Browsing by Author "Hafizah Marzuki"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Internal Audit Effectiveness During Movement Control Order (MCO) Period(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Hafizah Marzuki ;Alliza Ayob ;Intan Zurina Md NaainNur Farzana RahaizakThe execution of the Movement Control Order (MCO) as a result of the Covid-19 pandemic has closed the operations of non-essential business across the country. It also has shaken up all types of non-essential services including the internal audit function. This means that the internal audit services are disrupted during the MCO. A s such, this study attempts to assess the perception of Malaysian Public Universities (UAs) internal auditors on the level of internal audit effectiveness and factors that may influence the level of internal audit effectiveness. The objectives of this study are (1) to assess the level of using technology, competency, quality of time, client’s response and personal attitude among internal auditors during MCO; (2) to analyze the level of internal audit effectiveness during MCO; and (3) to determine the relationship between intenal audit effectiveness and technology, competency, quality of time, client’s response and personal attitude during MCO. This study uses a quantitative research design and conducting survey for data collection. A total number of 123 respondents from 20 UAs in Malaysia provided valid responses to an online questionnaire. The results show that the respondents’ perception on the level of intenal audit effectiveness is positively correlated with technology, competency, quality of time, client’s response and personal attitude. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Kepakaran Staf Dan Kaitannya Dengan Kepuasan Kerja Di Universiti Sains Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Khairunneezam Mohd Noor ;Nor Azzah Momin ;Hafizah Marzuki ;Wan Fauriah Wan Samad ;Zuraida ZakariaKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungkait antara penggunaan kepakaran staf dengan kepuasan bekerja dalam kalangan pegawai pentadbiran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Borang soal selidik yang mengandungi instrumen pengukuran persepsi terhadap tahap kepuasan kerja staf, pengukuran persepsi terhadap tahap penggunaan kepakaran staf dan maklumat demografi staf telah diedarkan kepada 180 orang staf pentadbiran di USIM menerusi aplikasi Google Docs. Seramai 91 responden (50.6% daripada keseluruhan populasi pegawai pentadbir) telah memberikan maklum balas terhadap soal-selidik yang dijalankan. Analisis data kajian dibuat menggunakan perisian SPSS termasuklah analisis deskriptif dan kolerasi. Hasil kajian dibincangkan secara terperinci dalam artikel ini berserta perbandingannya dengan kajian-kajian lepas. Kajian ini penting sebagai suatu indikator indeks kepuasan bekerja staf pentadbiran USIM serta menjadi panduan kepada pihak pengurusan universiti khususnya USIM untuk melaksanakan pengagihan tugas yang berkesan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kalangan staf pentadbirannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Salah guna aset: peranan pentadbir universiti(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017-03-14) ;Hafizah Marzuki ;Alliza Ayob ;Intan Zurina Md NaainNur Farzana RahaizakKertas kerja ini bertujuan untuk mengupas isu dan permasalahan berkaitan salah guna aset dalam kalangan penjawat awam. Salah guna aset merupakan salah satu cabang fraud dalam pekerjaan. Hakikatnya masih ramai yang tidak sedar bahawa salah guna aset ini adalah perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang mahupun agama. Ini kerana perbuatan ini telah menjadi satu budaya toksik dalam kalangan penjawat awam. Teori the Fraud Diamond menjelaskan terdapat empat elemen utama yang menyebabkan salah guna aset berlaku iaitu peluang, tekanan, kebolehan dan rasional. Justeru, dalam hal ini para pentadbir memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengawal penularan budaya toksik dalam pekerjaan khususnya perbuatan salah guna aset. Oleh yang demikian, beberapa amalan terbaik telah dikenal pasti dan boleh dipraktikkan oleh para pentadbir dalam usaha membasmi gejala fraud ini. Antaranya, pemeriksaan mengejut dan pendekatan self-auditing dikatakan mampu menutup peluang individu untuk melakukan salah guna aset. Selain itu, para pentadbir juga disarankan untuk mengamalkan prinsip professional skepticism dan qudwah hasanah dalam kehidupan seharian bagi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang sejahtera.