Browsing by Author "Khairi Mahyuddin"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Modul Integrasi Akidah dan Tazkiyyah Al-Nafs kepada Mualaf(Penerbit USIM, 2023) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida Nik Abd Majid ;Dini Farhana Baharudin ;Mohd Faridh Hafez Mhd OmarNur Kareelawati Abd KarimUsaha pengukuhan pendidikan Islam kepada mualaf giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan mualaf samaada di peringkat agensi kerajaan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Berdasarkan kajian terdahulu, antara aspek yang perlu ditambahbaik dalam proses pengukuhan kefahaman agama Islam adalah pengukuhan dan penghayatan akidah. Oleh itu, modul ini dibangunkan untuk membantu pembimbing mualaf menerapkan kefahaman akidah yang sebenar dengan menyerapkan elemen penyucian jiwa(Tazkiyyah al-nafs). Modul ini bukan sahaja sesuai dijadikan panduan oleh para pembimbing mualaf, malah boleh dimanfaatkan oleh para pendakwah dan pengajar di dalam kelas-kelas pengajian agama Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Tazkiyyah Al-nafs Dalam Pengukuhan Akidah Mualaf(Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida ;Dini Farhana Baharudin ;Faridh Hafiz OmarNur Kareelawati Abd. KarimPendidikan akidah yang komprehensif dapat membantu mengukuhkan kefahaman dan kepatuhan kepada agama Islam. Penghayatan kepada ajaran Islam secara keseluruhannya terhasil melalui keteguhan iman yang merupakan tunjang utama di dalam agama. Pengukuhan akidah melalui pelbagai pendekatan perlu diterap sedari awal kepada setiap muslim apatah lagi kepada mualaf bagi membendung penyelewengan akidah. Dalam pembinaan modul pengajaran akidah mualaf sedia ada, selain daripadamengetengahkan tajuk-tajuk yang bersangkutpaut denganketuhanan,kenabian, rukun-rukun Iman yang enam, masih kurang penekanan diberikan kepada elemen tazkiyyah al-nafs atau penyucian jiwa sedangkan ianya adalah sangat penting dalam proses pengukuhan akidah seorang muslim. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Selain itu, proses pengukuhan akidah melalui pendekatan tazkiyyah turut menjadi fokus perbincangan. Metodologi kajian adalah secara kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan penulisan para ulama’ dan cendiakawan Islam yang menekankan kepentingan dan peranan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Kajian mendapati bahawa kaedah tazkiyyah al-nafs melalui amalan zikir dan doa yang khusus dan istiqamah sangat penting dan dapat membantu mengukuhkan pegangan akidah setiap muslim. Amalan zikir yang istiqamah akan melahirkan kekuatan spiritual yang menolak perkara-perkara maksiat dan mungkar serta mendorong jiwa sentiasa ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kaedah pengajaran yang menerapkan elemen tazkiyyah al-nafs amat membantu menguatkan spiritual golongan mualaf supaya terus istiqamah dalam meneruskan ketaatan sebagai seorang muslim - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengukuhan Pengajaran Aqidah Melalui Pendekatan Tazkiyyah al-Nafs dalam Kalangan Mualaf(Penerbit USIM, 2022) ;Suhailiza Md. Hamdani ;Khairi Mahyuddin ;Mashitah Sulaiman ;Nik Suhaida ;Dini Farhana Baharudin ;Faridh Hafiz OmarNur Kareelawati Abd. KarimPengajaran aqidah yang sistematik dapat membantu keberkesanan kefahaman mualaf dalam subjek aqidah. Kefahaman aqidah akan melahirkan kefahaman ibadah di mana rohani seseorang mualaf itu sudah lebih kukuh dalam menghayati Islam secara menyeluruh. Banyak usaha ke arah pemantapan aqidah mualaf yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mualaf, Namun tahap kefahaman aqidah dalam kalangan mereka masih belum memuaskan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kandungan aqidah yang sesuai terhadap mualaf dan melihat kepentingan pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pembelajaran aqidah mualaf. Kajian mendapati bahawa kandungan aqidah perlu memenuhi kefahaman terhadap rukun Iman. Manakala pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pengajian aqidah melalui amalan zikir yang dicadangkan dapat mendidik dan mengawal tingkatan nafs dalam jiwa seorang muslim.