Browsing by Author "Mohamed, A."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu Berdasarkan Teknik Tawafuq (Bacaan Ketetapan): Jadual Waktu Hijrah Dan Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abdul Latip, N.S. ;Abbas, M. ;Mohamad, S. ;Kamaruddin, N.H. ;Roslan, S. ;Mohamed, A. ;Mohd Razuki, A. ;Idris, M.I.Osman, H.Dakwah Rasulullah untuk menegakkan syariat Allah berdasarkan Al-Quran telah berhasil sampai ke Nusantara. Batu Bersurat Terenganu (BBT) adalah batu tanda yang Allah timbulkan semula di Sungai Tersat Terengganu untuk menjadi bukti bahawa telah hadirnya Islam di Tanah Melayu yang lebih awal dari Melaka. Pelbagai kajian telah dibuat ke atas BBT dalam pelbagai aspek. Walau bagaimanapun belum ada kajian yang merujuk Al-Quran untuk memahami kandungan yang ada pada BBT. Oleh itu, penulisan ini merakamkan kajian yang telah dibuat oleh Institut Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin, iaitu meneliti semula ketepatan tarikh Batu Bersurat Terengganu menggunakan metodologi qualitatif dengan teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) berdasarkan Al-Quran. Analisis dibuat menggunakan analisa perincian kandungan. Dapatan kajian mendapati tarikh sebenar BBT adalah 6 Rejab 702 Hijrah bertepatan dengan penemuan Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib, seorang ulama dan ahli falak dalam kertas kerja ‘Ketetapan Tarikh Pada Batu Bersurat’ pada tahun 1981. Penemuan ini menampakkan bahawa teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) dan jadual waktu hijrah berdasarkan Al-Quran ini mempunyai potensi yang sangat besar dalam penerokaan ilmu dan penyelidikan.