Browsing by Author "Mahmoud Mohamed Al"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Harta Tidak Dituntut: Punca Dan Kaedah Penyelesaiannya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Nik Rahim Nik Wajis ;Lukman Bin Abdul Mutalib ;Azman Ab. Rahman ;Mualimin Mochammad Sahid ;Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh ;Mohd Hazmi Bin Mohd Rusli ;Mahmoud Mohamed Al; ;Setiyawan Bin Gunardi ;Mariam Saidona Tagoranao ;Muhammad Aunurrochim Bin Mas’ad Saleh ;Lukmanul Hakim Bin Hj HanafAtiq Syamimi Binti AhmadHarta pusaka yang tidak dituntut atau harta ‘pusaka beku’ sudah sekian lama menjadi masalah kepada masyarakat dan ianya menjadi semakin kronik sejak akhir-akhir ini ekoran jumlah kes yang semakin meningkat pada setiap tahun. Akibat dari itu maka timbullah pelbagai isu yang memberi kesan yang amat negatif kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya ahli waris. Terdapat banyak faktor serta punca yang membawa kepada berlakunya keadaan ini; antaranya sikap acuh tidak acuh atau sambil lewa masyarakat dalam pengurusan harta pusaka milik mereka. Selain itu, ketidakfahaman masyarakat tentang kaedah dan cara serta prosedur yang perlu dilakukan untuk menguruskan harta pusaka juga merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya isu harta pusaka yang tidak dituntut semakin bertambah di Malaysia. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dicari kaedah dan mekanisma dalam menyelesaikan kemelut ini dari terus berlarutan. Artikel ini akan menfokuskan kepada perbincangan tentang punca-punca mengapa berlakunya isu harta yang tidak dituntut ini serta kaedah yang boleh diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah dalam isu harta yang tidak dituntut ini.