Browsing by Author "Mohd Anuar Mamat"
Now showing 1 - 20 of 38
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb(Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2023)Mohd Anuar MamatIlmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Usaha pendidikan dalam Islam dilaksanakansecara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini. Hal ini membawa kepada penghasilan pelbagai karyatentang falsafah dan amalan pendidikan, termasuklah di Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kandungan yangkomprehensif danamat menekankan perihaladab dalam segenap aktiviti pendidikan. Oleh yang demikian, artikelini bertujuan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19Mbertajuk Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikitpenulisan mengenailatar belakang dan kepengarangannya. Beberapa adab guru dan murid akan dianalisis dalam kitab inimenggunakan metode analisis kandunganuntuk menjelaskanperspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgienterhadap tema ini. Berdasarkan kajian ini, terdapat 17 adab guru yang dikemukakan oleh penulis, manakala 28 adab murid merangkumi 11 adab umum dan 17 lagi adab murid tambahan secara khusus. Perihal adab guru dan murid ini amat menarik untuk dikajimemandangkan dewasa ini terdapat pelbagai isu moral dan etika guru serta murid. Adab-adab tersebutamat relevan dijadikan panduan kepada guru dan murid kini disebabkan iamerupakan hasil daripada pandanganSyeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien yang mahir dalam ilmu tasawuf dan juga pengalaman keilmuan beliau sebagaiguru tarekat. Dapatan artikelini merupakan sumbangan penting daripada sarjana Islam untukmeningkatkan kualiti guru dan murid khususnyamendepani pelbagai cabaran krisis moral serta etika dalam pendidikan kini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab Ilmuwan Menurut Abu Hanifah (M.150h) Suntingan Ilmiah, Terjemahan Dan Analisis Wasiyyah Abi Hanifah Li Tilmidhih Yusuf Al-Samti(Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, 2016) ;Mohd Anuar MamatWan Suhaimi Wan AbdullahThe great works of Muslim scholars are among the main resources for any studies on Islam including on Islamic education. This article presents a critical edition of one of the great work by Imam Abū Ḥanīfah on Islamic education entitled Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Tilmīdhih Yūsuf al-Samtītogether with an introduction and Malay translation. The text contains counsel and essential discussion about the rules of conduct for Islamic scholars. This edition is based on four manuscripts, namely the manuscript of the British Library, London, Suleymaniyyah Kutuphanesi, Istanbul, King Sa„ūd University, Riyad and Islamic University, Madinah. In addition, the quotation of the text by al-Muwaffaq al-Makkī (d.586H) and al-Kurdarī (d.827H) was also considered and compared in this edition. This study presents this great work on Islamic education to the modern reader for the benefit of trying to solve the current ethical and educational problems. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab-adab Guru menurut Imām Abū Ḥanīfah: Kajian terhadap Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf(IKIM Press, 2014) ;Mohd Anuar MamatWan Suhaimi Wan AbdullahThe rules of conduct for teachers (ādāb al-ʿālim) are among the important elements in the educational process. They are closely related to the efforts to realise quality education and effective teaching. This article presents five rules of conduct that should be practised by teachers as elaborated by Abū Ḥanīfah in his Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf, apart from providing an introduction to and a background of the aforementioned Waṣiyyah as his educational treatise. This study is to introduce this great work on Islamic education to solve current educational problems. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi(Penerbit USIM, 2022) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa ‘Afifi Ab. Halimi ;Mohammad Najib JaffarSetiyawan GunardiSalah satu sumber rujukan untuk mengetahui mengetahui status halal haram haiwan adalah kamus Idris al-Marbawi yang ditulis oleh Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. Kamus ini mengandungi klasifikasi haiwan halal dan haram secara bergambar mengikut kategori hidupan tersebut. Artikel ini bertujuan mengenalpasti istilah-istilah haiwan dan menganalisis kaedah pengkategorian haiwan halal haram yang terdapat dalam karya tersebut. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis dokumen terhadap istilah-istilah haiwan yang dinyatakan dalam kamus. Hasil kajian mendapati terdapat empat kategori haiwan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 181 spesis haiwan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengkategorian Spesis Haiwan Menerusi Kitab Kifāyah Al-muhtadī Karya Syeikh Muhammad Nur Al-faṭānī: Perspektif Halal Dan Zoologi(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2024) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa ‘Afifi Ab. Halim ;Mohammad Najib JaffarNur Aida Md TamrinKarya Melayu klasik yang dikarang oleh para ilmuwan Islam terdahulu merupakan khazanah bernilai yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ibadat, muamalat, jinayat dan munakahat. Kitab Kifayah al-Muhtadi yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani menjadi antara sumber rujukan para ilmuwan kontemporari dalam mengetahui hukum makanan, termasuklah status haiwan yang halal dan haram. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa istilah yang kurang jelas maksudnya disebabkan oleh penggunaan istilah klasik, serta sesetengahnya jarang didengari oleh masyarakat kini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengkategorian haiwan halal dan haram yang terdapat di dalam kitab Kifayah al-Muhtadi, menganalisis istilah-istilah haiwan yang terdapat dalam karya tersebut dan menterjemahkannya ke dalam istilah moden yang bertepatan dengan ilmu sains haiwan dan zoologi. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis secara tekstual/kandungan terhadap setiap spesies haiwan yang telah dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 66 spesies haiwan halal dan haram yang dinyatakan di dalam kitab tersebut, merangkumi empat kategori haiwan seperti: 1) binatang laut, 2) binatang darat 3) burung, dan 4) lain-lain kategori. Antara ruang penambah baikan yang perlu dilakukan adalah mencari definisi atau istilah yang lebih tepat bagi setiap spesis haiwan yang dinyatakan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi(USIM Press, 2024) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa Afifi Ab Halim ;Mohammad Najib JaffarNurdeng DeurasehSalah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani. Karya ini mengandungi pengelasan haiwan halal dan haram mengikut spesis hidupan yang biasa ditemui di tanah Melayu dan tanah Arab. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama haiwan yang kurang jelas maksudnya serta memerlukan kepada kajian terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nama-nama haiwan, menganalisis kaedah pengelasan haiwan halal haram yang terdapat dalam karya Matla’ al-Badrain, dan menghubungkaitkan dengan penamaan zoologi yang bersesuaian. Metodologi kajian berbentuk kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis tekstual terhadap nama-nama spesis haiwan yang dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk pengelasan haiwan di dalam Matla’ al-Badrain iaitu haiwan laut, hidupan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram dimakan. Jumlah keseluruhan jenis haiwan yang disebutkan adalah sebanyak 80 spesis. Terdapat tiga bentuk penerangan spesis haiwan yang digunakan iaitu; 1) nama haiwan jelas maksudnya dalam Bahasa Melayu, 2) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang disertai penterjemahan, 3) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang tiada penterjemahan. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Beberapa Aspek Epistemologi Islam Berdasarkan Manuskrip Melayu Untuk Pembelajaran Warga Emas: Satu Tinjauan Terhadap Teks Manuskrip Terpilih(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022)Mohd Anuar MamatMenjelang 2030 warga emas di Malaysia menjangkau 15 peratus daripada jumlah penduduk. Indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia akan bergelar negara tua dalam tempoh sembilan tahun sahaja lagi. Hal ini tentunya mengundang pelbagai cabaran dan memerlukan persediaan awal dalam pelbagai sektor termasuklah bidang agama dan juga pendidikan. Dengan ini, terdapat pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan warga emas, namun belum ditemui lagi kajian berkaitan pembelajaran Islam sepanjang hayat untuk warga emas yang memenuhi struktur pembelajaran Islam, tradisi keilmuan dan epistemologi Islam serta prinsip pembelajaran dewasa (andragogi), sedangkan minat mereka terhadap pembelajaran amat menggalakkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran yang mereka ikuti menimbulkan pelbagai masalah dari sudut kandungan, struktur, fokus dan juga kaedah pembelajaran. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan meninjau beberapa aspek epistemologi Islam dalam manuskrip Melayu. Beberapa manuskrip Melayu terpilih akan dianalisis secara tematik untuk melihat aspekepistemologi merangkumi konsep ilmu, galakan menuntut ilmu tanpa mengira usia dan juga pembahagian ilmu. Aspek epistemologi ini amat penting dalam membentuk struktur dan kandungan pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Penulisan ini seterusnya berpotensi dikembangkan dengan lebih mendalam dalam menjamin kelestarian beragama warga emas dalam meniti kehidupan mereka dan menjayakan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) serta Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Beberapa Aspek Epistemologi Islam Menurut Manuskrip Melayu Untuk Pendidikan Warga Emas: Satu Analisis Terhadap Tibyān Al-marām Dan Dawā’ Al-qulūb(Universiti Sultan Zainal Abidin, 2022)Mohd Anuar MamatMenjelang 2030 warga emas di Malaysia menjangkau 15 peratus daripada jumlah penduduk. Indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia akan bergelar negara tua dalam tempoh lapan tahun sahaja lagi. Hal ini tentunya mengundang pelbagai cabaran dan memerlukan persediaan awal dalam pelbagai sektor termasuklah bidang agama dan juga pendidikan. Dengan ini, terdapat pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan warga emas, namun belum ditemui lagi kajian berkaitan pembelajaran Islam sepanjang hayat untuk warga emas yang memenuhi struktur pembelajaran Islam, tradisi keilmuan dan epistemologi Islam serta andragogi, sedangkan minat mereka terhadap pembelajaran amat menggalakkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran yang mereka ikuti menimbulkan pelbagai masalah dari sudut kandungan, struktur, fokus dan juga kaedah pembelajaran. Oleh itu, dengan menggunakan metode analisis kandungan, artikel ini mengemukakan analisis beberapa aspek epistemologi Islam dalam manuskrip Melayu. Dua manuskrip Melayu terpilih sebagai sampel kajian akan dianalisis secara tematik untuk melihat aspek epistemologi merangkumi konsep ilmu dan juga pembahagian ilmu. Aspek epistemologi ini amat penting dalam membentuk struktur dan kandungan pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Dapatan kajian ini seterusnya berpotensi dikembangkan dengan lebih terperinci dalam untuk membentuk kerangka pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) serta Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Beberapa Metodologi Pendidikan Melayu-Islam: Analisis Terhadap Manuskrip MSS 2906(A) Bab Al-Adab(USIM Press, 2020-12)Mohd Anuar MamatThe presence of Islam in the Malay Archipelago brings many changes, especially in the intellectual improvement of Malay society through educational institutions such as Quranic school and pondok. The educational institutions have successfully played an excellent role and have produced many scholars in various fields. Hence, this article aims to identify and analyse some Malay-Islamic educational methodology as understood by the Malays based on the manuscript of Bab al-Adab MSS 2906(A), held by the National Library of Malaysia. This article discussed on codicological analysis of the MSS 2906 concerning its origins, authorship and content. This article found that there are six educational methodologies mentioned by Bab al-Adab such as educational aim, learning preparation, knowledge integration, commitment in learning and apply various methods in acquiring knowledge. All these are aimed at exposing the roles and contributions of the Malay scholars in shaping the educational thought and methodology in the region as exemplified by various traditional educational institutions such as pondok, pesantren, dayah and meunasah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Domain Diri dalam Adab Guru Menurut Imam Abu Hanifah : Kajian Ke Arah Membentuk Etika Profesion Perguruan Islam(Fakulti Pendidikan, UNIDA, 2018) ;Mohd Anuar Mamat ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Che Zarrina Sa'ari ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul ;Wan Suhaimi Wan AbdullahChe' Razi JusohThe rules of conduct for teachers is one of the important elements in Islamic education. It is closely associated with the effort to the realization of a quality education and an effective teaching. This article presents the personal domain in this topic as elaborated by Imam Abū Ḥanīfah in his educational treatises, namely al-‘Ālim wa al-Muta‘allim, Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf, Waṣiyyah Abū Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād, and Waṣiyyah Abū Ḥanīfah ilā Tilmīdhihi Yūsuf bin Khālid al-Samtī al-Baṣrī. The authors found that there are seven elements in personal domain suggested by Abū Ḥanīfah in his educational treatises. These elements namely, sincerely in learning and teaching; pay attention in improving the deeds of taqwa, worship, fasting and reciting al-Quran; plan wisely in managing time, avoiding less important matters, optimizing learning, and self-esteem; being aware of God's attention, feeling the sufficiency of His gift, living in khauf (fear) and rajā '(hopefully) and kind thoughts about Him; keeping dignity and acting as a teacher by doing good things and be modest in every business; avoid bad and vain actions and always be enthusiastic in performing a job as a teacher. These elements are very important in teachers’ profession. This study is also intended to reveal this topic based on Islamic scholar thought in order to formulate the professional code of ethics for Islamic teachers and to solve ethical problems nowadays. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah: Kajian Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Anuar Mamat ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Che Zarrina Sa’ari ;Azizi Che Seman ;Nur Ulfah HarunMuhammad Zariff IliasDewasa ini pelbagai isu pendidikan timbul dan amat berkait rapat dengan persoalan etika guru pada pelbagai peringkat. Saban tahun kedengaran beberapa kes etika yang melibatkan para guru. Artikel ini membincangkan pengetahuan etika perguruan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Selangor. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap Etika Profesion Perguruan yang dianalisis berasaskan pemikiran Imam Abū Ḥanīfah. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 263 orang guru-guru Pendidikan Islam yang bertugas di sekolah menengah sekitar Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Pakages for Social Science for Windows Version 22 (SPSS v.22) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah baik, iaitu α = 0.741. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam di Selangor adalah tahap yang tinggi dengan purata nilai min 3.419. Dapatan ini menunjukkan bahawa para guru Pendidikan Islam di Selangor mengetahui dan komited dalam mengamalkan etika perguruan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Namun begitu, penghayatan berterusan adalah perlu untuk menjamin kelestarian pengetahuan dan amalan mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Education Philosophy In Malay Manuscript: A Study Based On Mss 2906(a) Bab Al-Adab(Penerbit UKM, 2022) ;Mohd Anuar MamatMuhammad Mustaqim Mohd ZarifThe acceptance of Islam by the people in the Malay Archipelago has led to the development of a new form of education based on this religion. The Malay scholars played important roles not only in the aspects of education and society but also in the political and administrative arenas. Their thought and ideas in various disciplines marked the composition of the traditional Malay intellectual corpus and are mostly recorded today in the form of manuscripts. Nonetheless, aspects relating to the exposition of the Islamic philosophy of education are rarely addressed by them, albeit only in a few works dedicated to the subject of knowledge and learning. Hence, this article aims to identify and analyse important elements of the Islamic philosophy of education as understood by the Malays based on the manuscript of MSS 2906(A) Bāb al-Adab, held by the National Library of Malaysia. Among the issues discussed include the concept of knowledge, educational purpose, and the manners of teacher student relationship notwithstanding the Codicological analysis of the manuscript concerning its origins, authorship and content. All these are aimed at exposing the roles and contributions of the Malay scholars in shaping the educational philosophy discourse in the region as exemplified by various traditional educational institutions such as pondok, pesantren, dayah, meunasah and so on. The perennial elements of the Islamic philosophy of education are very useful in providing the future direction of the present day Islamic educational institutions in facing future challenges. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Soal Jawab Dalam Pengajaran Imam Abu Anifah: Satu Analisis Perbandingan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014)Mohd Anuar MamatMethod of teaching is an important element in the process of education. It is closely related to the effort towards a realization of quality education and effective teaching. This article presents the questioning method as one of the teaching method employed by Abfi Hanifah. The discussion is based on a selection of his treatises and his teaching practice thereof. This article found that the questioning method according to Abu Hanifah is in accordance with the Islamic tradition which is derived from al-Quran, al-Sunnah and the practice of the Companions. It is developed later by the scholars of Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Zikir Dalam Pembelajaran Menurut Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Mss 2906 (b) Tibyān Al-marām(Department of Islamic History And Civilization, University of Malaya, 2019) ;Mohd Anuar MamatMuhammad Mustaqim Mohd ZarifZikir merupakan salah satu ibadat yang disyariatkan dalam Islam. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentanggalakan,pelaksanaan dan juga kelebihannya. Makalah ini akan meninjau keperluan zikir dalam pembelajaran berdasarkan manuskrip Melayu, iaitu MSS 2906 (B) kitab Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah.Berdasarkan analisis kodikologi, manuskrip ini berasal daripada Acehdan ditulis antaraakhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.Manuskrip ini berada dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Ia merupakan sebuahkaryaterjemahandengan huraian ke dalam bahasa Melayu aksaraJawi daripada karya berbahasa Arab bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fīṬarīq al-‘Ilm li man Ṭalabah tulisan Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kāshgharī (m.705H). Makalah ini mendapati bahawa zikir bukan sahaja dituntut kepada semua umat Islam, malah ia juga menjadi keperluan penting kepada para pelajar semasa proses pembelajaran mereka. Selain itu, manuskrip Tibyān al-Marām juga menjelaskan bahawa zikir memainkan peranan penting kepada pelajar khasnya untuk tujuan menguatkan ingatan dan jugamembawakemurahan rezeki. Beberapa lafaz zikir dan doa juga turut dikemukakan dalam manuskrip ini sebagai panduan kepada para penuntut ilmu. Perbincangan tentang keperluan zikir dalam manuskrip ini adalah selaras dengan karya-karya sebelumnya terutamanya tentang adab penuntut ilmu (adab al-muta‘allim) dalam tradisi pendidikan Islam dan menjelaskan bahawa zikir ini amat penting dalam kehidupan pelajar dalam membentuk diri mereka sehingga menjadi ilmuwan nanti. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Imam Abu Hanifah Al-Nu'man (M.150H/767M) Dalam Bidang Pendidikan(Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, 2013)Mohd Anuar MamatPendidikan merupakan perkara yang penting dalam Islam. Setiap muslim digalakkan seboleh mungkin menuntut pelbagai jenis ilmu. Kepentingan pendidikan ini secara jelas dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta dijelaskan oleh para sarjana Islam dalam karya-karya agung mereka. Makalah ini akan menyingkap penglibatan dan komitmen Abu Hanifah al-Nu?man dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan antara sarjana terawal yang menghasilkan beberapa karya agung yang membincangkan idea-idea pendidikan. Makalah ini dimulai dengan perbincangan mengenai Abu Hanifah dan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan yang merangkumi analisis mengenai para murid dan karya-karya pendidikan beliau. Melalui perbahasan ini diharapkan dapat menjelaskan sumbangan dan mengetengahkan karya-karya beliau dalam bidang pendidikan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komunikasi Nabawi Sebagai Asas Panduan Interaksi Media Sosial(USIM Press, 2023) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Muhammad Hazim Mohd Azhar ;Che Zarrina Sa'ari ;Mohd Anuar Ramli ;Azah Anir NormanMohd Anuar MamatSocial media interactions are more widespread in the digital world than conventional social interactions that take place physically and are limited to small groups of people. Although various social media applications have made people’s lives easier, on the other hand, they also cause users to engage in interactions that are free to violate boundaries, resulting in negative phenomena and harming other users. Religion should play an important role in digital social interactions on social media, just as it does in conventional social interactions. Prophet Muhammad SAW is the best example for social media interaction. This paper examines the problem of social media misconduct and presents a general guide to digital interaction, especially in the use of social media, with reference to several hadiths with the theme of Prophetic communication as the main reference. This research involves qualitative data through literature review by examining research documents and reports related to social media. Thematic analysis or mawḍū‘ī is done by collecting some selected hadith that have the theme of communication. The general guide for social media interaction that was developed is not only focused on worldly factors and implications, but also has a spiritual dimension by referring to Prophetic communication and following religious recommendations that emphasize the concept of Hablu min al-Nas. It is hoped that this guide can be used for social media interactions that indirectly create a safe social networking environment. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manuskrip Melayu Berbentuk Puisi Mss 4291(A) Tahdhir Al-Walad Satu Kajian Kodikologi(Penerbit USIM, 2023)Mohd Anuar MamatTerdapat pelbagai karya telah dihasilkan oleh para sarjana Alam Melayu dan sehingga sekarang ia masih berbentuk tulisan tangan dan manuskrip. Karya-karya tersebut menampilkan pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Antaranya ialah kepelbagaian penulisan karya Alam Melayu dan kandungannya yang komprehensif berteraskan adab yang tinggi dalam kepengarangannya. Karya yang dihasilkan juga bukan sahaja terhad kepada berbentuk prosa, malah ada juga ditulis dalam bentuk lain seperti syair, puisi dan nazam. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan salah satu manuskrip Melayu yang ditulis dalam bentuk puisi dengan memberi tumpuan secara khusus kepada MSS 4291(A) Tahdhir al-Walad. Manuskrip ini ditulis dalam bentuk puisi yang mengandungi perihal pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Arab. Namun, penulis telah melakukan terjemahan antara baris untuk memudahkan kefahaman para pelajar dan pembaca yang belum memahami bahasa Arab. Metode kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah metode kajian manuskrip. Hanya kajian aspek kodikologi sahaja yang akan dianalisis dalam kertas kerja ini, merangkumi kewujudan naskhah, repositori, aspek fizikal naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya. Diharapkan dengan kajian ini dapat menjelaskan aspek-aspek penting melibatkan fizikal naskhah yang dikaji seterusnya memudahkan kajian lanjutan khusus tentang kandungan manuskrip MSS 4291 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manuskrip Melayu Bertajuk Dawa’ Al-qulub Min Al-‘uyub: Suatu Kajian di Perpustakaan Negara Malaysia(Academic Inspired Network, 2024)Mohd Anuar MamatIlmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Penyampaian ilmu yang benar ini diusahakan secara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini melalui usaha dakwah dan sistem pendidikan Islam yang dibangunkan. Dalam konteks penulisan berkaitan Pendidikan Islam, pelbagai karya telah dihasilkan oleh para ulama sepanjang zaman, termasuklah juga para ulama Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kepelbagaian dan kandungan yang komprehensif serta karya-karya tersebut juga adalah dihasilkan berteraskan adab dan diselit dalam pelbagai karya disiplin ilmu yang lain. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19M, iaitu kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikit penulisan mengenainya. Aspek utama difokuskan dalam kertas kerja ini ialah melakukan kajian dan tinjauan terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb yang berada dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Untuk tujuan ini pendekatan kajian kodikologi digunakan dalam menganalisis naskhah-naskhah yang ditemui. Aspek kodikologi ini merangkumi kewujudan naskhah, pengarang atau penyalin, aspek fizikal dan struktur naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya. Dengan analisis kodikologi terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini diharapkan dapat meneroka sejumlah naskhah yang wujud di Perpustakaan Negara Malaysia dan membawa kepada banyak kajian lanjutan dalam bidang ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manuskrip Melayu Dalam Bidang Pendidikan Islam: Suatu Kajian Awal Di Perpustakaan Negara Malaysia(Universiti Sultan Zainal Abidin, 2017)Mohd Anuar MamatThe Islamic scholars in Malay Archipelago played significant roles in various branch of knowledge. They are committed in developing the Malay-Islamic civilization as well as Islamic knowledge. Their contributions are proved by the existence of around 22,000 copied manuscripts in various fields of knowledge. Therefore, this paper will focus on the contribution of Islamic scholars in Malay Archipelago in Islamic education by studying the Malay manuscripts. The focus is mainly on manuscripts of Islamic education since the previous studies discussed their contributions and the categories of manuscripts in general. The manuscripts of Islamic education are categorized under the field of religion. Data are collected from the descriptive catalogues published by The National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia. There are about 32 manuscripts related to Islamic education, which is 12 manuscripts entitled ‘Adab’ as the term for Islamic education treatises. The selected manuscripts of education will be reviewed and explained in detail. The finding of this paper intended to reveal that Islamic scholars in Malay Archipelago have a significant contributions in the educational field. Therefore, further studies and researches can be done in educational field in relation to the educational thought and the classical works of the early Islamic scholars in Malay Archipelago. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Meningkatkan Kualiti Amalan sebagai Tujuan Pendidikan Abu Hanifah: Suatu Analisis Perbandingan(Akademi Pengajian Islam, UM, 2013)Mohd Anuar MamatTujuan pendidikan merupakan antara elemen penting dalam sesebuah proses pendidikan. Ia berkait rapat dengan usaha ke arah merealisasikan pendidikan yang tepat dan berkualiti kepada para pelajar. Makalahini menjelaskan tujuan pendidikan menurut Abu Hanifahberdasarkan beberapa penulisan beliau. Makalah ini mendapatibahawa antara tujuan pendidikan menurut beliau ialah untuk meningkatkan kualiti amalan. Tujuan pendidikan ini adalah selaras dengan tradisi Islam yang bersumberkan al-Qur'an, al-Sunnah, para Sahabat dandikembangkan olehpara sarjana Islam bermula daripada kurun pertama Hijrah sehingga kurun ke-11Hijrah. Analisistujuan pendidikan menurut para tokoh awal pendidikan Islam seperti makalah ini adalah amat pentingsupaya hasilnya dapat dijadikan rujukan dan asas dalam membina dan mengembangkan sistem pendidikan dewasa ini.