Browsing by Author "Mohamad Yazid Abdul Majid"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kompetensi Kesantunan Berbahasa Sukarelawan Berpandukan Maksim Kesantunan Leech(PIMM Experts SDN BHD, 2022) ;Khazri Osman ;Mohamad Yazid Abdul Majid ;Mohamad Azrien Mohamed AdnanSiti Salwa JefriKesukarelawanan adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang amat diperlukan khususnya ketika berlaku musibah di sesebuah negara. Malaysia yang pernah dilanda banjir besar pada Disember 2021, menyaksikan sukarelawan menggembleng tenaga membantu mangsa bencana di segenap lokasi. Walaupun peranan sukarelawan tidak dapat dinafikan, namun ada golongan yang mengkritik kesantunan yang diamalkan oleh golongan ini. Kajian ini meninjau pandangan masyarakat di tiga buah kampung dalam daerah Jelebu - salah sebuah daerah yang teruk dilanda banjir - terhadap kesantunan berbahasa sukarelawan berdasarkan Maksim Kesantunan Leech. Kaedah kajian ini ialah kajian lapangan dan data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Jumlah sampel kajian ini ialah 63 orang ketua keluarga daripada 75 buah keluarga yang terlibat dalam banjir. Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap yang paling tinggi terdapat pada item menggunakan bahasa yang beradab ketika menyuruh dan memberikan arahan iaitu 4.70 manakala tahap yang paling rendah terdapat pada item mengelakkan kata-kata yang memuji diri sendiri iaitu 4.13. Kesimpulannya, sukarelawan mengamalkan kesantunan yang tinggi sewaktu menjalankan misi dan masyarakat mempunyai persepsi yang baik terhadap mereka. Kumpulan sukarelawan perlu mengekalkan kesantunan ini untuk memastikan aktiviti kesukarelawanan terus diterima oleh masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Terhadap Profil Personaliti Pensyarah Universiti Penyelidikan(Secholian Publication, 2022); ;Mohamad Yazid Abdul Majid ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Nur Kareelawati Abd Karim ;Nur A'in MustafarNurun Najihah MusaPersonaliti individu banyak dikaitkan dengan keperibadian dan perwatakan individu. Ia menentukan kualiti individu tersebut. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah yang berada di universiti penyelidikan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif melibatkan seramai 645 orang pensyarah yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa pola personaliti Agreeableness mencatat skor min tertinggi bagi pensyarah iaitu sebanyak 2.94 dan sisihan piawainya 0.30. diikuti oleh pola personaliti Conscientiousness (min = 2.93), Extraversion (min = 2.91), Openness (min = 2.89) dan Neuroticism dengan catatan nilai (min = 1.07). Kajian ini amatlah signifikan dalam mengenal pasti profil tret personaliti pensyarah. Hal ini kerana ia dapat mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui oleh para pelajar. Justeru, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengatur apa jua strategi untuk menambah kualiti diri dalam setiap pensyarah sebagai usaha melahirkan para graduan yang berkualiti.