Browsing by Author "Muhammad Aizat Syimir Rozani"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Iṣlāḥ Menurut Muḥammad Al-Makkī Al-Nāṣirī dan Penerapannya Dalam Membangun Masyarakat Madani(Penerbit USIM, 2023) ;Muhammad Aizat Syimir Rozani ;Mohd Farid Ravi Abdullah ;Nurzatil Ismah AzizanYaakob HasanKerajaan YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah memperkenalkan idea Malaysia Madani yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju dengan beberapa langkah reformasi substantif yang digagaskan. Proses reformasi atau dalam istilah al-Quran “al-Iṣlāḥ” ini turut menjadi saranan Allah SWT dalam usaha membina masyarakat yang makmur. Justeru, ramai para cendekiawan Islam yang membahaskan konsep al-Iṣlāḥ sekaligus menyumbang idea kepada pembangunan masyarakat Madani. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengintegrasi idea al-Iṣlāḥ oleh Muḥammad al-Makkī al-Nāṣirī melalui karyanya “Al-Taysīr Fī Aḥādīth Al-Tafsīr” serta penerapannya dalam membangun masyarakat Madani. Al-Nāṣirī merupakan cendekiawan Islam Maghribi yang masyhur. Beliau telah menyumbang jasa dalam bidang dakwah Islam di Maghribi dan juga aktif sebagai ahli politik Maghribi sejak sebelum merdeka sehingga mereka berjaya memperolehnya. Metodologi yang digunakan adalah metodologi kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dokumen. Kerangka konsep al-Iṣlāh menurut Muḥammad al-Makkī al-Nāṣirī melalui karyanya “Al-Taysīr Fī Aḥādīth Al-Tafsīr” diintegrasikan dengan kaedah membangun masyarakat Madani yang dibahaskan oleh para sarjana yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa proses membangun masyarakat Madani perlu melibatkan faktor dalaman dan luaran. Faktor luaran atau material seperti kewangan, pembangunan dan teknologi giat diperbahaskan oleh para cendekiawan dalam membentuk masyarakat Madani. Namun al-Nāṣirī menitikberatkan faktor dalaman atau rohani seperti memohon kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan dan rasa gerun, bertaubat kepada Allah SWT dan memperuntukkan masa yang mencukupi dalam sesuatu usaha. Usaha ini signifikan dan sangat penting dalam cita-cita membangun masyarakat Madani yang makmur dan sejahtera seiring dengan harapan yang diinginkan oleh Kerajaan Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepelbagaian Metod Sanad Dan Syajarat Al-asanid Di Dalm Sahih Muslim(Hadith & Aqidah Research Institute (INHAD), 2022) ;Siti Mursyidah Mohd Zin ;Phayilah Yama ;Muhammad Aizat Syimir Rozani ;Nur Saadah Hamisan@KhairAisyah Mat JasinSahih Muslim is a well-known book of authentic hadith and the distinctive method of compiling the chain (of hadith) in the book makes it very unique among the Islamic Scholars. The hadiths in Sahih Muslim are arranged in a very interesting method, especially in terms of summarizing the sanad and turuq hadith because it is very different compared to other books of hadith. Therefore, this study is conducted to examine the variety of methodsregarding the sanad hadith in Sahih Muslim. This paper is a qualitative study with an ethnographydesign. It uses documents as research instruments and it is analyzed with an inductive approach. The study results found that Imam Muslim has his own method in writing sanad by combining his teachers with conjunctionsal-‘Atf.This combination is in order to merge some sanad of hadith with the method of wāwal-‘Atfandal-Taḥwīl. Hence, the method used by Imam Muslim has highlighted the greatness of the muhaddithin in writing the book of hadith