Browsing by Author "Badriah Nordin"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Menghadapi Covid 19(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohd Izzuddin Mohd Noor ;Fatimah Nadirah Mohd Noor ;Farrah Yazmin AzizBadriah NordinCovid 19 yang melanda dunia pada hari ini telah banyak mengubah norma kehidupan manusia. Pihak kerajaan telah merangka dan mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) serta memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) beberapa peringkat dan situasi. Ini merupakan bukti serius daripada kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak yang berbahaya sebegini. Selain daripada itu, Qawaid Fiqhiyyah boleh menjadi instrumen panduan dalam menghadapi pandemik ini. Maka objektif kajian ini ialah untuk melihat pengaplikasian Qawaid Fiqhiyyah dalam mendepani pandemik Covid 19 menerusi lima kaedah umumnya. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji menghimpunkan maklumat berkaitan aplikasi Qawaid Fiqhiyyah daripada kitab-kitab turath, kontemporari, kajian ilmiah, dan fatwa semasa dengan disesuaikan dengan situasi Covid 19 ini. Maklumat ini semua diteliti dan dianalisa bagi mendapatkan gambaran sebenarnya tentang peranan ilmu Qawaid Fiqhiyyah mendepani Covid 19. Kajian menunjukkan bahawa Qawaid Fiqhiyyah mampu digarap sebagai formula ampuh untuk penjagaan diri, masyarakat, negara dan dunia daripada ancaman virus ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Banjir Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Mohd Izzuddin Mohd Noor ;Fatimah Nadirah Mohd Noor ;Farrah Yazmin AzizBadriah NordinBanjir merupakan fenomena alam yang memberikan kesan yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya apabila ianya berlaku dalam kapasiti yang besar. Al-Quran telah menggambarkan fenomena ini dalam beberapa keadaan yang menarik untuk dikaji. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab turath dan moden terutamanya dalam bidang tafsir berkenaan banjir. Daripada maklumat tersebut, analisis dibuat pengkaji bagi mendapatkan kefahaman tentang perspektif sebenar banjir menurut AlQuran. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam Al-Quran yang menjelaskan konsep banjir menurut perspektif Al-Quran.1 227