is also well-known and famous in Indonesia, and there are many Islamic institutes that make the science of maqamat their main curriculum, including the Bait al-Qurra’ Institute in Jakarta. As for the method of teaching the science of the Qur’an, it is diverse and evolves with time until knowing the Qur’an’s positions has become easier for everyone to learn. This research follows the qualitative analytical method by collecting data through personal interviews and referring to original and secondary sources. One of the results of the research is knowledge of the history of Quranic maqam science in the Malay Archipelago, especially Indonesia. Then the readers must not deviate from the rules of intonation and the exits of the letters. Therefore, it is important for readers to improve the rules of tajweed before learning the science of Quranic maqamat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication جذور الشقاء وعلاجه في ضوء القرآن والسنة(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Maryam Mahmoud Omar ;Anuar HasinHayati Hussin - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication نظرية الصوت في قراءة القرآن بالترنم(Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015) ;Anuar Hasin ;Zulkifli Mohd YusoffMahyudin DaudThis article aims to reveal the theory of voice application in the reciting of The Holy Quran with 'tarannum'. Many people know that the prophet Muhammad peace be upon him, encouraged people to read the Holy Quran with a good voice, but they do not know the rules and how to beautify the voice when reciting the Holy Quran. Basically, there are four levels of voice can be applied in the recitation of the Holy Quran which every level has it function to affect the melody of recitation that will be produced. Therefore, this article will reveal more about the tools and voice functions, voice interest in reading the Quran, the levels of voice in the reading of Al-Quran and methods of treatment according to the practice of reciters voice. The authors used several methods to obtain information related to the research as interviews and review of the literature relating to this art. This article will help the readers of the Holy Quran to have a better understand of the function and true method of voice application in reciting the Holy Quran especially for those who are reciting with 'tarannum' which known by 'maqamat'.