Browsing by Author "Khairiah Mohd Yassin"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Institusi Kemasyarakatan Sebagai Katalis Keintelektualan Menurut Pemikiran Peradaban Malik Bennabi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015-12)Khairiah Mohd YassinMalik Bennabi merupakan seorang tokoh wacana peradaban dari dunia Islam yang mewarnai dunia keintelektualan pada abad ke-20. Ketokohan beliau dalam bidang peradaban diakui rakan sesarjana semasa dan selepas hayatnya sama ada dari dunia Timur mahupun Barat berdasarkan kerelevenan ideanya tentang teori kitaran peradaban. Pemikiran peradabannya menekankan elemen manusia dan kemanusiaan yang secara tidak langsung memfokuskan secara khusus terhadap aspek masyarakat dan kemasyarakatan. Dengan menggunakan kajian kepustakaan sepenuhnya, analisis tekstual hasil garapan Bennabi akan diperhalusi dengan serincinya. Untuk itu, kajian ini diusahakan dalam meneliti secara khusus mengenai peranan institusi masyarakat pada sisi peradaban manusia. Konteks perbincangan yang ditekankan dalam kertas kerja ini ialah teori masyarakat serta nilai pentingnya institusi tersebut kepada pembangunan peradaban dari perspektif Bennabi. Pemfokusan tersebut menjurus kepada kepentingan masyarakat sebagai sebuah institusi yang menjadi nadi penggerak serta berfungsi sebagai katalis keintelektualan. Ini kerana manusia sebagai insan berperadaban berperanan penting sama ada dalam usaha membangunkan peradabannya, atau pun sebaliknya. Ia berkait rapat dengan nilai intelek yang terbentuk dalam diri, secara realistiknya dipengaruhi oleh pendidikan reseptifnya, atau pengaruh individu atau masyarakat di persekitarannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Satu Analisis Tematik Terhadap Kaedah Rawatan Pemulihan Dadah di Malaysia(USIM Press, 2023) ;Abu Bakar Ahmad Mansor ;Khairiah Mohd YassinShukri AhmadDi Malaysia, terdapat pelbagai kaedah yang dilakukan oleh pusat rawatan pemulihan dadah baik melalui kaedah daripada pihak kerajaan, persendirian mahupun kaedah Pondok Remaja Inabah. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan kaedah-kaedah yang diimplementasikan oleh pihak terbabit dalam pemulihan dadah, namun perbezaan di antara ketiga-tiga agensi berkenaan masih belum giat diketengahkan kepada khalayak. Oleh itu, artikel ini dikemukakan bertujuan membincangkan kaedah yang telah digunakan oleh kerajaan, pusat rawatan persendirian dan juga Pondok Remaja Inabah, serta perbezaan pendekatan antara tiga agensi berkenaan. Setiap kaedah tersebut diteliti berasaskan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan menggunakan kaedah analisis tematik menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil analisis tematik menunjukkan pendekatan yang diterapkan oleh agensi-agensi kebanyakan berkonsepkan kaedah Barat kecuali agensi Pondok Remaja Inabah yang menggunakan kaedah Islam sepenuhnya dalam rawatan pemulihan dadah. Oleh itu, pendekatan analisis tematik ini sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk meneliti penemuan kajian yang diperolehi kerana penemuan yang diperolehi dilaporkan dalam bentuk grafik menggunakan rajah. Penemuan ini seterusnya dapat menjadi satu panduan kepada pihak berkepentingan serta ahli-ahli akademik sebagai rujukan untuk pengetahuan dan memperbaiki dasar yang sedia ada supaya program pemulihan diteruskan dan ditambahbaik dari masa ke masa.