Browsing by Author "Mohd Haidhar Kamarzaman"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ahli Sunnah Waljamaah: Pondok Sebagai Benteng Terakhir Ummat Islam(Open Journal System, Publick Knowledge Project, 2020) ;Mohd Haidhar Kamarzaman ;Mohd Sobri ElliasMohd Asyran Safwan KamaruzamanMutakhir ini Negara dilanda dengan pelbagai isu pemikiran yang agak membimbangkan masyarakat Islam. Kemelut yang berlaku ini didapati berpunca daripada kecelaruan masyarakat Islam dalam mencari kebenaran dan kerapuhan pegangan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal Jama„ah. Situasi ini telah membawa kepada wujudnya kelompok masyarakat muslim yang konon-kononnya „terbuka‟ pemikirannya namun pada hakikatnya sempit cara berfikirnya dan longgar pegangannya lalu sumbangan pondok dalam mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan thaqafah Islam dipertikaikan bahkan dinafikan. Oleh itu, kertas ini akan memaparkan fungsi pondok yang terbukti zaman berzaman sebagai suatu institusi yang bukan hanya menjadi nadi kepada perkembangan dan penyebaran terhadap pemikiran Ahlus Sunnah wal Jama„ah, bahkan turut berperanan sebagai benteng terakhir ummah baik dari sudut akidah mahupun amalan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi di Antara Naqli dan Aqli dalam Memahami Nusus Mutasyabihat: Garapan Harmoni Berteraskan Konsep Wasatiyyah(Nungemilang Enterprise, 2024) ;Mohd Sobri Ellias ;Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman ;Mohd Haidhar KamarzamanMuhammad Ariff Mohd RajoliPentafsiran terhadap nas-nas al-Quran dan al-hadith serta pemahaman terhadap keduanya mestilah merujuk kepada garapan yang telah dibuat oleh para ulama yang muktabar. Hal ini dilihat sangat signifikan demi memastikan bahawa pemahaman yang terpancar daripada nas-nas tersebut selari dengan pembawaan Nabi Muhammad dalam konteks akidah dan pegangan. Justeru, di antara asas yang mendasari metode para ulama yang muktabar dalam memahami nusus mutasyabihat adalah integrasi di antara naqli dan aqli yang sangat harmoni. Ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi konsep wasatiyyah dalam kalangan para ulama muktabar khususnya dalam memahami nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-hadith. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji dan menganalisis paduan antara hujahan naqli dan aqli yang berlaku ketika para ulama mentafsirkan nusus mutasyabihat yang terdapat sama ada di dalam al-Quran mahupun al-hadith. Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap teks-teks para ulama muktabar di bidang tafsir dan akidah berhubung nusus mutasyabihat. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan simbiotik yang sangat akrab antara hujahan naqli dan aqli oleh para ulama dalam memahami nusus mutasyabihat sekaligus menjadikan tafsiran terhadapnya dilihat lebih harmoni dan bertepatan dengan konsep kepercayaan dan keimanan yang dibawa oleh Nabi Muhammad. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pondok Sebagai Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah(JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, 2021) ;Mohd Haidhar Kamarzaman ;Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman,Mohd Sobri ElliasMasih ada segelintir dalam kalangan masyarakat Islam yang terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda, justeru cenderung memperkecilkan sistem pengajian pondok sebagai aliran yang jumud dan mengekalkan sikap taklid. Sedangkan pondok merupakan institusi yang berpegang teguh dengan ajaran teras akidah Islam seperti yang terkandung dalam teks-teks karya turath termasuk kitab jawi. Sehubungan itu, perbincangan dalam makalah ini menonjolkan penjelasan para ulama Alam Melayu mengenai kepercayaan yang terseleweng dalam doktrin Wahabi. Huraian para ulama tersebut adalah kurikulum teras dalam sistem pengajian pondok. Berikutan itu, perbincangan dalam makalah ini akhirnya mendapati pondok merupakan institusi penting sebagai benteng akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengajarannya, institusi bersejarah ini mesti terus dipertahankan dan diperkasakan demi kejernihan pegangan akidah umat Islam.