Browsing by Author "Ku Hasnita Ku Samsu"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia(USIM Press, 2020-11) ;Ku Hasnita Ku Samsu ;Zatul Himmah Adnan ;Mohd. Mahadee Ismail ;Yok Fee Lee ;Arfah Ab MajidRatna Roshida Ab RazakSejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah muncul sebagai lingua franca ratusan tahun yang lalu sekali gus merupakan refleksi kepada kehebatan dan ketinggian darjat bahasa tersebut. Lingua franca merujuk kepada bahasa perantara atau bahasa perhubungan antara masyarakat dengan golongan yang berlainan bahasa. Hal ini bermaksud bahasa Melayu merupakan bahasa pergaulan yang mudah dipelajari dan difahami oleh sesiapa sahaja. Lantaran itu, bahasa tersebut berupaya bertindak sebagai jambatan ke arah pengharmonian dan perpaduan dalam kalangan para penuturnya kerana keserasian serta kesefahaman mereka melalui satu bahasa pertuturan yang sama. Kehebatan bahasa Melayu juga turut terserlah apabila perjanjian- perjanjian penting antara pihak penjajah dengan Raja-raja Melayu turut dibuat dalan bahasa Melayu bertulisan jawi seperti Perjanjian Pangkor 1874. Malah ketika zaman penjajahan, bahasa Melayu tidak pernah dihapuskan oleh penjajah. Seterusnya status bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah satu daripada elemen-elemen tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Situasi ini memaparkan bahasa Melayu merupakan sumber jati diri yang kukuh serta berupaya membentuk semangat patriotisme setiap penuturnya yang bergelar rakyat Malaysia. Namun realiti yang berlaku agak berbeza apabila terdapat sebilangan warganegara yang fasih berbahasa Melayu telah memaparkan sikap tidak patriotik mereka secara terang-terangan, terutamanya melalui media sosial. Justeru, kajian ini dilakukan secara kuantitatif untuk meneliti pendirian generasi muda di negara ini terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai wadah semangat patriotisme. Responden kajian ini terdiri daripada 400 mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan 400 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasil kajian memaparkan majoriti responden berpendirian bahawa bahasa Melayu sememangnya berupaya bertindak sebagai wadah patriotisme. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengetahuan Terhadap Bahasa Kebangsaan Sebagai Teras Pembinaan Peradaban Malaysia Dalam Kalangan Mahasiswa di Lembah Klang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Adlina Ab. Halim ;Siti NorAzhani Mohd ToharKu Hasnita Ku SamsuMakalah ini bertujuan membincangkan tahap pengetahuan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (awam dan swasta) dari aspek i) sejarah, ii) dasar dan iii) kedudukan bahasa Melayu di dunia. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Multimedia dan Unisel, Selangor. Seramai 460 orang responden diperoleh melalui kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mahasiswa IPT mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap semua dimensi, iaitu sejarah, dasar dan kedudukan bahasa Melayu di dunia. Namun, terdapat beberapa item dalam dimensi dasar dan kedudukan bahasa Melayu yang menunjukkan pengetahuan yang rendah. Justeru, pengetahuan mengenai dasar bahasa kebangsaan dan kedudukan bahasa Melayu di dunia perlu dipertingkatkan melalui media massa atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mahasiswa dapat lebih menghayati Perkara 152 Perlembagaan Malaysia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi teras kepada perpaduan seterusnya tamadun Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia(Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2014) ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Adlina Ab. Halim ;Ku Hasnita Ku SamsuHashim MusaIbnu Khaldun (1332-1406) dalam buku beliau, Mukadimah banyak membincangkan pengaruh semangat kekitaan dalam jatuh bangun sesebuah tamadun. Sehubungan itu, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam pembinaan tamadun Malaysia melalui pengaplikasian teori semangat kekitaan atau 'assabiyyah yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana ia merupakan wadah penting dalam membina perpaduan seluruh masyarakat multietnik. Pengukuhan tamadun Malaysia bergantung kepada kejituan perpaduan rakyat multietniknya dan penerapan semangat kekitaan yang kukuh. Antaranya melalui satu bahasa kebangsaan sebagai identiti yang dikongsi bersama. Namun, untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam situasi percampuran etnik ini bukan suatu yang mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuh. Justeru, pengaplikasian teori semangat kekitaan Ibnu Khaldun adalah penting dalam menangani cabaran ini.