Browsing by Author "Lukmanul Hakim Bin Hj Hanafi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bentuk-bentuk Pemalsuan Dokumen Menurut Fiqh Dan Perundangan Islam Di Malaysia: Satu Analisa(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2015) ;Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail ;Zul Hilmi Bin Abdullah ;Nurfadhilah Che Amani ;Lukmanul Hakim Bin Hj Hanafi ;Abd Hamid Abd Murad ;Lukman Bin Abdul MutalibMadihah Binti Mohammad KhirDokumen merupakan kaedah pembuktian yang terpenting pada hari ini. Ciri-ciri dokumen yang bersifat kekal dan jelas sekalipun dalam tempoh yang lama menjadikan ia sebagai pilihan untuk dijadikan bukti dalam banyak urusan. Oleh kerana itulah, terdapat pihak memalsukan dokumen dengan tujuan mendapat keuntungan atau menganiayai orang lain. Kertas kerja ini akan menerangkan konsep dokumen dan pemalsuannya, bentuk-bentuk pemalsuan serta hukuman bagi yang disabitkan kesalahan menurut fiqh dan perundangan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan mixed-method, iaitu campuran pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Responden yang terdiri daripada hakim syarie, pegawai Syariah, peguam syarie, pensyarah serta pelajar Syariah dan undang-undang di Negeri Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, bentuk-bentuk penipuan dan pemalsuan yang paling tinggi berlaku dewasa ini ialah sijil sakit, diikuti tandatangan, memasukkan keterangan palsu dan pengubahan fakta. Selain itu, persepsi responden terhadap bentuk-bentuk penipuan dan pemalsuan adalah pada tahap sederhana iaitu min = 2.45 dan sp 1.07. Terdapat pelbagai bentuk pemalsuan dokumen dewasa ini dan ia berubah mengikut kemudahan semasa. Tidak dinafikan pemalsuan dokumen memberi kesan yang besar khususnya kepada pihak yang dizalimi. Oleh itu mengenali bentuk-bentuk dokumen amat penting bagi memudahkan proses pengecaman antara dokumen atau sebaliknya. Pengamal undang-undang syariah perlu didedahkan dengan secara serius mengenai pemalsuan dokumen dan bentuk-bentuknya supaya mereka dapat membuat keputusan tepat dalam penghakiman. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Dan Garis Panduan Penyelesaian Haid Bagi Jemaah Wanita Yang Melaksanakan Ibadat Haji Dan Umrah Ditanah Suci Mekah(Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2016) ;Lukmanul Hakim Bin Hj Hanafi ;Syahirah Abdul Shukor HusseinNorasikhin Abu SemanArtikel ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kaedah penyelesaian bagi permasalahan jemaah wanita yang didatangi haid tatkala sedang melaksanakan ibadat umrah dan haji di Tanah Suci Mekah. Haid adalah satu fitrah semulajadi yang dianugarahkan oleh Allah SWT ke atas hambanya yang bernama wanita. Namun begitu, kedatangan haid boleh menghalang seseorang jemaaah wanita daripada menyempurnakan ibadat haji dan umrahnya. Ini kerana, salah satu daripada Rukun Haji dan Umrah adalah ibadat Tawaf yang mana syarat sahnya memerlukan wudhuk; sedangkan jemaah Wanita yang haid tidak boleh berwudhu dan ini secara automatik menghalang jemaaah wanita tersebut daripada melakukan ibadat tawaf seterusnya tidak mampu menyempurnakan Rukun Haji dan Umrahnya. Tanpa ibadat tawaf, maka selagi itulah jemaah wanita tersebut masih kekal di dalam ihram dan wajib menjaga pantang larang dalam ihram. Isu ini kian bertambah parah dan amat membimbangkan jemaah wanita, andaikata melakukan umrah atau haji tiba-tiba didatangai haid sedangkan pakej umrah dan hajinya akan berakhir dan jemaah wanita tersebut dijadualkan akan pulang ke Tanah Air Malaysia pada keesokkan hari atau dua hari lagi. Dalam masa yang sama haid jemaah wanita tersebut kebiasaannya di Malaysia berlangsung 8 hingga 10 hari. Bagaimanakah jemaah wanita tersebut ingin pulang ke Malaysia sedangkan jemaah wanita tersebut masih lagi dalam ihram?.. Adakah jemaah wanita tersebut akan pulang juga mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan dan kekal dalam ihram?. Dapatan Artikel ini mendapati Niat Bersyarat, Fatru' Naqa', Tahallul Ihsar, Menangguhkan penerbangan pulang dan bertaqlid ke Mazhab Hanafi adalah kaedah penyelesaian terbaik bagi membantu jemaah wanita tersebut agar dapat bebas daripada ihram dan larangannya seterusnya pulang ke Malaysia tanpa dosa. Diharapkan, hasil Artikel ini akan menjadi satu garis panduan dan rujukan kepada guru-guru agama dan jemaah haji dan umrah dalam mencapai keredhaan Allah SWT seterusnya memperolehi haji dan umrah yang mabrur.