Browsing by Author "Mohd Arief Sadik"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Drug Abuse Awareness Among Adolescent Of Low Social Economic Status(2015) ;Vickgneshwari A/P Kanagaveloo ;Zuriani Binti Zulkifli ;Mohd Arief SadikMohd Zulhusni AmirolmukmininThis study investigating the “Drug Abuse awareness among Adolescent of low social economic status”. The objective of this study is to measure the awareness of the use of drug substances and to measures the stress among the adolescents in low social economic status. The sample consisted of 91 respondents who have low social economic status. During survey there were two instruments were undertaken Alcohol and other drug abuse (AOD) and Depression anxiety stress scale (DASS) to measure the perception of the participants on the drug abuse and stress management. The findings indicates that the drug abuses among adolescent was reflection from the influential of low social economic status problem that make the adolescent addicted seriously to drug abuse it and they expressed that “it’s hard to relief from it”. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2016(AADK, 2019) ;Haslee Sharil Lim Abdullah ;Mohd Rafidi Jusoh ;Mohamad Isa Amat ;Amin Al Haadi Shafie ;Mizan Adiliah Bt Ahmad IbrahimMohd Arief SadikKajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program perangi dadah habis-habisan (PDH) 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program PDH melalui enam program utama yang ditentukan berasaskan kepada tujuh indikator penilaian berikut: pertama : Jumlah penagih baru yang dikesan di 14 kawasan tumpuan. Kedua : Jumlah sarang penagihan yang berjaya dibersihkan. Ketiga : Impak program perangi dadah habis-habisan secara kuantitatif dan kualitatif. Keempat : Komitmen pemegang taruh terhadap semua program yang dijalankan dalam program. Kelima : Keterangkuman komuniti terhadap aktiviti program perangi dadah habis-habisan. Ketujuh : Kesediaan masyarakat terhadap program perangi dadah habis-habisan. Kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan nombor dan angka, namun begitu, data kualitatif juga telah dikumpul melalui temubual separa berstruktur (semi-strctured interview) dan dianalisis untuk menyokong dan meperkukuhkan dapatan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah berbentuk teknik pensampelan berstrata atau stratified sampling technique. Dalam kajian ini, strata adalah mengikut hot-spot di setiap negeri. 150 orang sample meliputi 6 segmen dipilih daripada setiap strata. Maka jumlah sampel yang terlibat adalah sekitar 2100 orang. Data-data kuantitatif diperoleh daripada pelaporan aktiviti mengikut KPI yang ditetapkan untuk dianalisis supaya objektif 1,2,4 dan 6 tercapai. Sementara untuk mencapai objektif ke 3 yang mengukur impak program PDH, satu set soalselidik telah dibangunkan bagi tujuan pengumpulan Kejayaan dan keberkesanan kempen ini adalah berdasarkan kepada dapatan berikut. Penurunan kadar penagih baru yang dikesan di kawasan tumpuan Jika digeneralisasikan kepada kadar penagih baru kebangsaan, dapatan kajian ini adalah jauh lebih rendah atau pengurangan sebanyak 55.0%.. Pembersihan sebanyak 71.4% daripada jumlah sarang penagihan yang didaftar dan diprofilkan di kawasan-kawasan tumpuan dalam tempoh lapan bulan. Impak program secara keseluruhan adalah sebanyak 80.4% ke atas komuniti berdasarkan ukuran terhadap pembolehubah kebolehcapaian (accessible), boleh dilihat (visible), kesediaan (readiness), kesedaran (awareness), pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) dalam kalangan pemimpin dan ahli komuniti. Program pengesanan dan penahanan (operasi cegah, sarang dan bersepadu) paling tinggi memberi impak ke komuniti, diikuti oleh program omnipresence, media dan ikon antidadah. Komitmen yang ditunjukkan oleh pemegang taruh (stakeholder) kepada Kempen PDH adalah amat tinggi. Keterangkuman komuniti berlaku di 85.7% kawasan tumpuan PDH, melibatkan peranan semua pihak iaitu badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin komuniti. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin komuniti memainkan peranan paling penting dengan kadar penglibatan sebanyak 78.6%, diikuti NGO (57.1%), sektor swasta (35.7%) dan individu persendirian (35.7%). Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan amat berjaya dan berkesan dalam mengurangkan masalah penagihan dadah.