Browsing by Author "Ermy Azziaty Rozali"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Naratif Perang Canakkale 1915 Menurut Cerminan Sumber Primer Terpilih(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2020) ;Ezad Azraai Jamsari ;Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz ;Ermy Azziaty Rozali ;Badlihisham Mohd Nasir ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Adibah SulaimanNoorsafuan Che NohMakalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Institusi Wakaf Kesihatan (Darussifa) Dalam Kerajaan Uthmaniyyah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Nur Ainul Basyirah AliasErmy Azziaty RozaliInstitusi wakaf kesihatan yang dipelopori dengan pesat dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah merupakan salah satu cabang kebajikan sosial daripada pemerintah kepada rakyat. Ia terbina hampir di setiap pusat pemerintahan kerajaan’ Uthmaniyyah seperti Istanbul, Edirne dan Bursa. Malah, institusi ini turut dibina bersama beberapa unit bangunan lain di dalam kompleks wakaf contohnya dapur awam, sekolah perubatan, tempat mandi (hamam), perpustakaan dan masjid. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah pada abad ke-15M, institusi kesihatan ini bergerak dan beroperasi sebagai satu tempat mempraktikkan ilmu sains perubatan yang dipelajari dalam institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan institusi kesihatan wakaf dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah di samping meneliti penubuhan institusi ini dengan mengkelaskannya mengikut tahun. Selain itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala, kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Hospital-hospital yang dikaji adalah hospital dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah yang menjalankan aktiviti daripada pembiayaan dana wakaf. Melalui kajian ini dapat diketahui bahawa institusi wakaf kesihatan ini ditubuhkan hasil pembiayaan dana wakaf yang datangnya daripada pemerintah atau orang perseorangan yang kaya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Perkembangan Aplikasi Terapi Muzik Dalam Rawatan Kesihatan Mental(USIM Press, 2021-12) ;Siti Nur Adilah Awang ;Roziah Sidik @ Mat SidekErmy Azziaty RozaliUmum mengetahui bahawa kesihatan mental merupakan komponen asas bagi memenuhi tuntutan seharian dalam suasana yang aman dan sejahtera. Namun saban hari, individu yang menghidapi masalah kesihatan mental semakin meningkat sehingga ianya memerlukan beberapa kaedah rawatan yang tersendiri. Terapi melalui alunan muzik telah dikenalpasti mempunyai manfaat terapeutik terhadap mental manusia, bahkan mampu menambahkan baik tahap kesihatan dan kualiti kehidupan seseorang individu. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji latar belakang dan sejarah perkembangan terapi muzik di samping turut meninjau tahap keberkesanan aplikasi terapi muzik dalam rawatan kesihatan mental. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dalam kajian ini dikumpul dari pelbagai sumber berautoriti seperti buku, jurnal, tesis dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik teks serta deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa disiplin terapi muzik yang diperkenalkan dalam perubatan moden oleh tamadun Barat pada hari ini telahpun sinonim dalam budaya masyarakat primitif tamadun-tamadun silam, tamadun Greek dan Rom malahan turut digunakan secara meluas dalam perubatan tamadun Islam sekitar abad pertengahan. Kajian-kajian terhadap tahap keberkesanan aplikasi muzik yang telah dijalankan dalam konteks rawatan kesihatan mental juga menunjukkan tindak balas positif dan perubahan signifikan daripada para responden.