Browsing by Author "Mohd Rohaizat Abdul Wahab"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Simetri Rekaan Corak Kelarai Anyaman Tikar Di Alam Melayu(Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan, Kesenian dan Peradaban Melayu (KKPM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia., 2018) ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria ;Mohd Rohaizat Abdul Wahab ;Mohammad Anis Abdul SamadSiti Norbaya Mat YacobKertas ini mengetengahkan analisis simetri dalam rekaan corak kelarai pada anyaman tikar di alam Melayu. Kelarai merupakan satu daripada motif hiasan tempatan yang menggunakan konsep geometri. Rekaan ini sangat unik daripada segi penggunaan warna dan susunan. Kelarai digunakan sebagai hiasan anyaman bakul, tikar, tudung saji dan dinding rumah tradisional. Objek anyaman yang asas dianggap sebagai kosong tanpa kelarai. Rekaan corak kelarai pada anyaman tikar memerlukan kreativiti dan kemahiran matematik penganyam bagi memastikan rekaan yang konsisten. Oleh itu analisis simetri digunakan sebagai kaedah bagi melihat peranan simetri dalam membentuk rekaan corak kelarai. Terdapat sepuluh rekaan kelarai yang dipilih dan digunakan dalam analisis ini. Corak kelarai dibahagikan kepada empat kumpulan simetri iaitu, 45°, 90°, 180° dan 360°.