Browsing by Author "Mohd Fahimi Zakaria"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Kecenderungan Minat Pelajar Terhadap Subjek Bahasa Arab: Kajian Di Management And Science University(Penerbit UiTM, 2020) ;Mohd Fahimi ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad NawawiPenawaran subjek bahasa Arab di Management and Science University (MSU) bukanlah suatu yang baharu, bahkan sejak awal penubuhannya lagi. Ia seiring dengan dasar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat bahasa Arab sebagai bidang profesional yang bertaraf antarabangsa. Sehingga kini, belum ada kajian khusus berkaitan dengan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di MSU lantaran tiada keperluan seperti pada masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan oleh pengkaji yang berlatar belakang pengajian bahasa Arab untuk melihat apakah faktor kecenderungan minat pelajar MSU terhadap subjek bahasa Arab khusus pada semester semasa iaitu September 2019. Pengkaji mengguna pakai kajian kepustakaan melalui pendekatan kualitatif yang menjurus kepada analisis teks melalui pengaplikasian kaedah tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu satu set tinjauan atas talian dengan menggunakan google sheets dan diedarkan kepada 30 orang pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab daripada program dan fakulti yang pelbagai. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor dominan ialah perasaan ingin belajar bahasa baharu dalam kalangan pelajar berbanding faktor-faktor lain seperti ingin mengasah semula ilmu yang pernah dipelajari, ingin bekerja di negara Arab, memahami al-Quran, menyahut cabaran dan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan. Kajian ini juga merekodkan beberapa butiran penting yang mempengaruhi faktor ini iaitu jantina, semester pengajian, program, fakulti, umur dan subjek. Ini membuktikan bahawa minat pelajar terhadap subjek bahasa Arab bukan sahaja disebabkan faktor tertentu, tetapi ia juga disebabkan pengaruh lain yang turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan minat pelajar itu sendiri21 77 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggemblengan Sumber Islam Sebagai Manifestasi Utama Pembinaan Falsafah Kritikan Sastera Islam Sayyid Sayyid Abd al-Raziq: Analisis Karya Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-Adabi(UTM Press, 2021) ;Mohd Adi Amzar Bin Muhammad NawawiMohd Fahimi ZakariaKajian ini bertujuan untuk melihat penggemblengan sumber Islam yang diaplikasikan oleh Sayyid Sayyid cAbd al-Raziq sebagai pemanifestasian utama beliau dalam membina falsafah kritikan sastera Islami yang unik dan tersendiri. Dari satu sudut, ia merupakan usaha dan refleksi beliau terhadap pemurnian semula kerangka falsafah kritikan sastera Islami yang disifatkan sebagai tidak islami secara sepenuhnya dan banyak bergantung kepada idea dan tasawur Barat. Hasilnya wujud percanggahan dan kontradiksi yang ketara dengan nilai Islam dan ini telah menggerakkan al-Raziq untuk menghasilkan satu karya yang memperhalusi berkenaan permasalahan ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan dengan menganalisis sumber primer iaitu Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-Adabi. Dapatan kajian telah mendapati bahawa al-Raziq telah menggunakan secara optimum sumber Islam sebagai wahana utama beliau dalam menghasilkan falsafah kritikan sastera yang berpaksikan Islam yang sebenar. Ini dapat dilihat dengan usaha beliau menerusi penggemblengan sumber Islam meliputi Al-Qur’an, Hadith dan juga penginterpretasian berdasarkan etika dalam skop perbahasan falsafah beliau yang meliputi al-Turath al-Islami, al-Turath al-Jahili dan al-Turath al-Madi.19 48 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Roleplay Sebagai Aktiviti Bahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab(Selangor Islamic University (Universiti Islam Selangor - UIS, 2024) ;Mohd Fahimi ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad NawawiRoleplay merupakan aktiviti bahasa yang mampu membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab di pelbagai peringkat pendidikan sama ada pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Aktiviti bahasa seperti Roleplay sesuai bagi pelajar yang bermula dari peringkat asas dan tiada latar belakang pendidikan bahasa kerana melalui Roleplay, pelajar akan diasah dengan kemahiran bertutur (speaking skill) yang merupakan kemahiran bahasa yang penting. Seterusnya Roleplay dapat membantu pelajar untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan menggunakan perkataan dan ayat yang mudah serta mampu berkomunikasi dengan rakan dalam bahasa Arab asas. Kajian ini dijalankan ke atas 72 responden yang mengikuti kursus Bahasa Arab Asas I (TAC401) sebagai bahasa ketiga dari dua fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada sesi pengajian semester Mac 2024. Dapatan kajian menunjukkan terdapat faktor tertentu yang menjadi pendorong kepada pelajar dalam PdP sehingga dapat meningkatkan kemampuan bertutur dalam bahasa Arab melalui aktiviti Roleplay di samping beberapa kriteria lain yang menjadi penilaian dalam PdP bahasa Arab bagi kursus TAC401 di UiTM. Meskipun hanya 18 responden yang pernah mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi Ketika peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), namun lebih 50 responden masih menunjukkan penguasaan bahasa Arab pada tahap baik yang dapat dilihat melalui aktiviti Roleplay semasa sesi PdP.12 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role of Tiktok in Promoting Arabic Language Learning Among Millennials and Gen Z(RSIS International, 2025) ;Muhamad Khairul Anuar Zulkepli ;Mohd Fahimi ZakariaThis paper discusses the contribution of TikTok to Arabic language learning among Millennials and Gen Z as a way to address the increasing problem related to the involvement of young learners in formal language education. This problem is caused by a kind of disconnect between traditional Arabic learning and how these two tech-savvy Generations would want. The present study aims to explore how TikTok, as a social medium platform, can enable informal language acquisition-especially vocabulary and pronunciation-while affording more interactive and autonomous learning experiences. Using a mixed methods approach, both surveys and interviews were conducted to collect data from participants who were active users of TikTok for language learning. A sample of Millennials and Gen Z users was drawn, reporting using TikTok as part of their Arabic language learning routine. The quantitative data was analyzed statistically, while the qualitative data was subjected to a thematic analysis in order to capture the experiences and perceptions of the participants. The results have shown that TikTok supports informal learning very effectively through the short videos, gamification elements and interaction with peers and significantly improves language retention and engagement. These findings corroborate Social Learning Theory and Self-Determination Theory because learners appear motivated by the interactive and autonomous features inherent in the platform. Implications drawn from this study reveal that educators of languages and programs could make use of a social medium outlet like TikTok to supplement conventional learning methods and, in so doing, create more engaging and dynamic learning environments. It is also desirable that future research investigates the role of TikTok in teaching more advanced aspects of language learning, such as grammar and cultural context, and extending its demographic reach to older learners.10 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi terjemahan leksikal Hattā [حتى] dalam Al-Quran: analisis konsep terjemahan Arab-Melayu(Muallim Social Science and Humanities Society, 2025) ;Mohd Fahimi Zakaria; Muhamad Khairul Anuar ZulkepliLeksikal Ḥattā merupakan kata tugas dalam bahasa Arab yang dikenali sebagai al-ḥarf [الحرف] yang memiliki keistimewaannya yang khusus dari aspek linguistik seperti penggolongan kata, penjenisan kata tugas, hukum bahasa (fleksi), implikasi terhadap leksikal selepasnya dan kepelbagaian variasi terjemahannya dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif dipilih sebagai metode kajian ini bagi menganalisis variasi terjemahan leksikal Ḥattā dalam al-Quran untuk melihat kepelbagaian terjemahannya dalam bahasa Melayu berdasarkan surah al-Baqarah menggunakan al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT) sebagai bahan kajian. Kajian telah merekodkan 15 contoh leksikal Ḥattā beserta terjemahannya dari keseluruhan surah al-Baqarah untuk dianalisis variasi terjemahan leksikal Ḥattā berdasarkan konsep terjemahan Arab-Melayu seperti yang dibincangkan oleh sarjana terjemahan. Kajian menunjukkan bahawa leksikal Ḥattā memiliki variasi terjemahannya yang khusus lantaran leksikal Ḥattā merupakan kata tugas yang menjalankan beberapa fungsi bahasa dan hasil terjemahannya juga berbeza antara satu leksikal dengan leksikal yang lain. Leksikal Ḥattā di dalam al-Quran sudah tentu memberi variasi terjemahan yang khusus disebabkan al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi keistimewaan dan keindahan bahasa Arabnya yang berbeza dengan terjemahan leksikal Ḥattā dalam konteks bahasa Arab harian yang bersifat umum dan boleh difahami secara terus daripada makna. Justeru, variasi terjemahan leksikal Ḥattā yang terdapat di dalam al-Quran menarik untuk dianalisis khususnya dari aspek konsep terjemahannya ke dalam bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication مساهمات الشيخ محمد سعيد في ترجمة القرآن الكريم :دراسة تمهيدية(Penerbit KUIS, 2023) ;Mohd Fahimi ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad NawawThe Holy Quran is a great divine book that God revealed to His Prophet, Muhammad (PBUH), his family and his companions. The Holy Quran has passed more than one thousand four hundred years ago, through the beginning of Surah al-‘Alaq that indicates the value of knowledge and understanding, even if what the Prophet(PBUH)is not a reader and a writer. Thus, it spread and flourished to many people, whether they were Muslims or others, some of them believed in it and some of them disbelieved. If time has passed, then non-Arab Muslims are in dire need to understand the Quran without understanding its language, so non-Arab scholars translated the Quran into various languages, even Malay. And let us note His saying:(Indeed, We have sent it down as an Arabic Quran that you may understand), as it refers to understanding the Holy Quran in Arabic as the most important thing, and that is why the scholars said that it is obligatory. The research aimed to observe some of the contributions of Sheikh Muhammad Said(Sheikh)in translating the Holy Quran in terms of an introductory study. The focus of the research is on the Tafsīr Nūr Al-Iḥsān(TNI), which is a well-known interpretation for many Muslims neither researchers nor seekers of knowledge. Its contribution well established until this moment including the study of the translation of the Holy Quran. The researcher selected qualitative method research to analyze the TN Iand review various sources, examples of which are books and scientific journals, as well as papers presented in conferences. The research found that Shaykh had worked hard in the contributions of the translation of the Holy Quran, and even became a beneficiary review of Malay Muslim readers, especially those who understand the Holy Quran through the method of translation14 29