Browsing by Author "Mohd Asmadi Yakob"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru(Jurnal Intelek, UiTM Perlis, 2015) ;Mohd Farhan Md Ariffin ;Khadher Ahmad ;Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff ;,Khalijah Awang ;RozanaOthman ;Monika@Munirah Abd Razzak ;Raja Jamilah Raja Yusof ;Nurulwahidah FauziMohd Asmadi YakobKapur barus (camphor) merupakan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Trendpenerbitan penyelidikan berkenaan kapur barus telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubungkapur barus. Merujuk hasil ̳literature review‘, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kapur barus didominasi oleh artikel jurnal (65.6%) dan buku (26.2%). Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan kapur barus kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada lima bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap kapur barus meliputi bidang Pharmacology, Bio-Teknologi, Sains Botani, Bio-PerubatandanBio-Kimia. Dinilai dari jumlah penyelidikan, sebanyak 43 jenis bahan melibatkan kajian dari aspek saintifik dibandingkan hanya 3 berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies) dan 15 berkaitan sejarah (histories). Namun, penyelidikan mengenai pokok dan sifat kapur barus spesies Asia Tenggara Tenggara (jenis Dryobalanops Camphora Aromatica)amat kurang. Kajian paling banyak berkisar mengenai kapur barus yang hanya terdapat di China dan Jepun (jenis Cinnamomum camphora).Oleh itu, bahan ilmiah berkaitan pokok kapur barus Asia Tenggara, Dryobalanops Camphora Aromaticadari kedua sudut agama, juga perincian saintifikamat terhad. Justeru, usaha lanjutan terhadap kapur barus diharapkan mampu menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometric Analysis On Research Study Of Pomegranate: A Review Towards New Findings(Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar, 2015) ;Nurulwahidah Fauzi ;Khadher Ahmad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak ;Mohd Asmadi Yakob ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Farhan Md AriffinPomegranates are an antioxidant-rich superfood with alternative and natural medicine resources for the natural health community. From the perspective of ancient medical practice, pomegranate is in a highest ranking of healthy fruits because of its diverse beneficial in curing diseases. Trend research publications pomegranates were studied. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on pomegranate. Referring to the results of 'literature review' on pomegranate, researchers found that the majority of previous research on pomegranate dominated by journal articles by 85.5 percent. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on pomegranate done on a scientific analysis (laboratory studies). Studies on aspects of science has been divided into seven areas. Focus areas include scientific discussion of pomegranate is pharmaceutical, Food Science, Botany, Bio-Medical, Bio-Chemistry and Microbiology. Only one field of study that focuses on the analysis of Islamic view focusing on Islamic Education. Additional fields of Environmental Education (Flora) are also included by researchers to collect data and find a results on plants that contain pomegranate. Comparative evaluation of research found that a total of 188 kinds of studies involves the study of the scientific aspects compared to only 11 studies based on Islam (Islamic Education) and 10 studies based on environmental education. Thus, the efforts of researchers from Universiti Malaya through grants TRGS (TR001A-2014) entitled 'Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia' are very significant in the development of science. Advanced new study of henna is expected to produce benefits to Malaysia as a whole. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pengurusan Pembelajaran Atas Talian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Fasa Pandemik Covid-19: Kajian Di KAFA Integrasi Nahdhah Al Islam(USIM Press, 2021-10) ;Shofiyyah Moidin ;Mohd Asmadi Yakob ;Amiratul Munirah Yahaya ;Murihah AbdullahHajarul Bahti ZakariaThe challenges of life in a diverse societyrequire the managementof theadministrators to coordinate the delivery ofbasic knowledge of this religion through the Al-Quran and Fardu Ain Class (KAFA).KAFA learning which is normally conductedin religious schools face-to-face must be changed the way it is implemented online due to the movement control order (MCO) to curb the Covid-19 pandemic. In this regard,this article aims to discuss the challenges of online KAFA learning management duringthe Covid-19 pandemic phase. This study is qualitative. The data was collected based on the interviews of 2 respondents from KafaIntegrationNahdhahAl Islam. Data analysis, on the other hand, is carried out by narrativeanalysisusingthe coding method. The results of this study show that there hasbeen a change in the implementation ofKAFA'sonlinelearningmanagementduring the Covid-19 Pandemic phase. Thechallenges includeinfrastructure, technological skills, finance as well as time and taskload. Therefore, all parties must play their respective roles in addressing the problem and ensuring that the learningsessions are more effective - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ethno-Medicinal Study on Garlic for Women and Occupational Health Using Herbs that Mentioned in Al-Quran and Hadith(Medwell Journals, 2018) ;Nurulwahidah Fauzi ;Khadher Ahmad ;Monika Munirah Abd Razzak ;Khalijah Awang ;Mohd Asmadi Yakob ;Rozana Othman ;Mohd Farhan Md SariffinMuhd Widus SempoIn many developing countries, a large proportion of the population relies on traditional practitioners and their armamentarium of medicinal plants in order to meet healthcare needs. This situation implies that the local culture is very fond of practicing a healthy lifestyle through the consumption of plants as a source of food and the use of herbs as food ingredients and medicinal treatment. In-depth analysis of the Quran and Hadith have founded a large number of herbs mentioned in both texts have existed and grown in Southeast Asia, including Malaysia. To determine the relationship between the benefits and the procedures used in accordance with the religion of Islam and Malay culture in treating women and occupational health, the main aim of this study is to document the knowledge of ethno botanical importance of herbs in the light of Islam. This study will also investigate the herbs in the Holy Quran and Hadith that was mentioned in the Malay manuscript texts name Kitab Tibb written by Haji Ismail bin Haji Mustafa Pontianak. This study will also list the benefits cited by the Malay manuscripts on herbs in the Holy Quran and the Hadith and medicinal uses of them to women and occupational health cure using traditional treatment according to the Malay culture perspectives. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam(UniSZA, Kuala Terengganu, 2016) ;Khadher Ahmad Ahmad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak ;Mohd Asmadi Yakob ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Farhan Md AriffinDelima (pomegranate) merupakan bahan perubatan semulajadi yang amat bernilai. Dalam amalan perubatan kuno (ancient healing benefits), delima berada pada senarai teratas disebabkan manfaat kegunaannya yang verstail. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan delima telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung delima. Merujuk hasil tinjauan literatur, pengkaji mendapati majoriti penyelidikan lepas mengenai delima didominasi oleh artikel jurnal sebanyak 85.5%. Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan delima kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada enam bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap delima meliputi bidang farmasi, sains pemakanan (food science), sains botani, bio-perubatan, bio-kimia dan mikrobiologi. Hanya satu bidang yang memfokuskan analisis berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies). Tambahan bidang pendidikan alam sekitar (flora) turut dimuatkan pengkaji bagi mengumpulkan hasil kajian yang bersifat data umum tentang tumbuhan termasuk delima. Justeru, usaha terkini para penyelidik dari Universiti Malaya melalui geran TRGS (TR001A-2014A) bertajuk �Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia� amat signifikan dalam perkembangan ilmu. Lanjutan kajian baru terhadap delima diharapkan menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia seluruhnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tematik Tentang ‘Bintang’ Dalam Perspektif Hadis Berdasarkan Kutub Sittah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Mohd Asmadi Yakob ;Thuraya Ahmad ;Nur Nafhatun Md ShariffZety Sharizat HamidiSalah satu objek yang terdapat di langit dan banyak kali disebut dalam hadis ialah bintang-bintang. Sungguhpun bintang-bintang sangat jauh, namun dalam kehidupan seharian, bintang-bintang amat dekat dengan manusia. Ini kerana kita biasa menggunakan istilah-istilah ‘bintang’ seperti ‘bintang hati’, ‘bintang popular’, ‘bintang filem’ dan sebagainya. Kebanyakan perkataan ‘bintang’ digunakan dengan makna majazi dan jarang digunakan dengan makna hakiki. Perkataan bintang juga seringkali digunakan untuk menunjukkan kepada kehebatan, ketinggian atau keutamaan. Dalam hadis Nabawi, terdapat beberapa kalimah yang boleh diterjemahkan sebagi bintang seperti al-Najm, al-Nujūm, al-Kawkab, al-Kawakib dan al-Thurayya. Dari segi tematik, lafaz yang merujuk kepada makna bintang itu dibincangkan oleh Rasulullah SAW dari pelbagai sudut samada ianya berkaitan dengan akidah, analogi atau kadangkala penggunaan tersebut mempunyai implikasi hukum yang tersendiri. Justeru itu, kertas kerja ini mengumpul dan menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW dalam Kutub Sittah berkaitan dengan bintang-bintang dari sudut makna dan tema. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini mendapati terdapat sejumlah hadis yang membincangkan tentang bintang-bintang dalam beberapa tema utama sama ada dalam bentuk maknanya secara hakiki atau secara majazi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kekerapan Penerbitan di SCOPUS Mengenai Flora-Flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith(Penerbit UiTM, 2023) ;Mohd Asmadi Yakob ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak Khadher Ahmad ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Rais MustafaTerdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb alNabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb alNabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb alNabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.