Browsing by Author "Mohd Miqdad Aswad Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aktiviti Holistik Keluarga Sihat Kendiri Di Era Pandemik Covid-19 Berasaskan Maklumat Islami(Zes Rokman Resources, 2021-11) ;Mohd Zahir Abdul Rahman ;Ahmad Murshidi Mustapha ;Mohd Miqdad Aswad AhmadMohamad Hafizuddin Mohamed NajidPendekatan holistik ialah pendekatan yang merangkumi empat domain bagi manusia secara bersepadu yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Fenomena masyarakat di Malaysia kini sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja akibat penularan wabak COVID-19. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangai isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keluarga Sihat di Era Pandemic COVID-19: Aktiviti Holistik Berdasarkan Maklumat Islami(Zes Rokman Resources, 2022-02) ;Mohd Zahir Abdul Rahman ;Ahmad Murshidi Mustapha ;Mohd Miqdad Aswad AhmadMohamad Hafizuddin Mohamed NajidFenomena masyarakat di Malaysia di era pandemic COVID-19 sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Aktiviti holistik merujuk kepada pendekatan gabungan secara sepadu empat domain hidup manusia iaitu biologi, psikologi sosial dan spiritual berasaskan maklumat Islami. Senarai aktiviti ini diharap mampu membanyakan koleksi pendekatan dalam mengatasi masalah kesihatan mental di era pandemik ini. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangani isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah.