Browsing by Author "Mohammad Taufiq Abdul Ghani"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrating Collaborative Learning in English Proficiency Classroom: Does It Resolve Students’ Speaking Anxiety?(USIM Press, 2020-05) ;Laily Murny Kamarulzaman ;Jasmin HassanMohammad Taufiq Abdul GhaniUnderstanding a language and being able to speak one confidently are two entirely different aspects in second language acquisition. Most students struggle with the latter due to lack of good speaking skills. There are many possible reasons that could hinder students from acquiring this particular skill, and one of the most common is speaking anxiety. Among many available teaching approaches available, collaborative learning is believed to be very effective in providing atmosphere that could reduce students’ speaking anxiety. Therefore, this study seeks to identify the effectiveness of integrating collaborative learning in ESL classroom in reducing speaking anxiety and how this approach helps to do so. Collaborative learning approach is conducted in the classroom through a short movie assignment which mainly focuses on teamwork. This study involves 150 students of Centre for Foundation Studies (CFS) Universiti Teknologi PETRONAS. They are required to complete a graded assignment in which they need to prepare a themed short movie in a group of 10. After submission, they need to answer a set of questionnaire and write a reflection on the effects of the assignment on their speaking anxiety. Results shows that collaborative learning approach helps students to reduce their speaking anxiety as it promotes continuous practice of the language with their teammates during rehearsals which in return improves their confidence to speak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Konsep Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Teknologi(USIM Press, 2021-12) ;Muhammad Farhan Muhammad ;Saipol Barin Ramli ;Mohammad Taufiq Abdul Ghani ;Amirul Nazri MohamadMohammad Syahrul Naim Mohd FauziPengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah berkembang pesat dan mengalami perubahan yang positif dalam dunia pendidikan di Malaysia. Melihat kepada era Pendidikan 4.0, kandungan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia perlu bersesuaian dengan keperluan global. Antara yang mendapat perhatian umum adalah bahasa Arab untuk tujuan khusus. Bahasa Arab untuk tujuan khusus telah memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang tertentu untuk mempelajari bahasa Arab. Bidang yang bersifat global seperti ekonomi, pelancongan, muamalat, perubatan dan sebagainya telah diberi perhatian. Bidang teknologi adalah antara bidang baharu yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan Bahasa Arab di Malaysia agar ia tidak bersifat ragid dan statik dengan hanya memberi fokus kepada tajuk-tajuk seperti al-Nahw dan al-Balagah sahaja.. Secara ringkasnya, kajian ini akan dibina berdasarkan pendekatan model instruksi ADDIE yang melalui lima fasa utama iaitu, analisis keperluan modul, reka bentuk modul, pembangunan modul, perlaksanaan modul dan kebolehgunaan modul. Oleh itu kajian ini mencadangkan satu modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan Teknologi bagi kegunaan Universiti di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Malaysia Kelantan Terhadap Pembelajaran Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)(Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 2019) ;Mohammad Taufiq Abdul Ghani ;Wan Ab Aziz Wan DaudMohammad Najib JaafarPembelajaran teradun merupakan satu pengintegrasian pendekatan bersemuka dan menggunakan teknologi. Pendekatan ini masih belum meluas digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Oleh yang demikian, kajian ini betujuan untuk mengenal pasti tahap penerimagunaan pembelajaran teradun kursus Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan berteraskan model penerimaan teknologi (TAM). Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian telah diedarkan kepada 120 orang pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab yang telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian di dalam kajian tinjauan ini. Data berbentuk kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 24. Hasil dapatan menunjukkan pendekatan pembelajaran teradun memberi kesan yang positif kepada proses pembelajaran pelajar. Pelajar juga mendapat manfaat daripada pembelajaran teradun ini dan mahukan pendekatan ini dijalankan sepanjang semester berjalan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerokaan Amalan Pengajaran Terbaik dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Bahasa Arab: Satu Kajian Perspektif Guru Bahasa Arab di Daerah Temerloh Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Yasmin HussainMohammad Taufiq Abdul GhaniAbstrak: Kemahiran menulis bahasa Arab merupakan aspek penting dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran terbaik yang dapat meningkatkan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar di daerah Temerloh, Pahang. Fokus utama adalah pada perspektif guru bahasa Arab yang berperanan penting dalam memberikan panduan dan sokongan kepada pelajar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan seramai 10 orang guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama (SMA) di daerah Temerloh, Pahang sebagai peserta kajian. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Protokol temu bual separa berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini bagi mengumpul data. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran abad ke-21 (PAK21), bimbingan proses dan penilaian bermakna merupakan amalan pengajaran terbaik yang dilaksanakan oleh guru bahasa Arab dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Abstract: The proficiency in Arabic writing skills is a crucial aspect of language learning among students. This study aims to explore the best teaching practices that can improve Arabic writing skills among students at Temerloh district, Pahang. The primary focus is on the perspectives of Arabic language teachers who play a vital role in providing guidance and support to students. This qualitative study involves 10 Arabic language teachers from Islamic Secondary Schools (Sekolah Menengah Agama) at Temerloh district, Pahang, as participants. The participants were purposively selected using a targeted sampling technique. A semi-structured interview protocol was employed as the main instrument to collect data. Subsequently, the obtained data were thematically analyzed using the ATLAS.ti software. The findings indicate that 21st-century learning, meaningful guidance processes, and assessment practices are significant teaching practices implemented by Arabic language teachers in enhancing Arabic writing skills among students. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru(USIM Press, 2023) ;Abdul Malik AluwiMohammad Taufiq Abdul GhaniPembelajaran bahasa Arab telah diperkenalkan sebagai bahasa asing yang dipelajari dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti di Malaysia. Bahasa Arab mempunyai empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi menguasai keempat-empat kemahiran utama ini, pelajar perlu menguasai kosa kata kerana ia merupakan kunci utama dalam menguasai bahasa Arab. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah di negeri Terengganu dan kesannya terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah temubual separa berstruktur telah dijalankan bagi mengumpul data utama. Seramai 5 orang menyertai temubual separa berstruktur ini terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah lebih dari lima tahun dan 20 pelajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan di mana semua peserta boleh memberi maklumat dengan mendalam dan mampu memberi komitmen sepanjang tempoh kajian dijalankan. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi melalui penggunaan perisian Atlas.ti. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap kosa kata yang baik dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga mendapati, penguasaan kosa kata memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kompetensi kemahiran menulis bahasa Arab. Kepelbagaian pendekatan PdP juga membantu pelajar untuk menguasai kosa kata dan meningkatkan krativiti dalam menulis bahasa Arab. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Responsible and Ethical Use of Artificial Intelligence in Language Education: A Systematic Review(Bilingual Publishing Group, 2024) ;Nurkhamimi Zainuddin ;Nur Azlin Suhaimi ;Mohammad Najib Jaffar ;Norita Md Norwawi ;Muhammad Sabri Sahrir ;Wan Ab Aziz Wan DaudMohammad Taufiq Abdul GhaniA plethora of publications have shed light, particularly on the affordances of artificial intelligence (AI) in language education, garnering significant attention, promising transformative impacts on teaching and learning practices. However, the rapid adoption of AI tools has raised ethical concerns regarding data privacy, bias and academic integrity. in response to these concerns, this systematic review aims to explore the responsible and ethical use of AI in language education (REALE) by examining recent literature from 2020 to 2024. The structure of this research revolves around two key questions: What are the emerging patterns and practices in REALE? and What research methodologies have been utilized in studies examining REALE? The researchers selected 9 studies from 65 publications in the Web of Science (WoS) and Scopus databases, following a rigorous screening process based on predefined inclusion and exclusion criteria. These selected studies were analyzed using thematic codes: the objective of the study, methodologies applied, sample, country and the key outcomes reported. The findings reveal a growing trend towards implementing AI in language education, with an emphasis on ethical training and awareness. The review suggests the necessity for educators and policymakers to develop comprehensive guidelines for the responsible and ethical use of AI in language education. It also recommends further research into inclusive and ethical AI practices across different educational levels to foster a more equitable and responsible use of technology in language education.