Browsing by Author "Idi Bin Hamdi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Manhaj Dabt Dalam Surah Al-baqarah: Kajian Manuskrip Al-quran Msma021 Koleksi Pusat Manuskrip Narathiwat(Academic Inspired Network, 2024) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimIdi Bin HamdiManuskrip Melayu adalah salah satu hasil seni dan bukti keunggulan serta kehebatan daya cipta masyarakat Melayu tradisional zaman dahulu, Antara kandungan manuskrip yang kerap ditulis adalah tentang kehebatan sesebuah kerajaan dan lain–lain. Dabt juga adalah suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan metode penandaan huruf-huruf alQuran. Disiplin ilmu ini berlandaskan hukum baik dari sudut bentuk tajwidnya. Fokus utama penelitian ini adalah Analisis Manhaj Dabt dalam Surah al-Baqarah: Kajian Manuskrip alQuran MSMA021 Koleksi Pusat Manusrip Narathiwat tulisan tangan yang terdapat di Narathiwat, Thailand. Kaedah kajian ini mengguna pendekatan filologis. Metode yang digunakan sepanjang penelitian ini adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dengan menganalisis teks al-Quran MSMA021. Hasil penelitian yang diperolehi pada analisis pengetahuan dabt dalam naskah al-Quran MSMA021 jelas menunjukkan penulisan dabt mushaf al-Quran MSMA021 tidak mengikuti metode pengetahuan dabt yang sebenarnya seperti harakat lengkap, tanwin, mad, sabdu, sukun dan hamzah, tetapi lebih sesuai dengan pola penulisan normal. Sebagai hasil dari temuan penelitian ini, penulis mengajukan proposal agar penelitian ini dapat dilakukan secara seterusnya pada surah al-Quran lainnya di Perpustakaan Negara Malaysia yang belum dikaji secara komprehensif yang berasal dari dunia Melayu. Oleh kerana itu, naskhah al-Quran ini merupakan naskhah besar yang akan meningkatkan harakat dan martabat tulisan para ulama terdahulu secara akademik dan lebih berwibawa kepada generasi digital khususnya dalam bidang al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemikiran Tafsir Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dalam Kitab Mawaqif Al-marjan(Academic Inspired Network, 2022) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Zamrie Ibrahim @ Musa ;Ahmad Kamel Mohamed ;Idi Bin HamdiAhmad Kamel MohamedKitab Melayu Islam di pattani adalah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh seorang tokoh Melayu yang menjadi lambang kesarjanaan mereka. Ia mencerminkan falsafah dan jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menjadi tunjang dalam kehidupan mereka. Antara kitab yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum ialah Mawaqif Al-Marjan yang merupakan sebuah karya tafsir dihasilkan oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar. kitab tafsir ini sangat signifikan dalam konteks kajian tafsir dan huraian tentang ayat-ayat mutasyabihat dan ayat muhakamat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memperkenalkan Mawaqif Al-Marjan kerana pendekatan tafsir ayat-ayat mutasyabihat yang akan menerangkan kepada masyarakat dengan ringkas berbanding dengan tafsir tafsir lain seperti tafsir nurul ihsan yang mengandungi tafsir ijmali yang lebih hampir kepada konsep terjemah tafsiriyyah, kisah-kisah dan lain-lain. Gaya pentafsiran ini adalah secara analitik mewajarkan kajian terhadap pendekatan tafsir yang diaplikasi oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dan beberapa aspek pemikiran tafsirnya. Kaedah analisis kandungan terhadap kitab Mawaqif Al-Marjan bagi mendapatkan data, kemudian dianalisis secara perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Ismail menepati pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh para ulama iaitu berdasarkan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf. Namun, kajian ini mendapati pendekatan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf adalah lebih jelas dalam kitab ini. Aspek pemikiran yang diketengahkan oleh Tuan Guru Haji dalam pentafsiran alQuran pula bersifat releven dengan masyarakat setempat khususnya ketika mentafsirkan ayatayat berkaitan dengan ayat sifat-sifat mutasyabihat Allah dengan makluk dan lain-lain. kajian mendapati bahawa kitab Mawaqif Al-Marjan adalah tafsir sahih yang diangkat sebagai karya dan rujukan yang mengandungi nilai dan menjadi sumber penting dalam ilmu Islam .