Browsing by Author "Behak, F. P."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taksonomi Bloom Menurut Perspektif Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Masrom, N. W. ;Hashim, M. ;Noorhayati HashimBehak, F. P.Taksonomi Bloom merupakan objektif pendidikan yang digunakan oleh pendidik untuk mengukur dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam pembelajaran. Terdapat tiga domain utama yang perlu dicapai iaitu kognitif (kemahiran intelektual), afektif (kemahiran generik) dan psikomotor (kemahiran praktikal teknikal). Malahan, domain ini diklasifikasikan mengikut enam aras berbentuk piramid yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Ia merangkumi aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sejak ia diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956, terdapat pelbagai kajian Barat yang membincangkan tentang kekuatan dan kelemahan Taksonomi Bloom. Namun, bagaimana pula kedudukan Taksonomi Bloom menurut perspektif Islam. Oleh itu, artikel ini membincangkan kritikan Barat dan pandangan Islam terhadap taksonomi Bloom. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data akan dianalisis melalui kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat kritikan dan penambaikan dari kajian lepas yang menfokuskan taksonomi Bloom kepada empat tema: (1) susunan hierarki, (2) pengelasan struktur, (3) kegunaan dan (4) keperluan kepada taksonomi yang baru sesuai dengan arus pembelajaran abad ke 21. Kajian ini juga dilihat sebagai pemangkin awal bagi meluaskan bidang pengukuran Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia.