Browsing by Author "Mohd Faizul Hafiz A. Razak"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Representasi Partikel Wacana "Lah" Dalam Terjemahan Surah Yasin di Malaysia(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Sufian Ismail ;Anida Sarudin ;Shamsudin Abu Bakar ;Mubin Mohd Nor ;Mohd Fahrur Rozi IsmailMohd Faizul Hafiz A. RazakTerjemahan surah Yasin di Malaysia yang mempunyai pelbagai versi dan bentuk cetakan berpotensi untuk dianalisis dari aspek perkataan yang digunakan. Penggunaan partikel wacana “Lah” yang bersifat tidak disengajakan pula membuka dimensi baharu untuk melihat fenomenanya dalam terjemahan Al-Quran. Dalam kajian ini, partikel wacana “Lah” dijadikan indikator untuk mendapatkan representasi penggunaannya dalam terjemahan surah Yasin. Prosedur Analisis ATLAS.ti Bersistematik dipraktikkan pada 18 data terjemahan surah Yasin, iaitu melibatkan enam terjemahan dalam bentuk naskah Al-Quran, enam dalam bentuk digital dan enam dalam bentuk naskah kecil bacaan harian. Analisis ATLAS.ti pula terdiri daripada tiga fasa, iaitu fasa ‘Memerhatikan’, ‘Mengumpulkan’ dan ‘Memikirkan’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan partikel wacana “lah” mempunyai frekuensi yang tinggi dalam semua bentuk terjemahan surah Yasin. Analisis code-document table juga menunjukkan bahawa penggunaan partikel wacana “Lah” mempunyai pola yang berpotensi mengkategorikan terjemahan surah Yasin kepada empat bentuk, iaitu terjemahan primer, terjemahan sekunder, terjemahan individu, dan terjemahan asing. Implikasinya, kajian yang menumpukan pada penggunaan entiti bahasa bersifat tidak disengajakan, iaitu partikel wacana “lah” bermotivasi untuk meneroka fenomena baharu pada sesuatu data serta berpotensi untuk dikembangkan. Penggunaan ATLAS.ti juga dapat mengembangkan lagi prosedur sedia ada agar lebih sistematik mengikut kajian semasa.