Browsing by Author "Hayati Hussin"
Now showing 1 - 13 of 13
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Application of Multimedia Technology (MTA) in The Qiraat Course: A Study on Darul Quran Students, Jakim(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Hayati Hussin ;Abd Rahman Abd GhaniAbdul Rahim AhmadIn the 21st century, development of technology of Multimedia (MTA) in the education sector has the potential to produce knowledgeable, skilled and competitive students. MTA have diversity in teaching and learning methods are able to produce generation of al-Qurans who excel in various fields. The outbreak of pandemic Covid-19 virus seems to be forcing the world community, including Malaysia, towards the usage of digital technology more comprehensively which indirectly causes a digital surge in Malaysia. The method of teaching and learning (T&L) qiraat courses face-to-face is swich to online or virtual. Therefore, this study aims to explore students perspective on the usage of MTA in T&L for Qiraat program at Darul Quran (DQ) JAKIM. This study is a qualitative study using case study as reseach design. The study found that 65% of students agree on usage of MTA can help in T&L of the qiraat course to be easier, understandable and interesting during Covid-19. Meanwhile, 7 out of 20 students representing 35% said that T&L qiraat with MTA makes them not understand, bored and unfocused. 70% of students have a high level of knowledge related to usage of MTA in the qiraat course and 30% said they lack exposure usage MTA. This study explains that the main challenges faced by students in using MTAs are internet access constraints and lack of infrastructure. This statement is supported by the findings of the FGD with the students which are 19 out of 20 students representing 95% of the total number of students and only 5% said there were no restrictions in using MTAs. This study gives important implications to Darul Quran and Universities as well as Tahfiz institutions in Malaysia in general towards the formation of high quality Quranic generation in memorization of the Quran.4 31 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah Karangan Al-Tarmasiy: Suatu Pengenalan Ringkas(USIM PRESS, 2018) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Norullisza KhosimMuhammad Lukman IbrahimKertas kerja ini merupakan kajian terhadap manuskrip Ghunyah al-Talabah Bi Sharh al-Tayyibah karangan Muhammad Mahfuz al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Antaranya ialah ilmu serta kitab dan nukilan qiraat. Objektif kajian ini ialah untuk memperkenalkan karya al-Tarmasiy iaitu Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum dinilai dan dihasilkan. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Keunikan yang ditampilkan di dalam kitab Ghunyah ialah isinya yang mengandungi qiraat imam sepuluh berpandukan manuskrip Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at Al-cAshr karangan Ibn al-Jazariy. Susunannya juga menggunakan bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Selain daripada itu al-Tarmasiy juga menukilkan hadith di dalam manuskripnya ini pada tempat-tempat yang bersesuaian. Al-Tarmasiy mengambil berat terhadap sumber kedua di dalam perundangan Islam ini dengan membawa beberapa hadith di dalam manuskrip yang membincangkan berkaitan dengan qiraat. Walaupun perbahasannya menjurus kepada ilmu qiraat, beliau turut membawa dalil bersumberkan Sunnah Nabi s.a.w. dengan perbahasan yang mendalam. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan qiraat yang lain. Implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’.1 85 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Justifikasi Qiraat Di Dalam Manuskrip Ta'mim Al Manafi' Bi Qiraat Al Imam Nafi' Karangan Al Tarmasi(Research Centre for al-Quran and al-Sunnah, Faculty of Islamic Studies, UKM, 2016) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Zainora DaudMuhammad Lukman IbrahimIlmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membaca al Quran dengan satu bentuk atau pelbagai bentuk bacaan yang berbeza. Bacaan tersebut seterusnya disandarkan kepada imam dan perawi yang menaqalkan riwayat bacaan itu. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha untuk menilai justifikasi Qiraat yang terdapat di dalam manuskrip Ta'mim al Manafi' bi Qira'at al Imam Nafi'. Ia adalah sebuah manuskrip hasil karangan al Tarmasiy, seorang ulama Nusantara terbilang di zamannya, di dalam pelbagai bidang. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada manuskrip Ta'mim kitab kitab Qiraat serta laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat dua justifikasi yang terdapat di dalam manuskrip ini, iaitu bersifat individu dan kolektif. Selain daripada itu Qiraat Qiraat di dalam manuskrip Ta'mim ini merupakan Qiraat yang sah lagi mutawatir.7 46 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komponen Dalam Model Pemulihan Holistik Terhadap Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) Di Malaysia(JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, 2021) ;Noor Hafizah Mohd Haridi ;Ahmad Munawar Ismail ;Nasrudin SubhiHayati HussinRehabilitation is a form of social service to heal individuals facing negative behavioural issues. Holistic rehabilitation is a restoration concept which further expands and deepens the process. Besides aiding in the promotion of a positive attitude towards rehabilitation, it develops social competence in facing the modern world. Successful rehabilitation involves not only the utilised approach, but also programme implementation elements such as the preparation of facilities, implementation skills, implementers' attitude, the teaching process, administrative support and programme evaluation. This article is on the study which aims to develop a holistic rehabilitation model for the LGBT community. This is essential in the efforts towards LGBT rehabilitation by both governmental and non-governmental agencies. Holistic and comprehensive rehabilitation involves the integration of spiritual and physical restoration. The LGBT community is in need of help towards rehabilitation. This holistic model rehabilitation model is developed to assist those individuals who are involved in the deviant lifestyle to return to the Islamic path. In implementing the study, the Fuzzy Delphi Method (FDM) is used. The holistic model focuses on the wholesome and comprehensive restoration which includes an integrated spiritual and physical healing for the LGBT community. The findings of the study show that there are four components in the rehabilitation model that are developed, namely the government, non-government organisations, the community and the LGBT community.29 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lima Bentuk Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Tafsir Maudu’i dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM(Penerbit USIM, 2018) ;Norullisza Khosim ;Hayati HussinAbdulloh SalaehThrough diversity in technology nowadays, innovation in teaching and learning has been adapted to the subject of Thematic Exegesis among students in higher learning institutions including new pedagogy approaches such as language use, teaching style changes, technological developments and so on. This article will study the thematic approach by highlighting the particular theme handled by the Qur'an in teaching and learning Thematic Exegesis subject in the Faculty of Quran and Sunnah Studies (FPQS). Secondly, this study will explore the innovations that have been introduced and applied throughout the teaching and learning process of the subject among students of Quran and Sunnah Studies (QS) and Quran with Multimedia (QM) at the FPQS, USIM. This article uses qualitative methods through observation and documentation. The study found that: (a) there are five types of innovation in the teaching and learning of thematic exegesis subject among students; acting, wayang kulit (shadow puppets) or animation, multimedia presentations, music and lyric, and, choral speaking, (b) students have shown an improvement in innovative approaches in learning the subject of thematic exegesis especially in communication and technology.34 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)(Faculty of Islamic Civilisation Studies, UIS, 2024) ;Rohana Zakaria ;Mohd Asri Ishak ;Sharifah Noorhidayah Syed Aziz ;Mardhiah Yahaya ;Hayati HussinSofea Thanaa’ SaibonTadabbur al-Quran merupakan suatu mekanisme terpenting dalam membangunkan modal insan khususnya dari aspek kerohanian seorang insan, sekali gus menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan krisis dan masalah sosial. Justeru, golongan pelajar tahfiz merupakan golongan remaja yang sentiasa mendampingi al-Quran. Namun realiti kini mendapati bahawa pelajar tahfiz lebih menumpukan hafazan berbanding memahami makna ayat yang dihafaz. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) tingkatan empat dan lima di sekolah Menengah Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik yang dianalisis secara deskriptif kepada 300 pelajar tingkatan empat dan lima dari lima buah sekolah tersebut telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan min dan peratusan. Data kuantitatif kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienes 29.0 (SPSS 29.0). Hasil kajian mendapati nilai keseluruhan min berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan sebahagian pelajar menghadapi masalah dalam mentadabbur dan berinteraksi bersama al-Quran. Hasil kajian mengenalpasti bahawa antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah seperti pelajar lebih mengutamakan kelancaran berbanding kefahaman terhadap ayat al-Quran, pelajar memberi seluruh tumpuan terhadap hafazan tanpa tadabbur, pelajar tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tadabbur, pelajar tidak mengambil tahu bagaimana cara untuk tadabbur ketika menghafaz al-Quran, pelajar menghafaz al-Quran hanya untuk menepati silibus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelajar menghafaz al-Quran tanpa menghayati maknanya, pelajar tidak memahami makna ayat al-Quran yang dihafaz dan guru hanya memberi tumpuan terhadap bacaan dan hafazan sahaja. Oleh yang demikian, para pelajar dan seluruh pihak yang terlibat hendaklah berusaha menangani masalah-masalah yang dihadapi agar dapat membantu para pelajar dalam mentadabbur al-Quran seterusnya dapat merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan tahfiz demi melahirkan huffaz yang cemerlang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Morphology Aspect Of The Quranic Recitation That Influence Islamic Laws In Tafseer Ayat Al-ahkam By Al-sabuniy(Science Publishing Corporation, 2018) ;Abdul Rahim Ahmad ;Hayati HussinMuhammad Hafiz SalehThe Quranic recitation has a strong connection with the linguistics, especially in terms of the morphology. In fact, Islamic scholars frequently have different insights in terms of the implications of a sentence or a word with the same pronunciation and spelling, in general, the different forms of recitation of the morphological dimension will significantly affect all of the aspects. This study is aimed to divulge the morphological aspect in the book of Tafseer Ayat Al-Ahkam written by al-Sabuniy. A review was conducted in order to observe how far the differences towards the word construction with the same meaning could affect Islamic laws. If so, what kind of law does it apply to? The cause that affected it will be assessed cautiously. The methodology used in this study is a qualitative method. The main instrument in this study is based on the interpretation in the book of Tafseer Ayat Al-Ahkam by al-Sabuniy. The data collection in the form of words is analyzed inductively. As a result, it is discovered that there are also several differences of the Quranic verses in terms of the morphology, but not all of it leads towards different Islamic laws. In this book, there are nine morphological differences that lead towards the different meanings and laws. Most of them are focusing on fiqh and ibadah, whereas the rest are focusing on akidah and akhlak. This kind of research holds positive implications, as a foundation to the morphological studies on the work of other scholars.1 43 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Shaharuddin Pangilun ;Mohd Mahfuz Jaafar ;Rohana Zakaria ;Hayati HussinAbdul Rahim AhmadPenyelidikan ini merupakan kajian tahap penguasaan metode Rasm Uthamni dalam kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. Tujuan penyelidikan ini untuk mengenal pasti tahap dan masalah penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam memastikan gabung jalin Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada responden di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di dua buah di Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI masih berada di tahap yang sederhana dan sangat perlu kepada penambah baikan. Di harap penyelidikan ini dapat membantu meningkatkan penguasaan ilmu al-Quran di kalangan guru GPI agar menjadi lebih mantap, di samping dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor khasnya dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai.4 45 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Al-quran Secara Atas Talian(Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, 2023) ;Rohana Zakaria ;Hayati HussinWan Zarifah Binti Wan BahanudinPandemik yang melanda negara telah menyebabkan pembelajaranal-Quran yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka terpaksa dijalankan secara atas talian. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap peranan yang mempengaruhi pembelajaran al-Quran secara atas talian. Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Islam di negeri Kelantan iaitu Sekolah Rendah Islam al-Amin Tropicana Kota Bharu, Kelantan. Seramai 103 orang responden yang terdiri daripada pelajar darjah satu sehingga darjah enam terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik yang telah diedarkan dalam bentuk google form untuk mendapatkan maklumat. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science”(SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa sedar peranan mereka terhadap pembelajaran al-Quran secara atas talian. Tanggungjawab dan tumpuan mereka penting dalam menyokong pembelajaran al-Quran anak-anak dalam situasi ini. Justeru itu, ianya menunjukkan impak yang positif namun anak-anak masih memerlukan bantuan daripada ibu bapa mereka untuk memudahkan serta melancarkan lagi proses pembelajaran kelas al-Quran ini. Lantaran itu, kesedaran dan budaya yang baik ini hendaklah diberi perhatian yang lebih luas lagi terhadap penghayatan al-Quran dalam segenap lapisan masyarakat.21 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Feminis Dalam Isu Homoseksual(UKM Press, 2018) ;Nur Zainatul Nadra Zainol ;Latifah Abdul MajidHayati HussinSerangan pemikiran yang berkehendak kepada penerimaan homoseksual sebagai satu perbuatan yang tidak menyalahi syariat telah menular dalam masyarakat Islam kini. Golongan yang menerima homoseksual ini memberi alasan agama harus diamalkan bersesuaian dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hukum yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qatci. Serangan ini dilakukan oleh feminis yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan gender kerana mereka berpendapat sebahagian hukum yang terdapat dalam al-Quran telah menindas serta mendiskriminasi gender. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran feminis terhadap isu homoseksual serta kritikan pemikiran mereka menurut al-Quran dan al-Sunnah. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan 3 karya feminis sebagai kaedah untuk mengumpulkan data dan kaedah diskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan golongan feminis berkehendak untuk membela golongan homoseksual dengan hujah-hujah mereka walaupun ia melibatkan hukum-hukum al-Quran yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qat’i. Implikasi kajian menunjukkan perjuangan golongan feminis ini wajar diperhalusi dan diberi perhatian serius kerana pemikiran kesamarataan gender adalah bukan berasal daripada agama Islam malah ia berasal daripada tradisi masyarakat barat Justeru, pemikiran yang berkehendak kepada keterbukaan dalam berijtihad dengan meletakkan akal pada tempat yang paling tinggi berbanding al-Quran dan al-Sunnah seperti feminisme harus dibendung daripada menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam.3 68 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tadabbur Al-Quran Melalui Teknologi Maklumat: Satu Kajian Rintis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Islam Selangor(Akademia Baru Publishing (M) Sdn Bhd, 2024) ;Rohana Zakaria ;Mohd Asri Ishak ;Sharifah Nurhidayah Syed Aziz ;Mardhiah Yahaya ;Hayati HussinSofea Thanaa’SaibonTeknologi maklumat digital telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan manusia dalam banyak aspek. Ia berkembang pesat dan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan sehari-hari. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, kajian rintis ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kebolehpercayaan instrumen bagi mengukur penggunaan teknologi maklumat semasa proses mentadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi di Universiti Islam Selangor (UIS). Memandangkan pelajar universiti adalah bakal modal insan negara dan penyambung generasi ummat Islam terdahulu, maka perlu kepada tadabbur dan penghayatan alQuran yang sebenar menurut acuan al-Quran dan sunnah. Kajian ini berdasarkan kepada reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata dengan saiz sampel 35 orang pelajar Islam dari Universiti Islam Selangor (UIS). Instrumen penyelidikan yang digunakan adalah soal selidik. Penggunaan soal selidik digital iaitu “google form” membolehkan data dikumpul dan dianalisis dengan mudah dan cepat. Penelitian ke atas kajian-kajian lepas dilakukan bagi membina instrumen dalam kajian ini. Nilai pekali cronbach alpha bagi tadabbur alQuran dan teknologi maklumat adalah 0.90 iaitu pada nilai yang sangat tinggi. Dengan itu, kebolehpercayaan pemboleh ubah bagi instrumen ini boleh diterima. Data kajian dianalisis dengan menggunakan IBM “Statistical Package of Social Science” (SPSS) versi 29 untuk menilai kekerapan, peratusan dan purata. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa amalan mentadabbur al-Quran menggunakan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Maka melalui teknologi berasaskan pembelajaran digital ini mampu menjadikan pembelajaran alQuran mahupun tugasan harian lebih personal dan efektif. Namun matlamat dan objektif memerlukan kepada penambahbaikan agar dapat membantu proses tadabbur al-Quran lebih bersistematik seterusnya mencapai matlamat dan hasil tadabbur. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tadabbur Al-quran Through Information Technology: A Pilot Study Among Selangor Islamic University Students(akademiabaru.com, 2024) ;Rohana Zakaria ;Mohd Asri Ishak ;Sharifah Nurhidayah Syed Aziz ;Mardhiah Yahaya ;Hayati HussinSofea Thanaa’ SaibonDigital information technology has had a great impact on human life in many aspects. It is growing rapidly and becoming an important part of everyday life. Based on these requirements, this pilot study was conducted to identify the reliability of the instrument to measure the use of information technology during the process of meditating on the Quran among students of the Institute of Higher Studies at the Islamic University of Selangor (UIS). Since university students are the future human capital of the country and the link to the previous generation of the Muslim community, it is necessary to study and appreciate the true Quran according to the Quran and Sunnah. This study is based on a quantitative research design and the method used is stratified random sampling with a sample size of 35 Muslim students from the Islamic University of Selangor (UIS). The research instrument used is a questionnaire. The use of digital questionnaires that is "google form" allows data to be collected and analyzed easily and quickly. Research on previous studies was done to build instruments in this study. The value of the cronbach alpha coefficient for tadabbur al-Quran and information technology is 0.90 which is at a very high value. Thus, variable reliability of this instrument is acceptable. Research data was analyzed using IBM "Statistical Package of Social Science" (SPSS) version 29 to evaluate frequency, percentage and average. The results obtained show that the practice of memorizing the Quran using information technology among students is at a medium high level. Thus, technology-based digital learning enables learning the Quran and daily tasks to be more personal and effective. However, the goals and objectives require improvements in order to help the process of reciting the Quran more systematic to achieve the goals and results of reciting the Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Zainora Daud ;Shaharuddin SaadHayati HussinTuntutan membaca al-Quran secara bertajwid merupakan fardhu ain setiap Muslim. Kurikulum pendidikan ilmu tajwid yang dipelajari di Sekolah-sekolah Tahfiz difokuskan dalam bentuk teori dan praktikal berkisarkan makhraj, sifat huruf, hukum nun sakinahserta tanwin, hukum mim sakinah, maddan sebagainya. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan menganalisis tahap keberkesanan responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 210 orang pelajar di sembilan buah sekolah tahfiz swasta di bawah PITAS, Selangor. Data-data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai berdasarkan Statistical Package for the Social Science(SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriptif melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert. Data-data juga disokong dengan instrumen temu bual semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz swasta Selangor adalah tinggi (min= 4.04, p = 0.85), manakala skor min bagi domain pelaksanaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid adalah sederhana tinggi (min= 3.60, p= 0.73). Ini menunjukkan responden mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap penguasaan ilmu tajwid, tetapi perlu kepada penambahbaikan dari aspek Mad Asli, Mad Far'ie, dan bacaan Imam Hafs berdasarkan hasil keputusan ujian tilawah al-Quran dan hasil temubual. Manakala bagi domain amalan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di sekolah-sekolah tahfiz swasta juga berada di tahap baik tetapi masih perlu perhatian dan pemurniaan secara berterusan terhadap kaedah syarahan, praktikal dan amali, ujian lisan, papan hitam,buku rujukan, kuiz, soal jawab dan pembentangan. Kesimpulannya penguasaan ilmu tajwid yang cemerlang dalam al-Quran memberi implikasi yang positif dalam tilawah, tahfiz dan tadabbur ayat-ayat al-Quran sehingga mampu membentuk peribadi mukmi nkamil.2 26