Publication:
Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb

dc.contributor.authorMohd Anuar Mamaten_US
dc.date.accessioned2024-05-28T06:46:38Z
dc.date.available2024-05-28T06:46:38Z
dc.date.issued2023
dc.date.submitted2024-1-31
dc.descriptionVol. 18 No. 1en_US
dc.description.abstractIlmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Usaha pendidikan dalam Islam dilaksanakansecara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini. Hal ini membawa kepada penghasilan pelbagai karyatentang falsafah dan amalan pendidikan, termasuklah di Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kandungan yangkomprehensif danamat menekankan perihaladab dalam segenap aktiviti pendidikan. Oleh yang demikian, artikelini bertujuan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19Mbertajuk Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikitpenulisan mengenailatar belakang dan kepengarangannya. Beberapa adab guru dan murid akan dianalisis dalam kitab inimenggunakan metode analisis kandunganuntuk menjelaskanperspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgienterhadap tema ini. Berdasarkan kajian ini, terdapat 17 adab guru yang dikemukakan oleh penulis, manakala 28 adab murid merangkumi 11 adab umum dan 17 lagi adab murid tambahan secara khusus. Perihal adab guru dan murid ini amat menarik untuk dikajimemandangkan dewasa ini terdapat pelbagai isu moral dan etika guru serta murid. Adab-adab tersebutamat relevan dijadikan panduan kepada guru dan murid kini disebabkan iamerupakan hasil daripada pandanganSyeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien yang mahir dalam ilmu tasawuf dan juga pengalaman keilmuan beliau sebagaiguru tarekat. Dapatan artikelini merupakan sumbangan penting daripada sarjana Islam untukmeningkatkan kualiti guru dan murid khususnyamendepani pelbagai cabaran krisis moral serta etika dalam pendidikan kini.en_US
dc.identifier.citationMamat, M. A. (2023). Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb: Rules of Conduct for Teachers and Students in Education from Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien’s Perspective: An Analysis of Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Journal of Al-Tamaddun, 18(1), 45–58. https://doi.org/10.22452/JAT.vol18no1.4en_US
dc.identifier.doi10.22452/JAT.vol18no1.4
dc.identifier.epage58
dc.identifier.issn2289-2672
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage45
dc.identifier.urihttps://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/36917
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7747
dc.identifier.volume18
dc.language.isootheren_US
dc.publisherJabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malayaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Al-Tamaddunen_US
dc.subjectadab gurudan murid,Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb, Muḥammad Khaṭīb Langgien, pendidikan Islam, kajian manuskripen_US
dc.titleAdab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien: Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūben_US
dc.title.alternativeRules of Conduct for Teachersand Studentsin Education from Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien’s Perspective: An Analysis of Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūben_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Adab Guru dan Murid dalam Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien Analisis terhadap Kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb.pdf
Size:
872.79 KB
Format:
Adobe Portable Document Format