Browsing by Author "Hussein Azemi Abdullah Thaidi,"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Agricultural Zakat From The Islamic Perspective(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Hussein Azemi Abdullah Thaidi, ;Azman Ab RahmanSiti Farahiyah Ab RahimDi Malaysia, zakat pertanian hanya diwajibkan ke atas makanan asasi sesuatu tempat dan telah mencukupi nisab. Namun, terdapat isu ketidakselarasan taksiran zakat pertanian misalnya ketidakselarasan penetapan nisab bagi timbangan metrik gantang, dan kepelbagaian kadar yang dikenakan. Persoalannya, apakah faktor utama kepada isu ini? Justeru, kertas kajian ini merupakan usaha untuk mengetengahkan beberapa isu yang timbul dalam pendekatan konseptual' zakat pertanian dari perspektif Islam dengan menganalisa definisi zakat pertanian, tanaman yang dikenakan zakat, nisab, kadar yang dikenakan berdasarkan pengairan, dan potongan kos-kos tertentu sebelum diwajibkan zakat. Metodologi kualitatif digunakan bagi menganalisa data melalui kaedah induktif, deduktif, dan perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketidakselarasan taksiran zakat pertanian merupakan natijah daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum menurut perspektif syarak bagi setiap mazhab. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pengurusan Institusi Zakat untuk menyelaraskan rangka kerja zakat pertanian berdasarkan keaslian undang-undang Islam bagi pembangunan dan pemantapan sosio ekonomi Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mekanisma Pembersihan Air Mutanajjis Menurut Fiqah Dan Aplikasinya Dalam Rawatan Air Kumbahan Oleh Indah Water Konsortium: Ke Arah Mencapai Kelestarian Sumber Air(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, ;Yasmin Hanani Mohd. Safian ;Syaza Azhari, ;Hussein Azemi Abdullah Thaidi,Muhammad Abdul Rahman SevanathanAir mutanajjis merujuk kepada gabungan di antara komponen air mutlaq dan najis yang menyebabkan perubahan pada sifat-sifat asal air iaitu; warna, bau dan rasa. Dalam konteks semasa, air sisa kumbahan yang terdapat di Loji Rawatan Kumbahan [LRK] boleh dikategorikan sebagai mutanajjis disebabkan ia bercampur dengan najis seperti tinja dan air kencing manusia. Permasalahan kajian adalah mengenai status air kumbahan yang telah dirawat dengan teknologi moden sama ada boleh dikategorikan sebagai air mutlaq atau tidak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti mekanisma pembersihan air mutanajjis menurut fiqah dan menganalisa secara perbandingan dengan amalan rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK milik Indah Water Konsortium [IWK]. Selain itu, menilai efluen terawat dan kesannya terhadap hukum taharah dalam Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan teknik kutipan data secara analisis dokumen dan pemerhatian di Loji Rawatan Kumbahan Serantau KL-Titiwangsa 2. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK IWK telah mengaplikasi kesemua teknik pembersihan air mutanajjis yang disyorkan oleh fuqaha iaitu mukatsarah, nazh dan taghyir. Teknik-teknik tersebut mampu menukar status air daripada mutanajjis kepada mutlaq setelah ia memenuhi semua kriteria air mutlaq yang ditetapkan oleh fuqaha. Efluen terawat ini telah menyokong Matlamat ke-6 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu air bersih dan sanitasi. Kata kunci: Air mutanajjis, taharah, air kumbahan, Indah Water Konsortium, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Semula Air Kumbahan Mutanajjis Untuk Tujuan Taharah: Satu Analisa Fiqah dan Kajian Sains Berdasarkan Amalan Rawatan Kumbahan oleh Indah Water Konsortium (IWK)(USIM Press, 2023) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Yasmin Hanani Mohd. Safian ;Syaza AzhariHussein Azemi Abdullah Thaidi,Airmuta najjismer ujuk kep ada air yang telah dicemar i den gan najis yan g men yeb abkan perubahan pada sif at-sif at asal air iaitu; warna, bau dan ras a. Dalam konteks semasa, air sis a kumbahan yan g terdap at di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) dik ategorikan seb ag ai muta najjisdis eb ab kan ber ca mpur den gan najis termasuklah hasil per kumuhan iaitu tinja dan air ken cin g man usia. Hal in i men imbulk an per soalan men gen ai air kumbahan yan g telah dir awat den gan teknologi moden di LRK sama ad a boleh dik ategorik an seb ag ai airmutlaq atau tidak . Kajianin i ber tu ju an menganalisa mekan is ma pember sih an air kumbah an muta najjis di LRK men urut per spek tif fiq ah dan kajian sains. Seterusnya, men ganalisia air sis a kumbahan in i terhad ap hukum ta harah dalam Islam. Kajian in i men ggunakan pendekatan kualitatif, den gan te knik kutipan data sec ar a an alisis dokumen, pemer hatian di LRK Seran tau KL-Titiwangsa 2 milikIndah Water Konsortium (IWK), temubual ber sama pak ar Syar iah dan sains kimia air, ser ta an alisis mak mal. Hasil kajian men dap ati bahawa teknologi rawatan air kumbahan yan g ter dap at LRK Seran tau KL-Titiwangsa 2 IWK mampu men ukar status air darip ad a muta najjis kep ad a mutlaq setelah did ap ati memen uhi semua kriteria airmutl aq yan g ditetapkan ole h fuqah a. Melalui hasil dap atan an alisis mak mal, air sis a kumbahan yan g telah dir awat dik ategorikan dalam kategori yan g sama dengan airmutlaq. Oleh itu, ai r terseb ut boleh dig unak an untu k tu ju an ta harah