Publication:
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan mengajar di antara ahli masyarakat. Nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun ini bukan sahaja terhad melalui pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu, malah terdapat juga dalam penciptaan pantun oleh masyarakat selain Melayu seperti Peranakan Baba. Masyarakat Peranakan Baba merupakan subetnik Cina yang terhasil daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Ini bermakna, Peranakan Baba telah mengalami proses akulturasi dengan nilai masyarakat Melayu. Aspek nilai yang dikongsi bersama ini dapat dilihat melalui penciptaan pantun oleh masyarakat Peranakan Baba. Kajian ini akan memberi fokus terhadap aspek nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun Peranakan Baba. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai-nilai tamadun Melayu yang dominan digunakan dalam pantun Peranakan Baba. Selain itu, proses akulturasi yang berlaku di antara masyarakat Melayu dan Peranakan Baba juga akan diberi penelitian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis makna perkataan dan ayat yang terdapat dalam pantun yang dipilih melalui buku 'Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat, 1910-1930-an' yang disusun oleh Ding Choo Ming. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat proses akulturasi yang berlaku dalam masyarakat Peranakan Baba melalui pantun yang dikaji. Data yang diperolehi ini penting sebagai rekod asas kepada kajian yang lebih terperinci berkaitan Peranakan Baba di Malaysia. Implikasi kajian akan mendorong pembentukan nilai kebersamaan di antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

Description

Keywords

Tamadun Melayu, Peranakan Baba, Pantun, Nilai

Citation