Browsing by Author "Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kaunseling Kelompok berdasarkan Teknik Surah Lukman (Ayat 12 hingga 19) terhadap Murid Sekolah Menengah(Universiti Malaysia Pahang Publishing, 2023) ;Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun ;Muhammad Nubli bin Abdul WahabAbdul Rashid Bin Abdul AzizKaunseling kelompok merupakan proses penting dalam program bimbingan perubahan tingkah laku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Kaunseling Kelompok Berdasarkan Teknik Surah Lukman (ayat 12 hingga 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah. Modul ini mengandungi 8 komponen utama iaitu konsep bersyukur, kemantapan akidah, nasihat secara berhikmah, penjelasan tentang ganjaran pahala dan dosa, bimbingan menunaikan solat, larangan bertingkah laku sombong dan membangga diri, cara berjalan, dan sentiasa mengingati tentang pengakhiran hidup. Melalui lapan aspek hikmah ini dibangunkan lapan aktiviti utama yang merangkumi elemen ibadah, akidah dan akhlak untuk membantu murid membuat perubahan tingkah laku positif. Pembangunan modul ini yang menggabungkan pelbagai bidang teras utama ilmu psikologi, kaunseling, dan agama dapat meningkatkan profesional perkhidmatan kaunseling di Malaysia bagi membantu murid sekolah membuat perubahan tingkah laku positif. Kesahan modul ini dijalankan oleh 10 orang pakar dalam pelbagai bidang kaunseling dan psikologi pendidikan. Modul ini telah diuji terhadap 30 orang murid sekolah menengah dalam tempoh dua bulan secara berturut-turut. Hasil maklum balas daripada pakar penilai, modul ini sesuai digunakan terhadap sampel murid. Keberkesanan modul ini terhadap murid telah dinilai melalui data koheran biomaklumbalas untuk melihat kesan perubahan hati yang dilakukan oleh murid setelah melalui aktiviti dalam modul ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Alat Emwave Biofeedback untuk Mengukur Kesan Penggunaan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan Al Quran (Surah Lukman, Ayat 12 - 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun ;Muhammad Nubli bin Abdul WahabAbdul Rashid Bin Abdul AzizAlat emWave biofeedback merupakan instrumen untuk mengukur perubahan diri individu. Perubahan menggunakan alat emWave biofeedback diukur melalui perubahan komponen psikologi yang terhasil daripada rangsangan fisiologi yang berlaku dalam diri setiap individu. Pendekatan menggunakan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan al Quran (Surah Lukman, ayat 12 - 19) mengandungi 8 komponen utama. Objektif kajian ini adalah untuk melihat dan mengukur kesan aktiviti modul yang digunakan untuk membantu murid bagi meningkatkan prestasi skor koheran dan kesedaran motivasi dalam diri untuk berusaha mengubah tingkah laku positif. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang murid SMK Perwira Jaya. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 10 dan Kumpulan Kawalan (n = 10). Data kajian dikumpul secara kuantitatif melalui bacaan Heart Rate Variability (HRV) yang di rekod menggunakan alat emWave biofeedback. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul ini dapat membantu murid untuk mencapai skor koheran dan meningkatkan motivasi diri untuk melakukan perubahan positif.