Browsing by Author "Mohd Huefiros Efizi Husain"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Anjakan Paradigma Waqaf Berasaskan Prinsip Maslahah Al-mursalahRelationship among Muslims since the time of Adam a.s., there is contained all the admirable values that can be applied today. Disclosure of such values includes properties helping to ease the burden of the Muslim’s region. Not only energy aid or grant of land, even from a financial point of also highly expected. Waqf is a way to break the impasse in the considerable challenge to the demands and needs of the various categories of property surplus sharing mechanism with the purpose of the public good. The distribution is given to strengthen the Muslim’s relationship and the smooth running of daily life. Therefore, this study will describe the practice of waqf in line with technology and the development of the country in nurturing tolerance community. The objective of this study dismantling the waqf practices based on transformation of Maslahah al-Mursalah. Next explained Maslahah al-Mursalah establishment and implementation of the subject matter. The methodology of study used qualitative methods to achieve the objectives of the study involving literature methods. The results showed clearly Maslahah al-Mursalah applied in practice transformation endowment contract as today. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Pembentukan Parameter Kontrak Perniagaan Francais Dobi Layan Diri(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Mohd Huefiros Efizi HusainAbdullah Firdaus Abdul JalilKontrak perniagaan francais adalah elemen penting menghubungkan keperluan di antara francaisor dan francaisi sepanjang kontrak berlangsung. Kedua-dua peranan tersebut perlu menyatakan persetujuan ke atas kontrak ditawarkan sebelum perniagaan mula beroperasi. Kontrak yang ditawarkan mengandungi terma khusus yang menfokuskan kepada bentuk operasi perniagaan dan matlamat yang mahu dicapai. Persetujuan mematuhi setiap terma dalam kontrak dituntut supaya kemungkiran dalam mendirikan kontrak dapat diatasi. Walaubagaimanapun, terdapat isu dalam kontrak francais yang belum menemui cara penyelesaian dan ia berlarutan kepada tempoh masa yang lama untuk diselesaikan. Ia memberi impak kepada prestasi operasi perniagaan dan hubungan kedua-dua peranan. Oleh itu, kajian ini meninjau langkah penyelesaian kepada isu tersebut berdasarkan kaedah fiqh tertentudalam pembentukan parameter kontrak perniagaan francais dobi layan diri. Para fuqaha’ begitu meneliti menghasilkan kaedah fiqh menerusi kefahaman daripada sumber hukum utama Islam agar ia dijadikan rujukan dalam keperluan sejagat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah perpustakaan dan temubual bersama pakar. Hasil kajian mendapati kaedah fiqh yang disandarkan bersesuaian untuk dicadangkan dalam pembentukan parameter pelaksanaan kontrak dan menyelesaikan isu dalam perniagaan ini dengan segera. Kajian ini mencadangkan agar penghayatan kaedah fiqh dapat diperluaskan dalam kebanyakan kontrak perniagaan bagi memastikan matlamat operasi perniagaan dapat dicapai sepenuhnya - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Perniagaan Francais Dari Tinjauan Al-'Urf(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2019) ;Mohd Huefiros Efizi Husain ;Noor Naemah Abdul Rahman ;Nor Fahimah Mohd Razif ;Mohd Nasir Abdul MajidFrancais merujuk kepada sistem pemasaran perniagaan melibatkan sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain (francaisi) bagi mengendalikan perniagaan, mengikut sistem francais yang ditetapkan francaisor. Sistem ini berkembang pesat dengan menjadikan jualan barangan dan perkhidmatan sebagai agen penghubung di antara yang terlibat tanpa membataskan jenis pengguna. Setiap outlet yang ada ditunjangi oleh pelan pembangunan syarikat francais dan kawalan permintaan setempat. Pihak yang terbabit adalah pemberi francais, penerima francais dan pengeluar sumber beserta keperluan mematuhi peraturan syarikat. Setiap elemen yang diterapkan dikenalpasti dan disenangi oleh sebilangan besar masyarakat sebagai 'urf dalam jaminan untuk melaksanakannya. Al-'urf pula merupakan sumber hukum yang sering dijadikan pegangan dalam menghasilkan ijtihad sesuai dengan kehendak masyarakat secara berhikmah. Objektif kajian ini meninjau pendekatan al-'urf dalam perniagaan francais yang dibangunkan secara umum berpandukan penetapan sistem tersediri. Oleh itu, pengkaji meninjau pembangunan perniagaan francais dari pandangan al-'urf kepada sektor terpilih. Bagi mencapai objektif kajian, metadologi kualitatif dipilih dengan menggunakan kaedah perpustakaan menerusi pembacaan bahan bacaan dan penulisan yang telah diterbitkan serta pemerhatian pengkaji di outlet yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati wujud kepentingan al-'urf yang diterapkan dalam perniagaan francais terutama kepada penjualan produk francais, lokasi outlet dan pengurusan perniagaan. Kajian ini mencadangkan pemerhatian 'urf secara telus sebelum memulakan perniagaan francais dan menyedari dengan luas keperluan masyarakat sekeliling.