Browsing by Author "Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memburu Ganjaran Pahala Ibadat Haji Dan Umrah Mabrur Di Era Pandemik Covid 19: Alternatif Bagi Umat Islam Yang Tertahan Ke Tanah Suci Mekah Memperolehi Pahalanya Dari Perspektif Quran, Hadis Dan Sirah Rasulullah SAW(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi ;Syed Najihuddin Syed HassanNorazman AliasKertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan bagaimana alternatif memperolehi pahala Haji dan Umrah bagi Umat Islam atau bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah yang tertahan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah di musim pandemik Covid 19 ini tanpa mengugurkan kewajipan pelaksanaannya pada masa akan datang. Bagi mencapai objektif penulisan ini, method kepustakaan digunakan untuk menganalisa semua dokumen berkaitan yang dikumpul. Dapatan kertas kerja ini mendapati terdapat sirah-sirah Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan bagaimana memperolehi pahala Haji dan Umrah dalam amalan-amalan kehidupan seharian, dan juga bagi Umat Islam yang tidak mampu mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah tetapi berhajat kepada ganjaran pahala Haji dan Umrah. Diharapkan dapatan dari penulisan ini akan menjadi penawar dan rawatan bagi Umat Islam yang bersedih tidak mampu menunaikan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah seterusnya redha dan bersangka baik di atas ketentuan Allah SWT kerana ibadat haji dan umrah di Baitullah adalah jemputan-Nya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tawaf Wada’ Dan Tawaf Sunat Di Dataran Kaabah: Hukum Jemaah Haji Dan Umrah Menipu Memakai Ihram Di Musim Endemik Dari Justifikasi Undang-Undang Kerajaan Arab Saudi Dan Perspektif Fiqh, Al-Quran, Hadis Rasulullah Saw Dan Maqasid Syariah(Penerbit USIM, 2023) ;Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi ;Syahirah Abdul Shukor ;Nik Salida Suhaila Nik Salleh ;Wan Abdul Fattah; Raja Razif Bin Raja ShahruddinKertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan bagaimana hukum Tawaf Wada’ dan Tawaf Sunat di Dataran Kaabah bagi jemaah haji dan umrah yang menipu memakai ihram ketika ini di Musim Endemik selepas berakhirnya Musim Pandemik Covid-19 dari justifikasi undang-undang Kerajaan Arab Saudi dan Perspektif Fiqh, al-Quran, dan Hadis Rasulullah saw. Bagi mencapai objektif penulisan ini, method keperpustakaan atau analisa dokumen digunakan untuk menganalisa semua dokumen berkaitan yang dikumpul. Dapatan kertas kerja ini mendapati hukum menunaikan Tawaf Wada’ dan Tawaf Sunat di Dataran Kaabah bagi jemaah haji dan umrah yang menipu memakai ihram ketika ini adalah haram, berdosa dan dibimbangi menganggu kemabruran Haji dan Umrah berdasarkan Fiqh, al-Quran, hadis Rasulullah saw dan Maqasid Syariah serta adab dan akhlak Mazmumah. Manakala justifikasi dan keputusan yang diputuskan oleh Undang-undang kerajaan Arab Saudi yang membenarkan Tawaf di Dataran Kaabah hanya untuk Jemaah Haji pada Musim Haji sahaja dan Jemaah Umrah bagi yang menunaikan Ibadat Umrah sahaja adalah tepat dan selari dengan Al-Quran dan As-Sunah, Fiqh dan Maqasid Syariah bagi mengelakkan Masyaqqah, Zahmah, bersesak-sesak dan kemudharatan serta penularan Penyakit Covid-19 dan Influenza yang mana mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Diharapkan, hasil penulisan ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah yang akan datang agar dapat mengikuti dan mentaati undang-undang Tawaf Wada’ dan Tawaf Sunat yang ditetapkan oleh Ulil’ Amri iaitu Pemerintah Kerajaan Arab Saudi dan menyakini hikmahnya dalam melaksanakan Ibadat Haji dan Umrah berdasarkan akhlak mahmudah seterusnya memperolehi Haji dan Umrah yang Mabrur.