Browsing by Author "Mohd Rofaizal Ibhraim"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Darar Dalam Pelaksanaan Eutanasia Terhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan Literatur(Faculty of Syariah and Law, Selangor Islamic University, 2023) ;Muhammad Shaberi ;Ahmad Misbah Mohamad Hilmi ;Muhamad Ismail Abdullah ;Ismail Omar ;Mohd Rofaizal Ibhraim ;Abdul Hakim Baharudin @ IsmailLukman Abdul MutalibEutanasia ialah suatu perbuatan yang mematikan seseorang yang sangat sakit atau sangat tua supaya mereka tidak lagi menderita. Ia juga dikenali sebagai mercy killing. Menurut syariah Islam eutanasia adalah sesuatu yang diharamkan karena ia termasuk dalam kategori pembunuhan sengaja (qatlu al-’Amad). Meskipun niatnya baik iaitu untuk meringankan penderitaan pesakit namun, hukumnya tetap haram walaupun atas permintaan pesakit itu sendiri atau ahli keluarganya. Namun begitu, ketika pandemik COVID-19 negara kita telah melaksanakan eutanasia terhadap pesakit yang disahkan positif COVID-19. Pegawai yang terlibat dalam merawat pesakit COVID-19 ketika itu perlu memilih dalam memberikan keutamaan untuk memberikan bantuan pernafasan terhadap pesakit oleh kerana kekurangan fasiliti. Hal ini jelas telah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang telah mengharamkan pelaksanaan eutanasia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan konsep kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia dan menganalisis kajian-kajian berkaitan dengan aplikasi kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengguna pakai metod pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta analisis kandungan artikel-artikel yang menerangkan kajian berkaitan kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah darar digunakan dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Hal ini kerana wujudnya darar jika tidak dilaksanakan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Selain itu, dalam kajian ini didapati bahawa kebanyakan kajian lepas melibatkan pelaksanaan eutanasia hanyalah membahas berkaitan pesakit yang sudah mati otak ataupun dikenali eutanasia pasif. Justeru, kajian berkaitan pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit yang belum mati otak seperti pesakit COVID-19 dicadangkan supaya dapat dijalankan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Darar dalam Pelaksanaan Menghentikan Alat Bantuan PernafasanTerhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan Literatur(Faculty of Shariah and Law, Selangor Islamic Unive, 2023) ;Muhammad Shaberi ;Ahmad Misbah Mohamad Hilmi ;Muhamad Ismail Abdullah ;Ismail Omar ;Mohd Rofaizal Ibhraim ;Abdul Hakim Baharudin @ IsmailLukman Abdul MutalibKewujudan alat bantuan pernafasan di hospital dan klinik adalah sangat penting. Tanpa alat bantuan ini, pesakit yang mengalami masalah pernafasan tidak dapat dibantu atau boleh menyebabkan kematian. Pemberian bantuan pernafasan telah menjadi lebih penting, terutamanya semasa pandemik COVID-19. Sejak tahun lepas, fungsi alat ini sangat penting dalam mengurangkan kadar kematian pesakit. Justeru, perbuatan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit merupakan suatu perbuatan jenayah kerana perbuatan tersebut dapat mematikan pesakit yang memerlukan kepada bantuan pernafasan itu. Namun begitu, ketika pandemik COVID-19 pegawai yang terlibat dalam merawat pesakit COVID-19 ketika itu perlu memilih dalam memberikan keutamaan untuk memberikan bantuan pernafasan terhadap pesakit oleh kerana kekurangan fasiliti. Hal ini secara zahirnya telah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang telah mengharamkan perbuatan mematikan seseorang. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan konsep kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan bantuan pernafasan dan menganalisis kajian-kajian berkaitan dengan aplikasi kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengguna pakai metod pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta analisis kandungan artikel-artikel yang menerangkan kajian berkaitan kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah darar digunakan dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perbuatan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19 juga adalah harus. Hal ini kerana wujudnya darar jika tidak dilaksanakan perkara tersebut terhadap pesakit COVID-19.