Publication:
Membangun Potensi Masjid Sebagai Institusi Dakwah Komprehensif

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Potensi Masjid dalam Islam bukan hanya menjurus kepada amalan ritual semata-mata malah ia mencangkupi aspek sosial yang lebih umum sebagaimana yang telah diimplementasikan pada zaman Rasulullah SAW. Pada masa itu masjid sebagai pusat percambahan ilmu, agen sosial kepada ummah dan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Melihat kecemerlangan fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah, maka ianya perlu diperkasakan secara optimum supaya institusi pada zaman kini mampu menyelesaikan permasalahan ummah dari aspek fizikal dan spiritual. Anjakan paradigma harus ada pada mereka yang diamanahkan untuk menguruskan masjid supaya seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa. Justeru artikel ini akan memfokuskan kepada membangun potensi masjid sebagai sebuah institusi dakwah dan sosial sebagai penggerak kepada pembangunan masyarakat pada zaman kini. Metodologi kajian yang digunakan ialah adalah berbentuk kualitatif dengan menganalisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyediaan dan penyusunan aktiviti dan program yang pelbagai dapat menarik minat kumpulan sasar terutamanya genarasi muda.

Description

E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACE

Keywords

Membangun, Potensi, Masjid, Institusi, Dakwah, Komprehensif

Citation

Collections