Browsing by Author "Ismail, N."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ismail, N. ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada masa kini terdapat hampir setiap daerah mempunyai pejabat zakat yang diuruskan oleh institusi zakat. Namun begitu perlaksanaan kaedah ni masih menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik berkenaan sejauhmanakah ia dapat menyelesaikan masalah permohonan dan penerimaan dana zakat kepada asnaf yang akhirnya dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat. Ini kerana terdapat beberapa kajian lepas yang telah mencadangkan peranan masjid dalam menguruskan zakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat Islam terhadap cadangan melokalisasikan pejabat zakat di masjid di Bandar Baru Bangi. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod kuantitatif untuk menganalisis persepsi responden terhadap isu lokalisasi pejabat zakat di masjid serta mengkaji peranan masjid sebagai tempat utama dalam mengagihkan zakat. Hasil kajian juga menunjukkan, majoriti masyarakat setempat bersetuju melokalisasikan pejabat zakat di masjid. Hasil kajian juga mendapati terdapat dua faktor utama persetujuan ini. Pertamanya ialah lokasi masjid yang strategik dan mudah untuk diakses oleh masyarakat dan keduanya, masjid sebagai tempat aktiviti utama umat Islam. Akhirnya beberapa cadangan dan implikasi polisi turut dicadangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Ismail, N.Abdul Rahman, N. A.Pantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan mengajar di antara ahli masyarakat. Nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun ini bukan sahaja terhad melalui pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu, malah terdapat juga dalam penciptaan pantun oleh masyarakat selain Melayu seperti Peranakan Baba. Masyarakat Peranakan Baba merupakan subetnik Cina yang terhasil daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Ini bermakna, Peranakan Baba telah mengalami proses akulturasi dengan nilai masyarakat Melayu. Aspek nilai yang dikongsi bersama ini dapat dilihat melalui penciptaan pantun oleh masyarakat Peranakan Baba. Kajian ini akan memberi fokus terhadap aspek nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun Peranakan Baba. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai-nilai tamadun Melayu yang dominan digunakan dalam pantun Peranakan Baba. Selain itu, proses akulturasi yang berlaku di antara masyarakat Melayu dan Peranakan Baba juga akan diberi penelitian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis makna perkataan dan ayat yang terdapat dalam pantun yang dipilih melalui buku 'Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat, 1910-1930-an' yang disusun oleh Ding Choo Ming. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat proses akulturasi yang berlaku dalam masyarakat Peranakan Baba melalui pantun yang dikaji. Data yang diperolehi ini penting sebagai rekod asas kepada kajian yang lebih terperinci berkaitan Peranakan Baba di Malaysia. Implikasi kajian akan mendorong pembentukan nilai kebersamaan di antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Mangsa Banjir Terhadap Pengurusan Pengagihan Sumbangan Bencana Banjir(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Azman A.RIsmail, N.Fenomena banjir menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar dan harta benda, bahkan kehilangan nyawa. Kejadian ini menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang lain untuk membantu mangsa banjir. Bantuan kepada mangsa banjir diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan bantuan kelengkapan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya. Namun terdapat beberapa kes yang melibatkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan ataupun bantuan yang diperolehi tidak dapat melengkapi keperluan asas mereka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat persepsi mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan bencana banjir. Artikel ini juga akan membincangkan faktor-faktor ketidakpuasan hati�mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan. Hasil kajian mendapati sebahagian responden tidak berpuas hati dengan pengurusan pengagihan sumbangan mangsa banjir dan faktor utama adalah disebabkan sumbangan tidak sampai kepada mangsa banjir. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan atau NGO-NGO, individu yang terlibat dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir supaya meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumbangan. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi menentukan kaedah yang terbaik dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di Malaysia.