Browsing by Author "Azman Md Zain"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangun Potensi Masjid Sebagai Institusi Dakwah Komprehensif(Penerbit USIM, 2024) ;Muhamad Amar Mahmad ;Azman Md ZainMohd. Nizho Abdul RahmanPotensi Masjid dalam Islam bukan hanya menjurus kepada amalan ritual semata-mata malah ia mencangkupi aspek sosial yang lebih umum sebagaimana yang telah diimplementasikan pada zaman Rasulullah SAW. Pada masa itu masjid sebagai pusat percambahan ilmu, agen sosial kepada ummah dan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Melihat kecemerlangan fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah, maka ianya perlu diperkasakan secara optimum supaya institusi pada zaman kini mampu menyelesaikan permasalahan ummah dari aspek fizikal dan spiritual. Anjakan paradigma harus ada pada mereka yang diamanahkan untuk menguruskan masjid supaya seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa. Justeru artikel ini akan memfokuskan kepada membangun potensi masjid sebagai sebuah institusi dakwah dan sosial sebagai penggerak kepada pembangunan masyarakat pada zaman kini. Metodologi kajian yang digunakan ialah adalah berbentuk kualitatif dengan menganalisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyediaan dan penyusunan aktiviti dan program yang pelbagai dapat menarik minat kumpulan sasar terutamanya genarasi muda.