Publication:
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba

dc.contributor.authorIsmail, N.en_US
dc.contributor.authorAbdul Rahman, N. A.en_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:47:26Z
dc.date.available2024-05-30T01:47:26Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractPantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan mengajar di antara ahli masyarakat. Nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun ini bukan sahaja terhad melalui pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu, malah terdapat juga dalam penciptaan pantun oleh masyarakat selain Melayu seperti Peranakan Baba. Masyarakat Peranakan Baba merupakan subetnik Cina yang terhasil daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Ini bermakna, Peranakan Baba telah mengalami proses akulturasi dengan nilai masyarakat Melayu. Aspek nilai yang dikongsi bersama ini dapat dilihat melalui penciptaan pantun oleh masyarakat Peranakan Baba. Kajian ini akan memberi fokus terhadap aspek nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam pantun Peranakan Baba. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai-nilai tamadun Melayu yang dominan digunakan dalam pantun Peranakan Baba. Selain itu, proses akulturasi yang berlaku di antara masyarakat Melayu dan Peranakan Baba juga akan diberi penelitian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis makna perkataan dan ayat yang terdapat dalam pantun yang dipilih melalui buku 'Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat, 1910-1930-an' yang disusun oleh Ding Choo Ming. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat proses akulturasi yang berlaku dalam masyarakat Peranakan Baba melalui pantun yang dikaji. Data yang diperolehi ini penting sebagai rekod asas kepada kajian yang lebih terperinci berkaitan Peranakan Baba di Malaysia. Implikasi kajian akan mendorong pembentukan nilai kebersamaan di antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
dc.identifier.epage67
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue3
dc.identifier.spage60
dc.identifier.urihttp://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/73
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15333
dc.identifier.volume3
dc.languageMalay
dc.language.isoms_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insani
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectTamadun Melayuen_US
dc.subjectPeranakan Babaen_US
dc.subjectPantunen_US
dc.subjectNilaien_US
dc.titleNilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba.pdf
Size:
385.52 KB
Format:
Adobe Portable Document Format