Browsing by Author "Marina Munira Abd Mutalib"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-26) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abd Mutalib ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali ;Nurhafizah Mohd Shukor ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Eizan Azira Mat Sharif ;Muhamad Zaki MustafaIzzudin Mohd HarisIsu penghinaan agama Islam di Malaysia terutamanya di media sosial masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya melalui sistem perundangan sedia ada. Sehingga ke hari ini masih berlaku perbuatan mencerca, menghina dan merendahkan martabat agama Islam di negara ini. Melihat kepada situasi semasa maka satu langkah pencegahan perlu diambil bagi menangani isu ini. Untuk tujuan tersebut kajian ini telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebakkan berlakunya penghinaan agama Islam di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, di mana data diperolehi melalui analsis teks (textual analysis) dan temu bual mendalam (in-depth interview). Para informan dipilih dari kalangan individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk menjelaskan isu dan permasalahan kajian ini. Data temu bual telah ditranskip dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai aspek dan konteks berlakunya penghinaan agama yang secara asasnya saling berkait rapat. Oleh itu, pendekatan pencegahan perlu dimulakan daripada aspek pendidikan dan da’wah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memaknai Inti Pati Al-Falah Dalam Akal Budi Tokoh Profesional Dan Korporat Melayu Di Malaysia(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Nazir Ahmad ;Suhailiza Md HamdaniMarina Munira Abd MutalibGolongan profesional dan korporat merupakan golongan yang menjadi penggerak pembangunan negara. Imej golongan ini digambarkan sebagai kelompok individu yang bermotivasi tinggi, mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan berinovatif dalam mengemudi kejayaan dalam profesion yang diceburi. Kertas kerja ini mengupas pemikiran al-falah berteraskan Islam dalam kalangan golongan profesional dan korporat Melayu di Malaysia. Kajian ini turut menganalisis bagaimana manifestasi pemikiran al-falah djelmakan dalam bentuk tindakan yang menyumbang kepada kejayaan dalam hidup. Pendekatan kualitatif secara exploratori digunakan bagi kajian sosio-agama pelbagai disiplin ini. Dokumentasi pengalaman hidup 14 informan dari kategori profesional dan korporat dilakukan melalui kaedah sejarah lisan. Persampelan bertujuan secara berkriteria digunakan dalam kajian ini. Temuramah semi-struktur secara mendalam dirakamkan, ditranskripsi dan dianalisis secara analisis deskriptif dan tematik. Hasil penggalian analisis data daripada transkripsi temuramah bersama informan, sebanyak 11 tema terbitan dihasilkan dalam memaknai inti pati al-falah dalam kalangan tokoh profesional dan korporat Melayu di Malaysia. Kajian ini mengutarakan Model Pemikiran al-Falah golongan profesional dan korporat Melayu Malaysia yang menggambarkan impak difusi pemikiran Islam yang menjadi teras dan pasak kepada akal budi masyarakat Melayu kontemporari. Model Kecemerlangan alFalah atau “the Excellent Model of al-Falah” dalam pemikiran golongan ini boleh memberi inspirasi dan motivasi tinggi dalam pembangunan mapan dan kesejahteraan manusia berasaskan pendekatan kecemerlangan keagamaan dan kerohanian Islam dalam pelbagai peringkat dan struktur masyarakat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Respon Netizen Non-Muslim Terhadap Kes Tangkapan Hina Nabi Muhammad di Media Sosial(Penerbit USIM, 2022) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Marina Munira Abd Mutalib ;Mohd Rosmizi Abd Rahman ;Nurhafizah Mohd Sukor ;Eizan Azira Mat Sharif ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliMuhamad Zaki MustafaKes tangkapan individu yang melakukan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW di Media Sosial telah diselar oleh beberapa NGO dan pemimpin non-Muslim di Malaysia sebagai menyekat hak kebebasan bersuara dan diskriminatif. Di alam maya, laporan kes tersebut juga telah mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan daripada warganet. Kertas kerja ringkas ini bertujuan untuk meneliti respon netizen non Muslim terhadap tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas individu yang didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia. Metod yang digunakan adalah metod kualitatif dengan melihat kepada komen di media sosial Facebook ke atas berita berkaitan tangkapan untuk mengenalpasti adakah netizen non-Muslim turut mempunyai pandangan yang sama. Berdasarkan analisis terhadap komentar, penelitian ini menunjukkan bahawa respon netizen non-Muslim cenderung melihat adanya diskriminasi dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan pencegahan penghinaan agama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tema Penghinaan Agama Islam Di Media Sosial: Satu Tinjauan Awal(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Eizan Azira Mat Sharif ;Marina Munira Abd Mutalib ;Mohd Rosmizi Abd RahmanWan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd RazaliPenghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. JAKIM turut mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam. Walaupun tindakan undang-undang telah diambil terhadap pesalah yang melakukan penghinaan agama sekitar tahun 2019 namun, isu ini masih sukar dibendung. Justeru, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan, kajian ini cuba mengenal pasti tema-tema penghinaan agama Islam yang terdapat dalam media sosial. Metode kajian yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap akaun sosial media Facebook dan Twitter yang telah dikenal pasti mengandungi mesej penghinaan agama Islam. Terdapat pelbagai tema yang telah ditemui menerusi kajian analisis kandungan terhadap beberapa akaun sosial media Facebook dan Twitter ini. Penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam ini dibuat dengan mengaibkan serta mempersendakan beberapa elemen yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasil kajian lanjut kepada tema-tema ini akan menyumbang kepada usaha mengatasi isu penghinaan agama Islam yang semakin berleluasa kesan daripada kelemahan sistem perudangan dan tiadanya modul khusus berkaitan pencegahan penghinaan Islam di Malaysia.