Browsing by Author "Mohd Anuar Bin Mamat"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Asas Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Sadīd Al-dīn Muḥammad Al-kashghari (m.705/1305): Satu Kajian Terhadap Ṭalibah Al-ṭalabah Fi Ṭariq Al-‘ilm Li Man Ṭalabah(UKM, 2023)Mohd Anuar Bin MamatTerdapat pelbagai buku dan karya pendidikan dihasilkan sepanjang sejarah Islam. Hal ini membuktikan perhatian serius para sarjana terhadap bidang tersebut. Karya-karya tentang ilmu, adab dan pendidikan Islam seterusnya menjadi sumber rujukan kepada pelaksanaan sistem pendidikan Islam sepanjang zaman. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan salah satu kitab yang amat penting dan belum didedahkan dengan sebaiknya bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah. Setakat ini, manuskrip ini belum dikaji dan diperkenalkan kepada khalayak pembaca termasuklah perihal kodikologi, sejarah, kepengarangan dan juga kandungan berkait tema pendidikan. Begitu juga perihal pengarangnya Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kashgarī, maklumat terhadap latar belakang beliau adalah terhad sedangkan pemikiran dan sumbangan beliau didapati bukan sahaja berkembang di Kashgar, malah terdapat pengaruhnya di Mekah, Yaman dan juga alam Melayu. Oleh itu, artikel ini mengemukakan latar biografi pengarang dan juga beberapa asas pendidikan Islam menurut beliau dalam kitab Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah berdasarkan kaedah analisis kandungan. Dua tema utama dikemukakan, iaitu mengenai matlamat dan tujuan belajar serta konsep ilmu dan kurikulum pendidikan Islam. Kajian mendapati dalam kedua-dua aspek tersebut pemikiran beliau selaras dengan tokoh pendidikan Islam sebelumnya, khususnya al-Zarnūjī dan al-Ghazālī. Diharapkan dengan kajian ini pemikiran dan karya al-Kashgarī ini dapat diperkenalkan seterusnya membawa kepada banyak kajian lanjutan berkaitan topik ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bab Al-Adab (MSS 2906A): Analisis Dan Transliterasi Beranotasi Sebuah Nazam Mengenai Adab Belajar(Perpustakaan Negara Malaysia, 2018) ;Muhammad Mustaqim Mohd ZarifMohd Anuar Bin Mamat - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Penulisan Karya Adab Al-'Alim Oleh Sarjana Islam: Satu Sorotan Ke Arah Penentuan Sumber Kepada Etika Profesion Perguruan Dalam Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019)Mohd Anuar Bin MamatSejak akhir-akhir ini pelbagai isu berkaitan salahlaku dan permasalahan etika para guru dilaporkan dan berlegar di dada-dada akhbar tempatan. Saban tahun kes-kes ini muncul dan memberi pelbagai persepsi masyarakat terhadap kualiti dan profesion perguruan. Oleh yang demikian, makalah ini akan meninjau perkembangan genre penulisan karya adab al-‘ālim yang dihasilkan oleh para sarjana Islam. Sejumlah karya berkaitan adab al-‘ālim akan dikemukakan dan dibincangkan berdasarkan kurun-kurun kewafatan mereka bermula kurun ke-2H sehingga kurun ke-11H. Makalah ini mendapati bahawa para sarjana amat mengambil perhatian terhadap persoalan adab al-‘ālim ini dan menghasilkan karya seawal kurun kedua Hijrah lagi. Terhadap 29 orang sarjana Islam yang menghasilkan penulisan berdasarkan tema tersebut sama ada secara umum, khusus mahupun berteraskan latar pemikiran masing-masing. Khazanah penulisan ini merupakan sumbangan penting sarjana Islam terdahulu demi menjamin kualiti para guru pendidikan Islam. Ia sepatutnya menjadi asas kepada penentuan Etika Profesion Perguruan dalam Islam yang holistik dalam menangani isu etika para guru selaras dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tujuan Pendidikan Menurut Al-quran Dan Al-sunnah: Satu Kajian Terhadap Istilah Pendidikan Berbahasa Arab(Darul Quran JAKIM, 2012)Mohd Anuar Bin Mamat