Browsing by Author "Md Ariffin, M. F."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadis Sebagai Sumber Rujukan dan Ambilan Hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis: Kedudukan dan Aplikasi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Azid, M. A. ;Ahmad, K. ;Md Ariffin, M. F.Dahaman @ Dahlan, M. A.Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merupakan salah satu daripada institusi-institusi fatwa di Malaysia. Ia berperanan bagi memutuskan fatwa berkaitan hal ehwal Islam di negeri Perlis yang belum ada ketentuan hukumnya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam aspek sumber rujukan dan ambilan hukum fatwa bagi mereka. Hal ini kerana, al-Quran dan hadis dijadikan asas utama dalam berfatwa berbanding pendekatan mazhabi yang diamalkan oleh institusi-institusi fatwa yang lain di Malaysia. Asas ini berdasarkan peruntukan daripada Seksyen 54 ceraian 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 yang menetapkan al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam berfatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Begitu juga fatwa yang bertajuk “Keputusan Fatwa Mengenai Ahli Sunnah Wa al-jama’ah” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis turut menyenaraikan hadis sebagai sumber rujukan dan ambilan hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Namun, di dalam enakmen dan fatwa di atas, tidak dijelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan hadis tersebut serta bagaiamana hadis tersebut perlu dipraktikkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti tafsiran kepada maksud hadis ṣaḥīḥ, mursaldan ḍa‘īfmenurut perspektif dan amalan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta merungkaikan pendekatan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengaplikasikan hadis dalam berfatwa. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan dantemu bual. Hasil kajian mendapati, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menerima pakai tiga kategori hadis sebagai sumber rujukan ambilan hukum iaitu hadis ṣaḥīḥ(termasuk hāṣan), mursaldan ḍa‘īf(ringan). Bagi pendekatan mengaplikasikan hadis dalam berfatwapula, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengutamakan zahir teks terlebih dahulu sebelum berpindah kepada kaedah-kaedah memahami hadis yang lain. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tafsir Feminis: Antara Rekonstruksi Tafsiran Mesra-Gender atau Huraian Pseudo-Ilmiah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Ramli, M. A. ;Rosele, M. I. ;Md Ariffin, M. F.Zulkepli, M. I. S.Tafsir feminis satu aliran tafsir yang sedang berkembang dalam disiplin ilmu semasa. Ia menawarkan tafsiran bentuk baharu, iaitu mendekonstruksi tafsiran mufassir klasik yang dianggap sebagai misoginis (anti wanita) dan dalam masa yang sama menawarkan serta merekonstruksi tafsiran yang mesra gender. Kajian ini bertujuan melakukan sorotan terhadap pentafsiran golongan feminis terhadap al-Quran dan perbandingannya dengan pentafsiran pseudo-ilmiah serta menganalisis isu yang timbul dari pentafsiran tersebut. Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa pendapat mufassirsama ada dari mufassirzaman pertengahan mahupun kontemporari, dari aliran tafsir tradisional dan feminis terhadap isu pewarisan wanita dianalisis secara komparatif. Hasil kajian mendapati, wujudnya perbezaan antara kedua-dua aliran tersebut disebabkan metodologi pentafsiran yang berbeza. Walaupun aliran feminis mengutarakan tafsir yang berorientasikan kesetaraan gender, namun metodologi mereka adalah tidak mengambilkira disiplin tafsir yang sahih. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Vektor Zika dan Teknik Kawalan Haiwan Perosak Menurut Perspektif Hadis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Md Ariffin, M. F. ;Ahmad, K.Abd Shukur, M. I. M.Penularan virus Zika (ZIKV) telah menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat dunia amnya dan Malaysia khasnya setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 2007. Zika (ZIKV) disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti yang juga penyebab demam denggi, chikungunya dan demam kuning. Dalam tempoh tidak sampai setahun, virus Zika telah dikesan merebak hampir ke seluruh dunia. Kemuncaknya ialah pada 1 Februari 2016, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menekan butang panik dan mengisytiharkan ZIKV sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Kini semua agensi dunia berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan usaha pencegahan dan kawalan virus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dipergiatkan di peringkat Malaysia sendiri, termasuk mengadakan kempen banteras nyamuk Aedes dan menyaring aliran keluar masuk rakyat dan pelancong antarabangsa. Signifikannya, Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak dalam himpunan sabda Baginda SAW. Meskipun nyamuk tidak disebutkan sebagai haiwan fasiq (haiwan perosak) secara khusus, namun ancamannya telah melayakkan dikategorikan sebagai haiwan perosak menurut pandangan ulama qias. Justeru, makalah ini berusaha mengupas ancaman nyamuk dan asas hubungannya dengan haiwan fasiq (haiwan perosak). Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan terbaik menurut sunnah Nabi SAW.