Browsing by Author "Mohd Azhar Abdullah"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Pengantin Lelaki Memakai Inai di Jari: Analisis Berdasarkan Mazhab Syafii dan Fatwa di Malaysia(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail, 2023) ;Mohd Azhar Abdullah; Muhammad Lukman IbrahimBudaya pengantin lelaki memakai inai di jari sempena perkahwinan masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan India. Kekhilafan mazhab empat, khususnya mazhab Syafii dalam isu ini turut mempengaruhi ketidakselarasan fatwa negeri-negeri di Malaysia. Kajian-kajian ilmiah lebih tertumpu kepada manfaat penggunaan inai menurut perspektif Islam, sains dan perubatan. Manakala kajian berkaitan asas fiqh berkaitan keharusan pengantin lelaki memakai inai tidak diperincikan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan antara larangan lelaki berinai di tangan kerana tashabbuh(keserupaan) dengan kaum wanita dengan keperluan meraikan uruf(kelaziman) setempat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa kandungan yang mengkaji pandangan fiqh mazhab Syafii selaras dengan urufdi Malaysia sebagaimana difatwakan di negeri-negeri. Ia bertujuan mengharmonikan umat Islam menurut acuan negara Malaysia. Kajian mendapati di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah memutuskan harus berinai bagi pengantin lelaki dengan syarat tertentu. Manakala di peringkat negeri, ada fatwa negeri yang mengharamkan berinai bagi pengantin lelaki dan ada fatwa negeri yang mengharuskannya.6 36 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Malaysia Sebagai Negara Yang Bermazhab: Satu Diskusi Awal(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 2022) ;Mohd Azhar Abdullah; ;Muhammad Lukman IbrahimMuhammad Amiri Abdul GhaniMalaysia sebuah negara Islam rasmi beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperteguhkan dengan mazhab fiqh al-Shafi’i dan akidah al-Asha‘irah. Tidak menghairankan, perbincangan-perbincangan akademik dan sudut pandangan umum negara ini mempunyai mazhab sebagaimana diperuntukkan dalam enakmen negerinegeri. Namun, penekanan dalam kajian-kajian sebelum ini kurang ditumpukan kepada bagaimana negara Malaysia bermazhab sebagaimana manusia juga bermazhab. Kelompangan ini menyebabkan negara Malaysia tidak dizahirkan roh dan kehidupan mazhabnya, sedangkan Malaysia konsisten bermazhab. Mazhab (almadhhab) dan bermazhab (al-madhhabiyyah) dua istilah kompetorari yang mempunyai konseptual yang berbeza. tetapi saling berkaitan. Sehubungan itu, penulisan kualititatif ini berusaha membahaskan bagaimana sebuah negara, khususnya Malaysia layak diiktiraf dan dimasyhur sebagai bermazhab. Tujuan utama adalah untuk menghidupkan roh mazhab dalam kehidupan Malaysia, sekaligus memberi imej Ahli Sunnah Wala Jamaah bagi memperkukuh amalan mazhab yang menjadi teras Islam di Malaysia. Dalam keadaan yang sama mematahkan gerakan aliran anti mazhab (allamadhhabiyyah) yang cuba menggugat kesejahteraan Malaysia. Penulisan ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa bahan tertulis. Penulis meneliti dan menganalisis pendapat-pendapat fuqaha silam dan kontemporari bagi mendapat gambaran yang jelas berkaitan konseptual mazhab dan bermazhab, khususnya dalam wacana usul fiqh semasa. Dapatan kajian mendapati, negara juga boleh dinisbahkan dengan istilah bermazhab bagi memperkukuhkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pentadbiran perundangan kefatwaan di negara ini.8 47 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia Melalui Penelitian Takhsis Al-Nutq dengan Qiyas(Penerbit USIM, 2024) ;Abdul Azib Hussain ;Mohd Kamil Ahmad ;Hamidi Abdul Ghani ;Uwais Aqili Mohd ZainMohd Azhar AbdullahGaris Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia 2017 telah membincangkan kaedah pengeluaran fatwa melalui pendekatan ijtihad berdasarkan qawl muktamad mengikut mazhab. Ia turut menjelaskan kaedah pendalilan berdasarkan sumber adillah al-ahkam secara umum melalui dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati. Manakala perbahasan yang lebih terperinci melalui kaedah dalalah al-alfaz seperti perbahasan takhsis, mutlaq, muqayyad dan seumpamanya belum dibincangkan dengan lebih mendalam. Antara saranan yang boleh diperkemaskan dalam garis panduan ini adalah aspek kaedah dan metodologi berhukum dalam mengemukakan hujah secara lebih teliti dan terperinci melalui pendekatan dalalah al-alfaz. Kajian ini akan mengemukakan pembangunan Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia melalui tumpuan kepada penelitian takhsis al-nutq dengan qiyas. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan sumber data kepustakaan dan temu bual. Data-data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan metode analisis kandungan dokumen dan teks transkripsi temu bual. Dapatan kajian menemui keberhasilan kaedah ini dalam menyelesaikan isu-isu fatwa semasa khususnya dalam bidang muamalat. Ia juga berjaya membina garis panduan baru pengeluaran fatwa di Malaysia melalui penelitian takhsis al-nutq dengan qiyas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tarannum Di Dalam Tilawah Al-quran: Sorotan Dan Pandangan Ulama(Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, UM, 2013) ;Muhammad Lukman Ibrahim ;Ahmad Najib Abdullah ;Mohd Anuar MamatMohd Azhar Abdullah1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tempoh Bagi Anggapan Mati Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Negara-Negara Islam: Satu Sorotan(USIM Press, 2024) ;Mohd Azhar Abdullah ;Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin ;Abdul Azib Hussain ;Nurul Akma MohamedKhairulnazirin NasirAnggapan mati atau mafqud lazimnya berlaku dalam keadaan tragedis. Kesannya amat besar, terutama status perkahwinan, iddah dan pusaka yang ditangguhkan sehingga pihak mahkamah memutuskannya. Ia menjadi isu fiqh dan perundangan Islam serta sivil disebabkan jasad hakiki tidak ditemui. Menurut bidang kuasa Syariah di Malaysia, tempoh minimum isteri menunggu adalah selama empat (4) tahun untuk pembubaran perkahwinannya, kemudian ia beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Namun realiti semasa, tempoh empat tahun tersebut adalah rigid dan bertentangan dengan kes-kes tragedi khusus seperti Terowong Mu’assim 1990. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskannya selepas empat (4) bulan dan tragedi MH370 pada tahun 2014 yang diputuskan selepas 324 hari sebagai anggapan mati. Manakala dalam undang-undang keluarga Islam di beberapa buah negara Islam seperti Syria, Jordan, Magribi dan Sudan adalah tidak selaras bagi tempoh anggapan mati, antara satu tahun hingga ke empat tahun. Ketidakselarasan ini disebabkan tiada nas sarih yang menuntut ijtihad di sisi pihak pemerintah. Hal yang demikian menunjukkan bahawa tempoh empat tahun bagi anggapan mati dalam enakmen-enakmen Syariah di Malaysia boleh dinilai semula menurut keperluan semasa. Dalam pada itu, Pengerusi MKI mencadangkan tempoh empat tahun tersebut dinilai semula berdasarkan tuntutan maqasid syar’iyyah dan perkembangan teknologi semasa. Kajian kualitatif ini bertindak menganalisis dokumen-dokumen perundangan yang dikuatkuasakan. Dapatan kajian boleh dijadikan asas bagi pihak pengubal undang-undang Syariah menilai tempoh yang relevan bagi keperluan negara ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Metodologi Ilmu Tarannum: Suatu Perbincangan KritisAl-Quran is the highest miracle of the Prophet Muhammad saw, which includes various disciplines of knowledge including the knowledge of Qiraat, tafsir and tarannum. In accordance with its meaning, this discipline of tarannum emphasizes the processing of sound and beautifying the sound according to the process of certain tones, beats and rhythms. Although it is generally understood that knowledge in this discipline is applied to appreciate the uslub of al-Quran, but wihin the public society, they are not clear about the differences in the variation of knowledge methodology in this field. Therefore, this article aims to analyze some methodologies of tarannum science that should be followed by every reciter of the Qur'an. This study applies qualitative research methods with inductive and deductive methodologies, to identify the best methodological variations available in the science of tarannum. The results of the study found that there is a great importance in the implementation and use of the right methodology in the science of tarannum, this is because without it, it will inhibit the method of proper reading presentation. Even these methods must be diversified without running away from the methods that are imposed on the limits of recitation advocated by the Qurra.4 15