Browsing by Author "Muhamad Firdaus Ab Rahman,"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, ;Muhamad Firdaus Ab Rahman, ;Azman Ab Rahman ;Ahmad Zaki SallehMohd Mahyeddin Mohd SallehPembiayaan mikro Islam memfokuskan untuk memberikan akses pembiayaan patuh Syariah kepada golongan miskin untuk terlibat dalam aktiviti yang menjana keuntungan agar mereka mampu keluar dari garis kemiskinan. Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji seperti Obaidullah & Khan (2008) mendapati bahawa kawal selia kepatuhan Syariah dalam pembiayaan mikro Islam masih lemah. Hifz al-din (pemeliharaan agama) merupakan maqasid yang dianggap penting dalam tadbir urus kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan hifz al-din dalam pembiayaan mikro Islam di Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipilih sebagai studi kes kerana ia merupakan institusi pembiayaan mikro Islam terbesar di Asia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual separa struktur bagi mengumpul data. Data dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif untuk mendapatkan tema-tema yang relevan. Hasil kajian mendapati beberapa medium digunakan untuk melaksanakan hifz al-din antaranya menawarkan produk patuh Syariah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Kajian ini menawarkan kaedah yang praktikal untuk pencapaian hifz al-din yang boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan pengamal industri pembiayaan mikro Islam. Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pencapaian Maqasid Hifz Al-Nafs Ketika Pandemik Ke Arah Merealisasikan WKB 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhamad Firdaus Ab Rahman, ;Azman Ab RahmanHuda MansorWawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menggariskan beberapa objektif antaranya untuk menstruktur semula ekonomi yang progresif, menangani jurang ekonomi antara masyarakat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu dan makmur. Namun dengan berlakunya pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa telah sedikit sebanyak menganggu usaha merealisasikan objektif WKB 2030. Islam telah menggariskan konsep hifz al-nafs yang perlu dicapai bagi memelihara nyawa manusia. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimanakah pencapaian hifz al-nafs dapat dilakukan ketika berlakunya bencana pandemik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah bagi melaksanakan hifz al-nafs dalam konteks pandemik. Kaedah metodologi kepustakaan, induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan bahawa hifz al-nafs boleh dilaksanakan dan dicapai melalui konsep wasilah mengikut isu, konteks and realiti yang spesifik. Kajian ini mencadangkan tiga wasilah utama untuk mencapai hifz al-nafs dalam ketika pandemik. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh para pengkaji dan pembuat dasar. Kata kunci: Maqasid Syariah, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), hifz al-nafs, penjagaan kesihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Muhammad Ainul Hakim bin Muhammad Khalil, ;Muhamad Firdaus Ab Rahman, ;Hussein Azeemi Abdullah Thaidi,Azman Ab. RahmanWakaf ahli merupakan salah satu jenis wakaf yang mana manfaatnya disalurkan kepada ahli keluarga, individu tertentu, atau kepada pewakaf itu sendiri. Amalan wakaf ahli ini telah diaplikasikan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W dan dapat dilihat melalui perbuatan para sahabat R.A serta umat Islam sehingga ke hari ini. Perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Malaysia termasuk wakaf adalah berpandukan kepada pendapat muktamad mazhab Shāfiᶜiy kecuali negeri Perlis, yang memberi maksud wakaf hanya sah dilaksanakan secara kekal termasuk wakaf ahli. Hal ini telah memberikan kesan kepada pengurusan dan usaha pembangunan harta wakaf ahli di masa akan datang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan wakaf ahli bertempoh sebagai salah satu metode penyelesaian terhadap beberapa konflik dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia untuk masa yang akan datang. Pengkaji mengaplikasikan metode kualitatif dan penelitian doktrinal di dalam kajian ini. Data di dalam kajian ini diperolehi melalui teknik kajian dokumen dari sumber primer dan skunder serta dianalisis menggunakan kaedah analisa kandungan dengan pendekatan induktif dan deduktif. Natijah kajian ini menunjukkan bahawa wakaf dzurri secara bertempoh mampu meningkatkan produktiviti harta wakaf tersebut serta dapat mengembangkan manfaatnya dengan lebih luas dan sistematik. Pengkaji juga menyarankan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri menyemak semula kerangka undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal wakaf ahli sedia ada agar dapat dilaksanakan secara bertempoh pula sebagai usaha untuk melestarikan amalan wakaf sekaligus menambah baik pengurusan wakaf ahli di Malaysia. Kata kunci: Wakaf Ahli, Wakaf Bertempoh, Majlis Agama Islam Negeri, Malaysia.