Browsing by Author "Aslam Farah Selamat"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Motivasi Ekstrinsik: Analisis Terhadap Cabaran Mengekalkan Hafazan Alquran Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat Usim(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 2023) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Aslam Farah Selamat ;Muhammad Hafiz Saleh ;Mardhiah Yahaya ;Rohana ZakariaNoor Hafizah Mohd.HaridiPeralihan pendidikan abad 21 menyaksikan cabaran yang getir buat golongan hafiz. Dalam konteks ini, kepimpinandan pengurusan tahfiz perlulah berusaha ke arah mewujudkan suatu sistem pengurusan pendidikan yang efisiendalam menghasilkan golongan huffaz yang cemerlang. Amat membimbangkan apabila hasil daripada temudugapelajar yang ingin menyambung ke peringkat pengajian tinggi mendapati terdapat lebih daripada 70% pelajar diMalaysia yang telah bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah didapati tidak dapat mengekalkan hafazan walaupun semuapelajar tersebut telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan untuk menerokai motivasiekstrinsiksertamenganalisiscabarandalammengekalkanhafazanal-Qurandalamkalanganmahasiswabagiprogram sarjana muda qiraat di USIM (SMQ USIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengedarkanborang soal-selidik. Seramai 41 orang mahasiswa yang terlibat sebagai peserta kajian. Kajian berkaitan motivasiekstrinsik isu dan cabaran cabaran mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tersebut dianalisis denganmenggunakan SPSS versi 23.0 bagi memperolehi skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa motivasiekstrinsik dalam kalangan pelajar sarjana pengajian qiraat USIM adalah berada ditahap sederhana tinggi (min=3.94).Kajianini memberi implikasi yangsangat penting kepada pihakUSIMsecarakhususnyadanIntitusi pengajiantahfiz di Malaysia secara umumnya agar memberi penekanan dalam aspek ulangan bermula daripada peringkat mulamenghafal al-Quran sehingga semua pelajar serta mereka yang telah bergelar al-hafiz dan al-hafizah dapat menjagahafazan al-Quransehingga keakhir hayat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyusunan Ilmu Qiraat Oleh Ulama Nusantara: Kajian Kes Terhadap Tanwir Al-Sadr Bi Qira'at Al-imam Abi Amr Oleh Al-Tarmasiy(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2018) ;Hayati binti Hussin ;Abdul Rahim bin Ahmad ;Aslam Farah SelamatNur Zainatul Nadra ZainolKertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap manuskrip Tanwir al-Sadr Qira'at al-Imam Abi Amr karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum ditahkik. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Pembaharuan yang ditampilkan di dalam kitab ini ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham dan diakhiri dengan Bab Surah al-Nas. Susunannya juga menggunakan Bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain.implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri'.