Browsing by Author "Mamat, Z."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Aslu Fi Al-Asyya' Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr: Pemakaiannya dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mushaddad Hasbullah ;Mamat, Z.Zakaria, M. Z.Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyya’ al ibahah sebagai satu kaedah fiqhiah yang digunapakai dalam mazhab, dan sebahagian yang lain menggunakan kaedah al aslu fi al asyya’ al hazr. Penulis cuba menjelaskan perselisihan ulama mengenai perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil dan pendapat yang rajih. Seterusnya penulis menilai pemakaian kaedah ini dalam MJFK, dimana ia menunjukkan pengaplikasiannya lebih tertumpu dalam bab hukum berkaitan makanan dan minuman. Kajian juga mendapati kaedah ini bukan digunakan sebagai dalil utama sebaliknya hanya sebagai hujah yang menyokong dalil utama tersebut. Adalah diharap agar kajian ini akan dapat memberi satu pendedahan baru kepada masyarakat tentang penggunaan kaedah al aslu fi al asyya’ al ibahah dalam pembuatan sesuatu keputusan hukum. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan dan Penyelarasan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia oleh Negeri-Negeri(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Mohamad, M. N.Mamat, Z.Persoalan mengenai penerimaan negeri-negeri terhadap fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) seringkali ditimbulkan dalam akhbar. Aspek perbezaan fatwa antara keduanya seringkali menjadi isu yang hangat dibincangkan. Matlamat kajian ini ialah untuk meneliti pandangan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam proses perbincangan dan penghasilan fatwa di peringkat MJFK maupun di peringkat negeri mengenai penerimaan dan penyelarasan fatwa MJFK oleh negeri-negeri. Ia dijalankan secara kualitatif melibatkan kaedah temubual separa berstruktur (semi structured interviews) terhadap sebelas peserta kajian (PK) yang telah dipilih secara sampel bertujuan (purposive sampling) dari kalangan ahli-ahli MJFK dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri. Hasil kajian mendapati rujukan terhadap fatwa MJFK sememangnya dibuat oleh negeri-negeri, kebanyakannya diterima tetapi terdapat sesetengah isu yang tidak diterima disebabkan kuasa yang ada pada negeri untuk menerima atau menolak fatwa MJFK mengikut keperluannya. Selain itu, berlaku juga perbezaan disebabkan faktor ijtihad di kalangan ahli-ahli, perbezaan dalam dasar sedia ada di negeri dan masalah pentadbiran fatwa di negeri-negeri. Beberapa usaha telah dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urusetia MJFK bersama Jabatan Mufti untuk meningkatkan penyelarasan fatwa seperti menambahbaik sistem pengurusan fatwa, memperbanyakkan mesyuarat penyelarasan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai fatwa serta meluaskan kefahaman fatwa kepada ahli-ahli muzakarah dan masyarakat.