We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Muhamad Darwisy Mohd Razali"

Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Sejarah, Konsep Diat dan Kadarnya serta Kesesuaian Pelaksanaannya Di Malaysia
    (Usuli Faqih Research Centre PLT., 2023)
    Muhamad Darwisy Mohd Razali
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin orcid-logo
    ;
    Mohd Radzniwan A Rashid 
    ;
    Naji Arafat Haji Mahat
    Meneliti realiti kehidupan semasa di Malaysia, hukuman diat mempunyai ruang untuk dilaksanakan dalam undang-undang pada masa kini. Kemalangan jalan raya bukanlah perkara yang asing lagi dalam masyarakat majmuk di Malaysia, malahan sistem hukuman diat dilihat dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada mangsa dan turut membantu dalam meringankan beban pesalah. Konsep diat dan harta asas bagi diat banyak dibincangkan oleh ulama silam dan kontemporari serta berbeza pandangan dalam konsep diat dan harta asas bagi pembayaran diat. Lantaran itu, kajian ini bertujuan menelusuri sejarah perundangan diat dari zaman sebelum kedatangan Islam, dan perubahannya selepas kedatangan Islam serta menganalisis harta pembayaran diat. Kajian ini juga, bertujuan meneliti ekonomi dan realiti semasa kehidupan masyarakat di Malaysia bagi melihat kesesuaian kadar penetapan nilai diat yang relevan untuk dilaksanakan. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer iaitu al-Quran dan hadis serta sumber sekunder diambil dari pengumpulan dokumentasi iaitu jurnal, artikel, buku, tesis, sumber internet, kertas kerja, akhbar dan lain-lain untuk mengetahui isu-isu semasa yang berbangkit dan pandangan ulama kontemporari Islam serta pendapat atau pandangan ulama silam yang amat penting bagi mendapatkan tafsiran bagi sumber primer yang berkaitan pelaksanaan sistem diat ini. Hasil kajian ini mendapati, pelaksanaan sistem diat dalam perundangan kini di Malaysia adalah masih relevan dari sudut pengharmonisasian antara sistem perundangan diat dan undang-undang sivil, malahan harta pembayaran diat diteliti dapat dilaksanakan melihat kepada keadaan ekonomi semasa di Malaysia.
      65  141
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Kaedah Pembuktian bagi Kesalahan Jenayah Sihir dalam Isu-Isu Kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia
    (USIM Press, 2023-03-17)
    Muhamad Darwisy Mohd Razali
    ;
    Mohamad Aniq Aiman Alias
    ;
    Nurul Nadia Nozlan
    ;
    Afaf Sukari
    Sihir merupakan salah satu perbuatan syirik dan ia memberi kesan yang buruk kepada para pemangsa hasil daripada perbuatan penyihir yang tidak bermoral. Terlalu banyak berita mahupun keratan akhbar di laman sesawang yang menceritakan tentang impak negatif sihir dan keruntuhan institusi kekeluargaan hasil daripada perbuatan sihir. Namun, sistem perundangan Syariah di Malaysia menganggap perbuatan sihir ini merupakan satu perbuatan jenayah yang amat sukar untuk didakwa di Mahkamah Syariah. Hal ini disebabkan oleh perbuatan sihir merupakan jenayah yang sukar untuk dibuktikan dengan elemen-elemen pembuktian secara nyata. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang kaedah pembuktian yang digunakan dalam pensabitan kesalahan jenayah sihir dalam isu-isu kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah qarinah dan pendapat pakar merupakan kaedah pembuktian yang amat wajar digunakan dan dapat diterima sebagai keterangan yang relevan dalam pensabitan jenayah sihir di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561]. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada institusi kehakiman di Malaysia, para pengkaji kini, pelajar dan agensi berkaitan dalam membincangkan isu berkaitan hal tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan mewujudkan satu tatacara penyiasatan dan pendakwaan secara khusus melibatkan jenayah sihir terhadap institusi kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah kelak.
      1905  226
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Penetapan Harta Asas Pembayaran Diat dalam Konteks Malaysia
    (Penerbit KUIS, 2022)
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin orcid-logo
    ;
    Naji Arafat Haji Mahat
    ;
    Mohd Radzniwan A Rashid 
    ;
    Muhamad Darwisy Mohd Razali
    Islam menyediakan satu mekanisme perundangan yang unik bersifat serampang dua mata iaitu diat. Diatbukan sahaja dilihat sebagai hukuman kepada pesalah yang bersifat dendaan malahan ia juga dilihat sebagai pampasan kepada mangsa. Jumlah bayaran yang bersifat dendaan perlu dibayar oleh pesalah mengikut amaun tertentu. Selain itu, wang pampasan yang dibayar itu adalah milik mangsa kemalangan bukan dendaan yang diberikan oleh kerajaan semata. Namun demikian, dalam konteks pelaksanaan diat, persoalan yang timbul adalah siapakah yang akan menanggung bebanan diat dan apakah harta yang boleh digunakan sebagai medium pembayaran diat. Lantaran itu, artikel ini menghuraikan konsep kehartaan diat dalam situasi pelaksanaannya di Malaysia dan jenis-jenis harta yang boleh digunakan untuk pembayaran diat. Artikel ini juga memberi fokus kepada kadar diat dan bagaimanakah cara untuk menetapkan kadar tersebut di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer iaitu hadis dan sumber sekunder dari pengumpulan dokumentasi iaitu kitab, artikel, kertas kerja, sumber internet, akhbar dan lain-lain. Artikel ini merumuskan konsep kehartaan diat sebagai harta utama yang berlegar dalam sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia ia adalah mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM). Pekadaran diat dari pertukaran transaksi Dirham kepada RM adalah terpakai di Malaysia
      51  67
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia