Browsing by Author "Khairul Anuar Bin Mohamad"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Zamakhsyari Dan Al-Qiraat: Sorotan Surah Al-Baqarah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mujahid Bin Ahmad Lutfi ;Khairul Anuar Bin Mohamad ;Mohamad Redha Bin MohamadAbi Syafiq Al Hakim Bin Abd JabarTafsir al-Kasysyāf karangan al-Zamakhsyari merupakan sebuah kitab tafsir yang mempunyai kedudukan tersendiri di sisi para pengkaji dalam bidang tafsir. Mazhab muktazilah yang menjadi pegangan al-Zamakhsyari tidak menjadi penghalang bagi para ulama untuk menjadikan al-Kasysyāf sebagai rujukan dalam bidang kepakarannya terutamanya dari sudut kehebatan balaghah. Kertas kerja ini menyingkap sudut pandangan al-Zamakhsyari dalam bidang qiraat, yang merupakan satu alat yang penting bagi para mufassirīn dalam proses tafsir al-Quran. Penelitian dilakukan terhadap surah al-Baqarah yang merupakan surah terpanjang dalam al-Quran, kerana kelazimannya metode seorang mufassir itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan pemerhatian terhadap surah ini. Kajian ini merupakan satu kajian teks yang dilakukan terhadap kitab tafsir al-Kasysyāf. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Zamakhsyari mengaplikasikan penggunaan qiraat dalam tafsir beliau. Namun, metode beliau dalam ilmu qiraat tidak mengikut manhaj ulama dalam bidang qiraat, berdasarkan bahagian qiraat yang dibawakan, metode nisbah qiraat kepada qurrā’ dan komentar beliau terhadap setiap bacaan yang dinaqalkan. Walau bagaimanapun, sudut tawjīh qiraat merupakan satu kelebihan al-Zamahsyari yang boleh menjadi panduan kepada pembaca tafsir beliau. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Majlis Syuyukh Dalam Memperakukan Tahap Profesionalisme Hafis Al-quran(Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya,, 2018)Khairul Anuar Bin MohamadPerkembangan menghafaz al-Quran amat menarik dikaji apabila subjek hafazan ini dimasukkan dalam silibus akademik dan dilaksanakan dalam aliran sains dan akademik yang lain. Cabaran yang besar kepada penghafaz al-Quran ialah menjaga kualiti hafazan dengan maksud terus terpelihara dalam ingatan walau apa jua bidang yang diceburi selepas tamat menghafaz al-Quran. Justeru, artikel ini mengemukakan solusi agar satu platform diwujudkan untuk menjaga kualiti hafazan al-Quran iaitu dengan menubuhkan Majlis Syuyukh. Jika disorot sejarah al-Quran pada zaman sahabat ra dan tabiinterdahulu, mereka melazimi guru untuk membaca dan mengulang hafazan al-Quran. Justeru, Majlis ini mengumpulkan para syuyukh yang berpengalaman dalam bidang ini dan melazimi bersama al-Quran sama ada sentiasa memberi masa untuk mengajar al-Quran atau mengulang hafazan al-Quran. Golongan profesional yang berjawatan tinggi dan pernah menghafaz al-Quran boleh mengasah kembali hafazan mereka dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Majlis Syuyukh ini. Tuntasnya, Majlis Syuyukh amat relevan diwujudkan untuk menjaga kualiti penghafaz al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penelitian Terhadap Kriteria dan Tekstual Ijazah Sanad Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Norazman bin AliasKhairul Anuar Bin MohamadKaedah pengijazahan sanad al-Quran di Malaysia masih lagi agak asing dan belum dikenali oleh kebanyakan masyarakatdi Malaysia. Amalan ini hanya diketahui dan dikenali berputar di sekeliling para guru al-Quran, mahasiswa universiti dan para penghafaz al-Quran. Bagi pemegang sanad al-Quran pula, terdapat di kalangan mereka yang memperolehinya melalui program talaqqi al-Quran yang dianjurkan oleh pihak berkaitan di dalam negara mahupun diluar negara seperti di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan, Pusat Pengajian Al Mufid, Kuala Terengganu, Terengganu, Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir, Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan sebagainya. Malahan, trendmasa kini pula menunjukkan ramai tokoh dan pakar dalam bidang al-Quran khususnya dari negara Arab dijemput ke tanahair untuk mengendalikan progam talaqqi al-Quran bersanad di tanahair seperti di Ainhafeez Enterprise, Klang, Selangor dan Pusat Pengajian Khozandaroh, Kajang, Selangor.Program seumpama ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kefahaman masyarakat awam terhadap realiti amalan ijazah sanad al-Quran yang diamalkan secara warisan sejak zaman wahyu diturunkan. Atas kesedaran itu,terdapat beberapa isu pentingseperti kefahamanpemegang sanadterhadap itemdan tekstualijazah sanad al-Quran itu sendiriperlu diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Hal ini adalah kerana proses pengijazahan sanad al-Quran dan tekstual ijazahsanad al-Quranadalah berbeza daripadadisiplin ijazah sanad dalam cabang ilmu Islam yang lain seperti ilmu Hadis dan ijazah kitab.Justeru itu, kajian ini akan memberi fokus kepada dua objektif utama iaitu memberi kefahaman terhadap ijazah sanad al-Quran dan analisa tekstual ijazah sanad al-Quran. Kajian yang bersifat kualitatif ini dibangunkan menerusi metode perpustakaan dan metode deduktif iaitu menganalisis sanad al-Quran yang diperoleh sebagaibahan kajian dalam menatijahkan kriteria penting dalam ilmu sanad al-Quran. Dapatan awal menunjukkan kepelbagaian bentuk tekstual sanad al-Quran di serata dunia tanpa menggugurkan item penting dalam penulisan ilmu sanad al-Quran seperti nama tajuk, nama pemberi dan penerima, cop dan tandatangan, tarikh dan maklumatlain. Maka, kefahaman terhadap tekstualsanad al-Quran ini amatlah penting agar amalan pengijazahan sanad al-Quran yang ditradisikan inidapat dikekalkan dan diperkemaskan selari dengan tuntutan syara� dan semasa. Walhasilnya, amanah pemegang sanad al-Quran itu dapat disampaikan kepada ahlinya dengan kefahaman yang benar terhadap tekstual ijazah sanad al-Quran serta tidak dianugerahkan secara semberono kepada yang bukan ahlinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengenalan Tafsir Al-Bayan(Penerbit USIM, 2023) ;Khairul Anuar Bin Mohamad ;Adnan Mohamad Yusuf ;Muhammad Arif Musa ;Ahmad Sanusi Azmi ;Mahyuddin HashimZulhilmi Mohamed NorHubungan al-Quran dalam kehidupan muslim adalah hubungan yang amat kuat. Bahkan al-Quran adalah manhaj kehidupan yang lengkap membawa manuia ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Justeru satu tafsir al-Quran telah diusahakan untuk diterbitkan dengan namanya Tafsir al-Bayan. Objektif penerbitan tafsir ini adalah untuk menghasilkan satu terjemahan al-Quran dengan mengguna gaya bahasa terkini yang sesuai dan mudah difahami masyarakat pasca abad 20. Membumikan al-Quran dengan pilihan huraian ayat yang terbaik dengan mengambil kira isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan solusinya melalui al-Quran. Selain itu ia juga bertujuan menghurai tafsir yang menepati kaedah Ulum al-Quran dengan mengambil kira ketepatan maklumat bersandarkan kepada pandangan jumhur al-Mufassirin. Menghuraikan pengajaran ayat dan memberi ruang kepada pembaca untuk tadabbur ayat al-Quran dengan cara yang mudah difahami. Seterusnya ia juga diharapkan akan menjadi rujukan kepada masyarakat awam dalam ilmu Tafsir dan menjadi pilihan guru agama dalam pengajaran mereka serta memperkaya khazanah ilmu di alam melayu. Masyarakat amat memerlu kepada kupasan ilmu tafsir yang jitu dan mantap. Pada masa ini rujukan yang ada dalam maktabah dan huraian tafsir yang ada dalam pasaran kebanyakanya adalah berulang perkara yang sama. Justeru Tafsir al-Bayan ini memberi manfaat yang besar kepada umat Islam. Ia diharapkan ada menjadi modul pengajaran ilmu Tafsir di seluruh Malaysia dan akan menjadi rujukan kepada pengkaji Ilmu Tafsir dari sudut metodologi dan tafsiran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Imam Al-Sakhawi Dalam Pengajian Al-Quran: Kajian Terhadap Umdah Al-Mufid Wa 'Uddah Al-Majid Fi Ma'rifat Al-Tajwid(STAI-PIQ Sumatera Barat, 2019)Khairul Anuar Bin Mohamad - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahfiz Al-Quran Pantas Malaysia: Antara Keperluan, Cabaran Dan Solusi(Penerbit USIM, 2023) ;Mohd Shamsul Hakim bin Abd Samad ;Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff ;Sedek bin AriffinKhairul Anuar Bin MohamadPenawaran Program Tahfiz al-Quran Pantas mula memasuki dunia pendidikan tahfiz di Malaysia secara agresifnya bermula tahun 2018. Penawaran program tahfiz pantas ini telah menerima pandangan yang berbeza di kalangan masyarakat sama ada menerimanya atau menolaknya sebagai satu bentuk penawaran yang baharu bagi pendidikan tahfiz di Malaysia. Ia dilihat berbeza daripada penawaran program-program dan kaedah-kaedah tahfiz konvensional khususnya dari segi peruntukan masa menghafaz, jangkaan melengkapkan hafazan al-Quran selain pembahagian silibus harian, mingguan dan bulanan, kaedah pelaksanaannya dan lain-lain. Dalam keadaan ini, sambutan terhadapnya tetap ada menerusi pelbagai program seumpamanya yang ditawarkan kepada masyarakat di Malaysia khususnya menerusi program-program berbayar selain turut ditawarkan di sebahagian institusi pendidikan tahfiz kendalian pihak swasta mahu pun kerajaan. Justeru, bagi menilai dan merektifikasi perkara ini, satu kertas kerja disediakan bagi menilai antara keperluan penawaran program tahfiz pantas ini di Malaysia, cabaran-cabaran seterusnya mencadangkan solusi-solusi bagi setiap isu yang dibangkitkan seandainya wujudnya kewajaran penawaran program ini dalam konteks masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication مدخل إلى علم التحريرات(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Mohamed Abdul Naby AlKhairul Anuar Bin Mohamad