Browsing by Author "Farhah Zaidar Mohamed Ramli"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Takhrij Hadis Di IPT-IPT Malaysia: Kajian Kes Di Kuis(Kolej Universiti Islam Selangor, 2016) ;Farhah Zaidar Mohamed Ramli ;Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria ;Zainora DaudFarah Nur Rasyida RosnanSukar dinafikan bahawa penguasaan kemahiran takhrij hadis dalam kalangan penulis genre ilmiah bidang pengajian Islam adalah begitu penting. Penulisan latihan ilmiah, kertas projek, tesis, disertasi, jurnal dan seumpama dengannya memerlukan keseriusan dalam mengenal pasti kejelasan sumber dan status hadis terlebih dahulu sebelum ianya dinukilkan sebagai dalil penghujahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber-sumber rujukan takhrij hadis dan keasliannya dalam penulisan genre ilmiah terdiri daripada kertas projek yang dihasilkan oleh pelajar Syariah dan Undang-undang di Institut Pengajian Tinggi terpilih di Malaysia iaitu KUIS. Kajian juga menganalisis bilangan hadis serta pernyataan statusnya yang telah dirujuk sebagai hujah. Kajian turut mengkaji sejauhmana kecekapan takhrij hadis dan kepatuhan menuruti formatnya oleh pelajar IPT terbabit serta faktor-faktor kecekapan mahu pun kelemahan tersebut. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes. Instrumen pengumpulan data kajian adalah menerusi analisis dokumen dan temubual. Penganalisaan data dilakukan secara deskriptif. Sampel kajian melibatkan 50 buah kertas projek yang dihasilkan pada tahun 2014 sahaja. Dapatan keseluruhan menunjukkan aplikasi takhrij hadis dalam penulisan pelajar terbabit adalah masih terdapat kekurangan dan kelemahan tertentu. Kekurangan tersebut adalah dalam aspek tiadanya konsistensi pentakhrijan hadis yang standard dalam penulisan kertas projek pelajar sekali pun mereka berpotensi serta mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemudahan untuk melakukannya. Penemuan kajian signifikan dalam mendorong semua pihak sama ada pelajar, penyelia atau pengurusan institusi menggembleng tindakan secara kolektif untuk memastikan pentakhrijan hadis dalam penulisan kertas projek pelajar tidak lagi mengalami sebarang kecuaian atau ketidakpatuhan yang kurang wajar.44 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Rintis Terhadap Keperluan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (asasdith) Di Universiti Islam Selangor (uis)(Hadith and Aqidah Research Institute (UIS), Selangor, 2024) ;Siti Mursyidah Mohd Zin ;Farhah Zaidar Mohamed Ramli ;Suriani Sudi ;Phayilah YamaPembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) atau gamifikasi sering digunakan dalam proses pembelajaran pada abad ke-21. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) arus perdana seharusnya melangkah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Kedua-duanya harus menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses PdP menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara. Justeru kajian ini di laksanakan adalah untuk melihat keperluan pembangunan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith) bagi kursus Ulum al-Hadith. Kajian rintis ini melibatkan 32 orang mahasiswa yang mempelajari kursus Ulum al-Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Kajian ini menggunkan kaedah kuantitatif dalam bentuk soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan pembangunan Kad AsasDith dalam kalangan pelajar UIS menggunakan kaedah (Statistical Package for Social Science) SPSS. Hasil kajian rintis mendapati keperluan kepada pembangunan Kad AsasDith mendapat skor Cronbach Alpha α= 0.835 terhadap pembangunan Kad AsasDith. Ini kerana Kad AsasDith dilihat dapat memudahkan pelajar untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran kursus Ulum al-Hadith walaupun ia dipelajari di dalam Bahasa Arab. Selain itu Kad AsasDith akan turut meningkatkan motivasi pelajar dan seterusnaya menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari kursus Ulum al- Hadith. Justeru, keperluan kepada pembangunan Kad AsasDith diharap dapat memberi nafas baru dalam sebagai alat bantu mengajar kursus Ulum al-Hadith agar ia lebih difahami oleh mahasiswa Pengajian Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebolehgunaan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (asasdith) Dalam Meningkatkan Minat Dan Motivasi Pelajar(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2024) ;Siti Mursyidah Mohd Zin ;Farhah Zaidar Mohamed Ramli ;Phayilah Yama ;Suriani SudAlat bantuan mengajar (ABM) di dalam bidang Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith yang dipelajari secara tradisional berasaskan buku/kitab telah diinovasikan menjadi Kad gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith). Inovasi pembangunan Kad AsasDith ini seiring dengan kehendak pelajar masa kini yang lebih berminat dengan alat bantuan mengajar yang interktif dan santai.Pembangunan Kad AsasDith ini boleh digunapakai oleh para pensyarah, tenaga pengajar yang mengajar dan para pelajar yang mempelajari Kursus Ulum al-Hadith/ Mustalah al-Hadith di IPTA mahupun IPTS. Objektif utama di dalam kajian ini adalah untuk menilai kebolehgunaan Kad AsasDith. Penilaian kebolehgunaan Kad AsasDith ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Selangor (UIS). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian kebolehgunaan Kad AsasDith terhadap motivasi pelajar pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati Kad AsaSDith mengikut mampu meningkatkan motivasi pelajar dan minat terhadap kursus Ulum al-Hadith /Mustalah al-Hadith.