Publication:
Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb

Loading...
Thumbnail Image

Date

2023

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ilmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Usaha pendidikan dalam Islam dilaksanakansecara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini. Hal ini membawa kepada penghasilan pelbagai karyatentang falsafah dan amalan pendidikan, termasuklah di Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kandungan yangkomprehensif danamat menekankan perihaladab dalam segenap aktiviti pendidikan. Oleh yang demikian, artikelini bertujuan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19Mbertajuk Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikitpenulisan mengenailatar belakang dan kepengarangannya. Beberapa adab guru dan murid akan dianalisis dalam kitab inimenggunakan metode analisis kandunganuntuk menjelaskanperspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgienterhadap tema ini. Berdasarkan kajian ini, terdapat 17 adab guru yang dikemukakan oleh penulis, manakala 28 adab murid merangkumi 11 adab umum dan 17 lagi adab murid tambahan secara khusus. Perihal adab guru dan murid ini amat menarik untuk dikajimemandangkan dewasa ini terdapat pelbagai isu moral dan etika guru serta murid. Adab-adab tersebutamat relevan dijadikan panduan kepada guru dan murid kini disebabkan iamerupakan hasil daripada pandanganSyeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien yang mahir dalam ilmu tasawuf dan juga pengalaman keilmuan beliau sebagaiguru tarekat. Dapatan artikelini merupakan sumbangan penting daripada sarjana Islam untukmeningkatkan kualiti guru dan murid khususnyamendepani pelbagai cabaran krisis moral serta etika dalam pendidikan kini.

Description

Vol. 18 No. 1

Keywords

adab gurudan murid,Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb, Muḥammad Khaṭīb Langgien, pendidikan Islam, kajian manuskrip

Citation

Mamat, M. A. (2023). Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb: Rules of Conduct for Teachers and Students in Education from Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien’s Perspective: An Analysis of Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Journal of Al-Tamaddun, 18(1), 45–58. https://doi.org/10.22452/JAT.vol18no1.4